Saturday, May 12, 2012

 8:50 PM   Anonymous      No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah Ya Rabbal Alamin. Kerana Allah Yang Maha Esa itu, saya masih mampu bernafas dan menaip sesuatu di hadapan laptop ini. Baiklah, seperti biasa lumrah orang bekerja, saya dapati pada mulanya saya sangat susah untuk menyesuaikan diri. Tapi akhir akhir ini, saya sedar, sebenarnya saya yang terlalu malas untuk menguruskan masa saya dengan baik. Sesungguhnya, Allah menamakan sebuah surah dalam Al Quran dengan nama 'masa', menunjukkan betapa penting sangat masa ini dalam kehidupan seharian kita. Orang-orang putih ada kata, time is golden. Tapi saya, dekat MOZAC dulu, saya telah diajar suatu prinsip yang baru, 'time is life'. Masa itu bukan takat emas je, malah masa itu ialah kehidupan sendiri.



Baiklah, entry kali ini bukan hendak saya perihalkan tentang masa ini. Rujuk semula kepada tajuk entry. Iye, tajuk entry kita pada hari ini ialah 'telur masak kicap'. Wahai..., apa punya tajuk ni kan? Baiklah, statistik menunjukkan bahawa telur masak kicap ialah hidangan tipikal bagi masyarakat Malaysia, bangsa melayu khususnya. Bohonglah jika anda katakan seumur hidup anda, anda tak pernah makan or rasa telur masak kicap, except kalau anda allergic kepada telur. Biarpun hidangan ini mudah, tapi tak dinafikan telur masak kicap sama sedap dengan mana-mana hidangan KFC ataupun McD. Ok, ok, saya tahu saya dah mula merepek. Kita terus ke pengisiannya ye?

Kalaulah kita belek-belek balik resepi or cara cara membuat telur masak kicap ni, tentu anda akan dapati hidangan ini sangat mudah. Terlalu mudah mungkin untuk anda, sehingga tutup sebelah mata pun boleh masak. Hehe. Telur masak kicap ni pun, tidaklah dimasakkan untuk dihidangkan kepada tetamu atau ketika musim perayaan, sekadar untuk memastikan ada sesuatu yang terhidang untuk dimakan. Biasanya kita tentu akan pandang enteng dengan masakan ni kan? Or lagi teruk lagi, ada yang anggap telur masak kicap bukan sejenis lauk pun... MasyaAllah, jom muhasabah diri kita.



Sebagai seorang muslim, kita tahu semua kejadian itu berlaku dengan kehendakNya. Kita juga faham tidak ada istilah semulajadi ni. Semuanya ada penciptanya. Dan siapakah lagi yang menciptakan hidangan telur masak kicap tu kalau bukan si tukang masak yang comel itu. Tukang masak tersebut telah meletakkan effortnya dalam menghasilkan sebuah hidangan untuk sajian orang ramai tau. Namun begitu, kita lihat ye, masyarakat kita selalu menganggap telur masak kicap ni sebagai perkara yang terlalu common, tidak ada apa yang istimewa pun dalam hidangan ni. Benarkah pandangan ni?

Salah!!! Sebab biarpun perkara ini nampak mudah, ia tetap sahaja disertai dengan usaha. Ingat semua orang tahu ke nak masak benda ni? Saya sendiri pun tak reti. Maka apabila kita dihidangkan dengan masakan-masakan seperti ini, jangan kita lupa untuk ucapkan Alhamdulillah dan beri kredit pada tukang masak tu eh.

Kisah benar : Beberapa hari yang lalu, salah seorang daripada orang orang kesayangan saya, baru sahaja berjaya menguasai cara-cara memasak telur masak kicap ni. Saya pulak masa tu hanya menanggap itu perkara yang biasa, padahal untuk dia, dia terlalu happy amat sehingga nak share perkara ni dengan saya. Silly me. Waktu tu, saya memang teruk sangat, saya terus terlepas pandang effort yang dia masukkan dalam memasak telur masak kicap tu sebab bagi saya perkara itu terlalu common.

Baiklah, telur masak kicap tu cuma analogi sahaja. Cuba kita relatekan dengan kehidupan seharian kita. Allah s.w.t tiap hari beri kita oksigen dan air untuk kegunaan kita. Pernah kita rasa untuk bersyukur dengan dua kurniaan ni? Jarang sekali, sebab nikmat ni terlalu common. Ada kawan kita baru je pandai naik basikal or baru je pandai nak mengaji pada umur 19 tahun, apakah kita akan bergembira atas achievement ni? Jarang sekali sebab benda ni terlalu common kan. Banyak sangat perkara dalam dunia ni yang kita anggap terlalu common, sehingga kita selalu lupa untuk bersyukur dan menghargai usaha disebalik setiap perkara tu.

Usaha itu membuat lauk hidangan biasa ini jadi sedap dan chomel bila disertai keikhlasa :)
Be appreciative!!!
Astagfirullah, ada orang yang bersusah payah untuk mencapai sesuatu dan berkongsi kejayaan itu dengan kita, biarpun kejayaan itu kecil je di mata orang lain, tapi buat mereka yang berusaha tu dan mereka yang dikongsikan pencapaian itu, anda wajib belajar menghargai. Saya juga selalu terlepas pandang pencapaian adik adik saya. Bagi saya apa yang mereka buat itu perkara yang biasa sehingga saya terlukakan hati orang dengan respon saya.

Mulai saat ini, kita harus ubah paradigma kita, usaha itu yang perlukan kita utamakan, pencapaian itu kita serahkan kepada Allah azza wa jalla. Dia lebih berhak menentukan apa yang terbaik. Bila ada orang yang dapat result exam yang tak seberapa, kita harus pandang kepada usaha mereka. Hargai usaha mereka. Jangan sampai kita memandang semua perkara sebagai biasa. Sesungguhnya Allah itu memandang setiap kebaikan dan kejahatan biarpun ia hanya sebesar zahrah.

Kita sebagai seorang muslim terutamanya, kena banyak belajar menghargai biarpun kadang kadang perkara nampak kecil di mata dunia, tetapi usaha di sebaliknya sangat besar pada pandangan Allah. Kadang kadang perkara yang kecil itu, kalau dibuat dengan ikhlas, akan jadi lebih sweet kalau dibandingkan dengan perkara yang konon awesome tetapi dibuat dengan kepura-puraan. Sudah tentu telur masak kicap yang dibuat dengan ikhlas tu akan rasa lagi sedap daripada spaghetti meatball yang dibuat dengan hari yang tak ikhlas :)

Wassalam...

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts