Saturday, May 5, 2012

 7:31 PM   Anonymous      2 comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. *sila baca tajuk entry ini dengan nada suara agak tension dan pelik sebentar.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana Dialah yang menggerakkan tubuh ini, jari jemari ini, minda ini untuk memerah dan mencurahkan sesuatu ke atas blog ini. Sesungguhnya, bergeraknya jari-jari saya menaip entry ini juga adalah hidayah daripadaNya. Moga apa yang tercurah dalam blog ini sentiasa menjadi ilmu untuk ummah dan para pembaca hendaknya.


Baru-baru ini, buat pertama kalinya, saya menghayati erti bercuti pada Hari Pekerja. Ehem, saya memang pekerja yang rajin. Ok, saya perasan. Namun, entry kali ini bukanlah saya hendak bercerita tentang kerja itu. Itu kalau nak tahu, boleh message saya, ada masa saya cerita, insyaAllah. Saya dengan ilmu yang cetek ni nak menulis mengenai bulatan gembira a.k.a happy circle a.k.a ohana circle a.k.a quranic circle serta banyak lagi nama comel yang boleh anda tambah sendiri.





Adakah saat saya menulis entry ini saya dah berjumpa dengan bulatan gembira saya? Sudah tentu belum. Hehe, saya malu dengan kenyataan itu. Tapi apakan daya, bakal-bakal murrabi saya suruh tunggu dulu, siap sediakan dulu mental untuk melalui jalan panjang ni.


Baiklah, berapa ramai daripada anda yang pernah dengar perkataan bulatan gembira ni? Angkat tangan dalam hati, please.... Mesti ada yang pernah dengar, yang jarang dengar seperti saya, yang dah dengar tapi dah lupa ertinya, ada juga yang ini kali pertama mendengarnya ketika membaca blog ni atau ada mungkin dah hempas laptopnya kerana terlalu allergic dengan perkataan ini sewaktu membaca blog saya.





Kali pertama saya came across perkataan ni ialah ketika saya masih lagi berada di UiTM Shah Alam. Saya mengaku saya ialah pembaca nombor satu blog Diari Bulatan Gembira. Nak visit blog tu? Boleh. Sila tekan link ni Diari Bulatan Gembira. Blog tu best. Kali pertama saya membaca blog tu, saya terkejut juga dan ini reaksi pertama saya, "Bulatan Gembira? Apakah?!"


Rupa-rupanya, bulatan gembira itu usrah. Buat mereka yang pernah duduk asrama seperti saya, perkataan usrah itu suatu perkara yang common. Sewaktu saya junior, menghadiri usrah tu ialah sewaktu perkara yang wajib. Biasanya, saya akan mendengar kupasan hadith from kitab Fadhilat Amal atau pengisian daripada uztaz mahupun senior. Dulu saya memang tak biasa dengan usrah ni, tapi sekarang saya rasakan usrah tu macam tempat makan bagi ruh saya. Ruhani saya lapar.. Wuwu...


Usrah ini dalam bahasa melayu beerti keluarga. Usrah = keluarga, usrati = keluargaku. Hehe. Sistem usrah dekat MOZAC dulu sangat kurang pendekatannya. Suasana keluarga tu tidak dirasai lansung. Saya yang pernah jadi naqib di sekolah dulu pun garu-garu kepala macam mana nak tanamkan pengisian betapa pentingnya usrah tu kepada adik-adik. Benarlah, hidayah itu milik Allah. Pelbagai pembaharuan dilakukan, tetapi pendekatan tu tak berapa nak efektif jugak sebab biasalah yang memimpin pun antaranya ialah saya, cetek lagi tohor lagi ilmu kami. Para ulama' turut mendefinisikan usrah sebagai  individu Muslim yang beriman kepada Allah yang berusaha dalam membina fikrah Islam dalam diri dan peribadi Muslim. Berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam dan melaksanakan amanah yang dipikulkan ke atas mereka dalam mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah serta menjauhkan diri dari pengabdian diri kepada manusia dan taghut.


Gambar ni sumpah buat saya sentap :')
Tapi apakah lepas keluar asrama, aktiviti usrah itu harus berhenti? Sudah tentu tidak. Perkara yang baik kenapa nak dihentikan pulak kan? Carilah family usrah yang baru. InsyaAllah, Yang Maha Pengasih pasti akan membantu kita, asalkan kita ikhlas dalam mengharungi jalan Allah ni. Saya ulang sekali lagi, 3 amanah utama kita tu. Anda masih ingat. Khalifatullah, abidullah dan daielullah. Sesungguhnya amat rugi sesiapa yang mengatakan cukuplah dengan menunaikan amalan fardhu dan amalkan sikit2 amalan sunat dalam kehidupan ni. Anda dah silap besar weyh. Amanah anda sebagai khalifatullah dan daielullah sape nak tolong tunaikan pulak? Saya? 3 amanah di pihak saya sendiri pun belum tertunai lagi.





"Penting sangat ke usrah ni? Apa faedah join usrah ni? Buat susah jer..." Ini semua soalan yang selalu bermain di minda masyarakat kita. Dan anda yang dah join usrah tu, pernahkah anda luangkan masa menjawab persoalan masyarakat ni? Kesian dekat mereka yang ingin mengetahui. Baiklah, saya tolong listkan sikit kepentingan usrah tu ye, kalau nak tahu lebih lanjut lagi, sila join usrah kerana kemanisan dakwah dan tarbiyyah itu terkadang hanya dapat dirasai bila kita dah commit ourself.



  • Usrah mempunyai beberapa ciri yang membezakannya daripada nizam al-tarbiyah yang lain dan antara ciri tersebut ialah:
  • Usrah bersifat mutawasil (berterusan): Sesuatu pembentukan yang bersifat sekali sekala atau terputus-putus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan. Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara yang lebih berkesan.
  • Usrah merangkumi semua ahli sama ada pengikut, pekerja mahupun pemimpin. Pastikan tidak ada ahli yang terlepas daripada program tarbiah.
  • Dirancang dengan rapi dari semua sudut. Dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh nuqaba' dan ahli.
  • Mendidik hati para anggota untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah Taala.
  • Menghubungkan anggota secara langsung dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.
  • Mengiltizamkan anggota dengan akhlak al-Quran supaya dapat mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangannya. 
  • Menjadikan Rasul dan para sahabat sebagai ikutan seharian.
  • Berfikiran dan bertindak selari dengan apa yang diajar oleh Allah dan Rasul.
  • Sentiasa dapat bermulazamah dengan al-Quran dan al-Hadis.
  • Membentuk peribadi Muslim, keluarga Muslim dan masyarakat Muslim.
  • Melahirkan keikhlasan kepada Allah dalam setiap amalan.
  • Merapatkan ukhuwwah dan kasih sayang dalam kalangan anggota.
  • Menghidupkan budaya nasihat-menasihati.
  • Menanamkan semangat cintakan agama Allah.
  • Meningkatkan motivasi ahli yang menyertai usrah. Manusia hidup dengan cita-cita, harapan dan kepercayaan yang diyakini. Penekanan yang tepat kepada konsep keimanan kepada Allah dan Rasul akan melahirkan iltizam serta pengorbanan yang bersungguh-sungguh dan tidak kenal erti kecewa.
  • Membuka saluran komunikasi dalam sesebuah organisasi. Sistem usrah yang digunakan boleh mewujudkan sistem komunikasi yang baik di samping mewujudkan arahan sebutang (one button mobilisation)
  • Menguji bakat dan kebolehan anggota masing-masing.
  • Memahami peribadi anggota dengan lebih dekat seperti pemarah, pemurah, penakut, lembap, gopoh dan sebagainya

*kepentingan kepentingan usrah ini dipetik dari blog http://faqli.blogspot.com/

Dah tau kan sekarang? So apa tunggu lagi? Boleh mula gerak cari keluarga usrah anda. Moga kita semua dipertemukan di jalan ni ye :) InsyaAllah, dengan usrah, walaupun nampak kecik je, kita kana mampu semula membina the Empire of Faith yang kita rindu-rindukan tu.



Wassalam...
P/s : Saya dah bel 3 buah buku baru untuk pembacaan saya, Apa Erti Saya Beragama Islam, Petunjuk Sepanjang Jalan dan buku From Zero To Hero. Doakan saya cepat habis membacanya. Dan saya jugak baru mendapat gaji pertama saya. Alhamdulillah. Sapa nak saya belanja makan tomyam or nasi beriani, sila message saya. Hehe.

2 comments:

Mohamad Nasruddin said...

haa,ape lagi,belanja ar aku..hehe

Muhammad Adam bin Roslan said...

mohon follow my blog,
mari berkongsi ilmu
http://www.adamros.blogspot.com/

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts