Wednesday, November 30, 2011

 9:32 PM   Anonymous   ,    No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Selepas seharian suntuk semalam mencari idea untuk diupdate ke dalam blog ini, hari ni pun sama takde ilham jugak. Biasanya ilham ini datang dari aktiviti harian saya. Satu je yang istimewa hari ni, was I went to the university's gym for the first time. Abis kejang semua badan ni. Lumrah manusia bila tiada ilham, mulalah berangan-angan. Therefore, saya cernakan angan angan saya kat dalam blog ni. Entry kali ini mendapat bantuan padu MSN.com, kerana post ni akan menceritakan gadgets yang cool yang boleh saya letakkan dalam rumah impian saya nanti.

Long Form Library
The first one is the Long Form Library. Benda ni saya nak sebab saya agak suka membaca. Saya hope isteri saya nanti pun suka membaca. Anak-anak saya nanti pun suka membaca. Therefore, saya patut install benda ni kat rumah. Tapi tak sesuai la nak letak buku rujukan agama, letak buku masakan boleh la. Bolehla sang isteri lepak2 dekat situ sambil belek2 resepi.

Mirror 62
Yang ni pulak ialah Mirror 62. Orang kata kalau letak cermin dalam rumah, nanti rumah nampak lebih besar. Benarkah? Wallahualam. Mirror 62 ni bukan sekadar cermin biasa malah boleh play music sebab ada embbeded sound system dan boleh detect music using bluetooth technology. Best sebab boleh mainkan alunan Al Quran dengan mudahnya, plus lagu2 yang menenangkan jiwa waktu kemas rumah time hujung minggu.

S Box
And this is S Box. Malam2 bila malas nak tengok tv dekat ruang tamu boleh guna S Box untuk view atas katil. S Box ni boleh dimuatkan kat mana2 ruang yang possible. Kat tilam ke, sofa ke. Malam2 kalau berebut tengok tv dengan family or isteri, boleh la merajuk sambil layan S Box.

De Dietrich Piano
Ha, yang ni kalau beli, khas untuk mama dan isteri weyh. De Dietrich Piano sangat berguna untuk mereka. Boleh la mereka memasak untuk saya. Sekali masak 5 lauk tu. Setiap malam boleh enjoy variasi lauk pauk. Saya nak ikan keli masak lemak cili padi and rendang ayam. Siapa baik hati boleh masakkan untuk saya.

Bathomatic
Bathomatic. Yang ni kalau ada duit lebih boleh la. tapi lebih best kalau diinkakkan di jalan Allah kan? Application ni bantu kita untuk determine suhu air bathtub and jenis wangian or sabun pun boleh. Tapi saya tak rasa saya akan beli yang ni, tapi best kalau boleh mandi air panas lepas balik kerja. Tapi air suhu normal pun ok jugak. Ada duit lebih lebih baik simpan untuk anak-anak dan keluarga.

Easy Bloom
Ok, yang ini pun boleh belikan untuk mama, isteri or adik2 perempuan saya. I'm pretty sure mereka minat hias2 laman depan rumah tu. So Easybloom will provide a agreat assist for them. Benda ni boleh monitor light intensity, soil moisture and soil fertility. Kalau saya yang berkebun memang rosak la laman depan rumah tu. Saya takde green finger.

Smart Tint
This one is my favourite. Smart Tint boleh dipasang kat ceiling rumah. Boleh berubah jadi clear ke opaque in an instant. Cool x? Malam2 atas katil boleh gaze dekat bintang bintang di langit tu. Barulah dalam rumah pun boleh hayati keindahan malam yang diciptakan Allah. Bertasbih dan berzikir sambil merenung langit dipenuhi bintang, mesti sangat mendidik jiwa hamba dan memberi ketenangan biarpun sementara.

Robo Tap Cleaner
Robo Tap Cleaner is a product of Electrolux. Bila future nanti mesti tak sempat nak sapu rumah setiap hari, so boleh la get this gadget. Biarkan robot ni lari2 atas lantai sambil vacuum rumah. Comel kan? Hati pun senang bila lantai rumah bersih je bila balik rumah. Plus cuma perlu hentak kaki 2 kali je kat tempat yang kita nak robot tu vacuum, nanti dia datang berlari dengan comelnya.

Ribbon
Lastly is another product from Electrolux, known as Ribbon. Kalau sekarang ni nak panaskan lauk kena gunak microwave, Ribbon ni lagi senang. Balut je Ribbon ni kat mana2 bekas or periuk and dah boleh panaskan dengan mudah. Boleh panaskan lauk sambil hang out dengan family.

Yang di atas ni semua hanyalah impian saya. Isalm mengajar kita untuk hidup dengan penuh kesederhanaan. Islam pun berkembang mengikut keadaan semasa. Sekiranya kemudahan yang kita ada tu mampu buatkan kita beribadah dengan lebih selesa apa salahnya? Tapi saya ingatkanlah kepada diri saya dan yang lain, harta tu lebih best kalau diinfakkan di jalan Allah dan dijadikan bantuan untuk mereka yang memerlukan. Malah, mengembirakan hati keluarga kita terutamanya mama dan sang isteri yang mesti penat buat kerja rumah tu pun satu ibadah jugak. Asalkan niat kita baik dan kita tak lalai dan salah guna teknologi yang ada, Allah pun suka. Semoga segala kemudahan di rumah tu, memudahkan kita menuju ke arah Allah. Amin.

Wassalam...




0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts