Saturday, November 26, 2011

 2:04 PM   Anonymous   ,    1 comment
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Kali ini berpeluang menulis entry di tanah kelahiran hamba ini, Pulau Pinang. Cuti yang ada ini digunakan untuk mengunjungi walimatul urus abang saudara saya. Tahniah untuk beliau. Saya bila lagi? Maal Hijrah pun dah dekat ni, dah nak tahun baru dah? Bila nak beristeri? Lambat lagi la jawabnya. Biarkan tahun itu bertambah, dan sambil itu biarkan jugak ilmu dan iman di hati ini bertambah berlipat-lipat ganda. Barulah sesuai untuk mengkhitbah anak perempuan orang.



First time nak sambut Maal Hijrah kat Penang ni. Macam special je kan? Tempat itu bukan faktornya. Yang lebih signifikan ialah penghayatan kita. Apa erti Maal Hijrah untuk kita? Ke sama je? Tak de feeling lansung kah? Maklumlah, sambutan tahun baru Islam ni tak macam sambutan New Year tu yang ada Konsert Ambang Tahun Baru dan apa bagai entah. Sambutan Maal Hijrah lebih sederhana tapi begitu meaningful sekali. Di penghujung tahun ni biasanya apa yang anda buat? Kalau di pihak saya, bila dah tinggal 1 jam lebih je lagi untuk ke tahun baru tu, saya akan muhasabah diri ni. Recap balik perkara yang dah berlaku sepanjang tahun ni. My highs and lows. Analisa bahagian mana yang perlu diperbaiki, ditinggalkan atau dipertingkatkan.

Kemudian kita kajilah sedikit azam kita untuk tahun yang mendatang ni. Apa?!! Anda tiada azam? Jangan begitu ye my fellows. Azam itu penting. Anggaplah azam tu mcam target kita untuk tahun itu malah ia bertindak selaku prinsip yang assist kita untuk berasa di jalan yang betul. Tak kisahlah apa pun azam kita, nak cari jodoh ke atau nak skor 4flat untuk semester akan datang, asalkan perkara itu baik, insyaAllah redha allah mengiringi.

Timabang taralah amalan kita. Kalau boleh kita buat graph amal untuk diri sendiri biar kita nampak jelas amalan kita. Yang mana mampu kita nilai sendiri. Yang lain kita serahkan pada Yang Maha Kuasa. Sempena 1433 Hijrah ini marilah kita pasakkan azam dan teruskan strive di jalan Allah. Moga ummah kita terus maju di dunia dan di akhirat.



Salam Maal Hijrah 1433. Pergilah gelita hadirlah cahaya...


Wassalam...

1 comments:

Mohamad Nasruddin said...

takyah nak pikir nak kawin sangat la...tahu la dah ni pun...hehe.peace no war.pasembur aku jangan lupa..lapar ni..haha

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts