Tuesday, November 1, 2011

 6:47 AM   Anonymous      1 comment
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Saat menulis entry ini, diri baru sahaja selesai berwirid selepas solat subuh dengan harapan Allah akan menerima solat fardhu dua rakaat saya itu. Moga di akhirat kelak, solat itu tidak dicampakkan seperti kain buruk di muka saya nanti kerana tidak menjaga solat itu dengan sempurna. Ketika jari-jari ini menari di atas keyboard laptop ini barulah mata ini terasa mengantuk sakan. Inilah natural fenomena yang sering melanda diri ini sejak 2 3 minggu kebelakangan ini. Merujuk kepada tajuk entry ini, saya telah di'diagnose' oleh doktor tidak bertauliah bernama Ahmad Azri untuk menghidap penyakit sleeping disorder ni. Penyakit yang membuat onar dan kacau bilau kepada jadual waktu fitrah tidur manusia yang bergelar saya ini. To put it simple I can't sleep at night. Ia tidak membawa kematian tapi mengundang komplikasi yang serius buat diri saya. Betapa diri ini sekarang menghargai nilai sebuah tidur malam. Haha.

It all started a few weeks ago. I was planning to kill my night times using a so-called genius plan I made up, by watching How I Met Your Mother marathon. Mengikut logik hukum alam, esok paginya saya tidur hingga matahari dah hampir tegak atas kepala ni. At first, everything seemed to be ok, I was not showing any symptom. The consecutive night, I was about to sleep and I CAN'T. Dah bergolek-golek sana-sini atas katil pun tak boleh jugak. Dah puas termenung jauh pun tak lelap lagi. Macam mana ni? So baca la beberapa helaian Al-Quran dan still sikit mengantuk pun tak rasa. Lepas Subuh baru boleh tidur. Dan sampai sekarang saya tak boleh tidur malam, kalau tidur pun, pukul 4 tu baru terlelap. Rasa nak menangis ni weyh, nak tidur malam antara benda paling senang kat muka bumi ni pun tak boleh. T_T

Hopefully bukan insomnia...


Tapi semua yang berlaku ada hikmahnya. Sebab tak boleh tidur malam ni, Allah izinkan saya untuk solat subuh awal waktu. Habis iqamah kat masjid tu terus angkat takbir. Sejuk rasanya bila solat subuh awal waktu ni, best!!! Yang tak berapa nak bestnya, lepas subuh confirm saya tidur, haish sempit rezeki kalau hari2 macam ni. Except untuk hari sabtu, saya kena jaga sebab usually handphone tu akan mula masuk message sebaik sahaja saya selesai solat subuh dan kadang-kadang sebelum subuh pun dan berbunyi dah, mengingatkan diri untuk bangun solat. Terima kasih sahabat dan handphoneku. Penyakit ni memang kena diselesaikan dengan segera. Kalau tak tunggang langgang la urusan hidup nanti. I don't think penyakit ni ada kaitan dengan 4 November (hari result sem 1 saya keluar). I'm pretty nervous about it but it's not really disturbing. Allahu berikanlah aku jalan keluar dari masalah ini dengan sebaik-baik cara. Moga ku bertemu dengan hikmahnya dan belajar sesuatu dari ujian ini.

Wassalam...
PS : Doakan kecemerlangan result saya. Amin~  

1 comments:

Mohamad Nasruddin said...

azri,jgn langgar fitrah pulak.Allah SWT jadikan malam itu untuk hambanya berehat... ^_^

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts