Saturday, January 7, 2012

 3:03 PM   Anonymous      4 comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Retorik sungguh ye tajuk entry ni?

Anda semua pernah tak tanya soalan tu tak kepada mana2 orang sebelum ni?

Pernah tak tanya, "Awak..., nak nikah dengan saya tak?"

Saya? Saya pun belum lagi. Tak berani weyh, ingat soalan tu macam teka teki ke? Itu sungguh satu soalan yang mampu merevolusikan hidup anda. Selama 19 tahun hidup (saya actually belum 19 lagi...) di dalam dunia ini, saya dah banyak kali dengar dialog, "Awak nak jadi couple saya tak?" or "Awak nak jadi girlfriend/boyfriend saya tak?" Cliche kan? Selalu sangat kita dengar, mugkin ada di antara kita yang dah pernah melafazkan soala2 tu, tapi saya yakin tak ramai pernah tanya soalan pasal nikah tu. Kepada yang dah, saya ucapkan tahniah.

Sebagai remaja, memang tak BOLEH lansung nak lari daripada permasalahan hati dan emosi ni, terutamanya bab2 CINTA ni. Masalah utama ummah kita semestinya ialah menggangap bercouple itu satu keperluan di alam remaja ni. Iye, jom tepuk dahi ramai2. Pahit untuk kita akui, tapi memang inilah keadaan remaja muslim kat Malaysia. Mempunyai pasangan itu dianggap satu achievement dan orang yang tidak bercouple akan dianggap noob. Iye bukan?



Sekarang ni saya nak ajak diri saya sendiri serta anda2 semua untuk fikirkan semula apa tujuan bercouple ni? For fun? True love? Money? Fame? Banyak sangat sebabnya. Ramai sekali yang ada persepsi macam ni, "Kami bercouple je, bukan buat apa-apa pun. Jumpa pun tak pernah". Oops, salah sekali fikiran kita kalau berfikiran macam tu. Logik akal mungkin membenarkan, tapi logik iman akan sentiasa menidakkan konsep ini. Bila kita berada menjadi dalam relationship ni, susah tau. Trust me, I've been there or probably almost been there. Saya tak pasti. Haha.

Mari kita buat perbandingan mudah antara nikah dan bercouple ni. Nikah itu tujuannya sangat jelas. Yakni saling melengkapi satu sama lain malah ini sunnah Rasulullah. Couple pulak, sangat2 DILARANG oleh Allah s.w.t. Malah sekarang ada pulak yang mengunakan alasan nak membimbing pasangannya itu. Dush! Kita sendiri dah melanggar larangan Allah, macam manalah nak jaga pasangan kita tu. Bila bercouple ni, niat kita akan sentiasa berubah2, pastu akan wujud second thoughts, then saling tak mempercayai, pastu tiba2 clash!!! Kan sangat nenbazir kasih sayang tu? Simpan untuk bini lagi baik tahu.



Anonymous : Eh kau ni nak tazkirah orang ni, kau ni pulak macam tak couple ke? Ntah2 guna alasan cinta islamic, lagi teruk la kau ni sebab bercinta guna alasan agama. (sambil buat muka tak puas hati)

Saya : Err.... Couple itu memang salah, tapi bercinta kerana agama itu lansung tidak salah tahu. Sebab memang sepatutnya mencintai seseorang itu kerana agamanya. Rasulullah pun pesan suruh pilih calon isteri based on agama dia. So tak salahlah kalau nak bercinta islamik pun, asalkan kita dah bernikah dulu.

Anonymous : Abis tu takkan tak boleh nak rapat dengan perempuan lansung?

Saya : Err... Saya pun ada rapat dengan beberapa orang perempuan. Kalau saya tak menyokong couple ni bukan beerti saya anti perempuan. Saya sangat hormatkan mereka. Berkawan je la, tak de masalah asalkan syariatnya terjaga. Batasnya tak dilanggar dan iman tak rosak, Semudah itu.

Saya sendiri harus akui saya juga mengagumi seseorang malah hormatkan dia, dan bila semakin lama perasaan untuk menyintai itu muncul. Allahu, apa aku nak buat ni?

"Takutnya aku. Aku sukakan dia, tapi aku tak nak sebab aku cintakan dia nanti KAU pula murkai aku. Aku bukan hamba yang tamak, tapi aku dambakan cinta dariMU dan cinta dari dia."

Sampai begitu sekali saya rasa. Maka satu hari itu saya kumpul niat dan terus saya jelaskan niat saya.

Si saya : Awak, saya serius ni, saya nak masuk meminang awak nanti. Saya nak jadikan awak isteri saya yang sah dan halal

Si dia : (awkward silence....)

Si saya : ....... err......

Si dia : (awkward silence masih beterusan....)

Si saya : Awak marah dengan saya ye?

Si dia : Tak... Tapi kalau awak yakin dengan niat awak, silalah berjumpa dengan mak saya, sampaikan terus hajat awak. Saya ok je, tapi yang penting awak kena tanya mak saya dulu.

Si saya : Itu saya tahu, saya cuma nak jelaskan niat saya ni. Perjalanan hidup kita dua ni pun jauh lagi. Banyak lagi perlu kita sediakan. Yang pasti saya nak lamar awak cuma mungkin bukan dalam masa terdekat, dan tak lah dalam masa terjauh. Haha.

Si dia : Ha... Tau pun kita dua ni masih banyak lagi nak kena bersedia. So, pesan saya kat azri mudah je, SILA JAGA HATI AWAK ELOK-ELOK.

Dialog tadi tu cerita benar yer, bukan rekaan cuma dialog ni mungkin lain sikit. Kenapa saya terus lafazkan niat saya pada si dia tu even though saya tau saya tak ready lagi. Sebab saya nak tetapkan niat saya. Saya nak cinta dia dengan cara yang halal dan saya terus kejar cinta Allah pada masa yang sama. Dan saya sangat berterima kasih pada si dia sebab dia selalu pesan dekat saya supaya jaga hati, sebab hati kita ni sangat susah untuk dijaga.

Saya tak pernah mintak dia couple dengan saya or suruh dia jad girlfriend saya, sebab saya nak muliakan dia. She deserves a 'halal' relationship to begin with. So kenapa saya berani mati sangat pergi sampaikan hasrat saya? Sebab saya yakin dengan agama dia. InsyaAllah, kalau ada jodoh Allah akan satukan kami, dan kalau tak moga Allah sediakan yang lebih baik lagi untuk kami berdua.



Tak perlu pun bercouple ni, kalau susah sangat nak jaga hati macam saya ni, terus sampaikan je hasrat tu. Sebab biar mudah untuk kita tetapkan niat kita dan pada masa yang sama, belajar untuk menjaga hati. Saya sedia maklum cara saya ni bukanlah cara yang paling tepat tapi saya lebih suka macam ni, daripada saya couple dan rosakkan perempuan tu. At least dia tahu saya serius, dan saya pun harus lebih serius menyediakan diri saya. Apa apa pun, sebelum buat apa langkah sekali pun, betulkan niat kita dan minta tolong daripada Allah dulu. InsyaAllah, 'si dia' anda masing2 akan memahami.

Wassalam....
(P/s : Tolong doakan saya dan si dia itu ada jodoh dan disatukan oleh Allah dengan cara yang terbaik)  

4 comments:

~Hidup dan Matiku hanya keranaMu Ya Rabbi~ said...

assalamualaikum w.b.t..
menarik post saudara kali ini..
apabila sy bace post saudara, sy mersakan bhawa cara yg saudara tlah lakukan buknlah satu cara yg sebenr2nya yg dituntut...tp, sy tetap mengagumi saudara sbb keberanian saudara yg bgitu tnggi..
smoga Allah sentiase memberkati niat saudara dan moga dipanjangkan jodoh dengan "si dia " tue.. :) insyaAllah.
ALLAH RAZI ULSUN :)
assalamualaikumm...

kukubesi said...

huhuhuhhu.. ini kelakar! xboleh berhenti senyum and gelak okay... yu osem!! *angkat tangan, doa....* :D

Mohamad Nasruddin said...

ni memang dah kemaruk nak nikah dah ni...takleh buat ape dah ni.haha

Anonymous said...

machaa..sudah maju maaa ....<3\

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts