Dan ketahuilah bahawa saya sangat menghormati seorang muslimah itu. Kalaulah ada saya tak bertegur or tak senyum ke, itu bukan bermakna saya angkuh, itu ertinya saya respect anda muslimah-muslimah sekalian.
Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...
Anonymous
1 comments:
salam..azri, long time no see..dh lama xgr khabar..kat mana skrg???
Post a Comment