Sunday, November 6, 2011

 9:04 AM   Anonymous      3 comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Iye, saya menulis entry ini pada pagi-pagi raya. Selesai menunaikan solat sunat Aidiladha, dan masih lagi menunggu rendang kerang untuk siap dipanaskan. Beza suasananya hari ini, raya korban tak semeriah raya puasa tapi sinar kemeriahan itu masih terasa. Dalam minggu ini beberapa siri kejadian menimpa diri dan obviously peristiwa yang paling besar ialah hari result first semester dikeluarkan pada 4 November. Tak tido malam saya dibuatnya. Dalam pada itu sempat berbangga dengan betapa effisyennya sistem UiTM. Result tak perlu susah2 nak berebut nak tengok ni student portal sebab result dengan jayanya telah dihantar ke email masing2 pada jam 4 pagi. Dan pada 4 pagi itu jugaklah saya semak result tu. Kalimah pertama yang terlafaz pastinya Alhamdulillah. Keputusan yang diterima sangat bersesuaian dengan usaha yang dicurahkan. Cuma menjadi fitrah manusia tidak puas dengan apa yang ada. Masih banyak lagi ruang untuk saya majukan. Kecewa teramat kerana dapat A- untuk kedua2 subjek english tu, dah makin teruk quality english saya. Haish. Tapi yang lebih mengecewakan B untuk Islamic Studies. Ya Allah malunya, mana nak letak muka ni. Apapun, bersyukur sangat2.

Anyway, selamat meyambut Hari Raya ini dengan bahagia bersama keluarga anda. Malam ini saya nak habiskan mercun yang masih tersisa dalam bilik tu.

Wassalam...

3 comments:

Aleeya Elyana said...

Salam Azri! So what did you get?? 4 flat? ;)

Mohamad Nasruddin said...

haha..ok ar tu bro.Alhamdulillah.

Mohamad Nasruddin said...

haha..ok ar tu.Alhamdulillah.

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts