Thursday, May 31, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

*Entry ini ialah kisah bagaimana saya 'clash' dengan ex kekasih hati saya, "Miss KARAT JAHILIYYAH". Saya terpaksa memutuskan hubungan kami kerana saya terlalu takut dengan azab Allah dan tentunya untuk menyediakan hati yang bersih untuk bakal zaujah saya yang chomel dan kuat hatinya itu. Cuba anda fikirkan ada ke muslimah solehah yang sanggup bersuamikan seorang lelaki yang ada hubungan sulit dengan Miss KARAT JAHILIYYAH ni?

Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya akan aku tambahi nikmatKu kepada kamu, dan sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesunggunya azabKu amatlah keras"
(Surah Ibrahim : 7)

Ternyata keputusan ini sukar untuk diterima oleh hati, tapi demi menempuh jalan yang panjang dan sungguh berliku ini, saya terpaksa jugak buat decision yang bakal mengubah jalan hidup saya selepas ni. Mungkin selepas keputusan ini dibuat, hidup saya tidak akan jadi seseronok dulu, tidak boleh lagi berhibur 24 jam setiap masa atau berangan-angan kosong 7 hari seminggu. Mugkin juga selepas ini saya akan dipaksa berhempas pulas menempuh jalan kehidupan ini seorang diri, kepenatan dan kelelahan setiap masa dan seorang diri menangis mengharap belas dari Yang Maha Esa. Tapi yang saya pasti Allah pasti akan memandang usaha ini, dan Allah juga tidak pernah sesekalipun mensia-siakan hambaNya yang selalu berharap.



Rasanya dah cukup lama kami berkawan, sampai dah mampu baca isi hati masing-masing. Semua perkara yang best-best dah kami lakukan bersama. Kebanyakkannya melalaikan, jarang sekali membawa diri ini dekat kepada Allah. Tetapi saya tetap teguh juga, kerana percaya hubungan ini lansung tidak memudaratkan. Saya rasa bahagia je, tidak ada rasa kecewa nak nangis pun? Hari-hari saya gelak senyum bila dia ada.


Tapi bila dah makin lama berkawan, saya mula rasakan ada kekosongan di dalam hati ini. Sejak kami berdua berkawan ni, Allah dah semakin jauh daripada saya. Eh, kejap. Saya nak betulkan statement tu. Saya yang semakin jauh daripada Allah. Astagfirullah. Sampai bila saya nak jadi macam ni? "Kata nak jadi lelaki soleh yang berguna untuk ummah? Kata nak sunting bidadari duniawi? Target nak bina baitul muslim yang menggerakan dakwah dan tarbiyyah?" perli saya kepada insan bernama Ahmad Azri.


Memang saya nak capai semua tu, malah saya sanggup usaha keras untuk menjadikannya sebuah realiti. Namun, usaha itu juga ialah sebuah perjuangan. Dan perjuangan selalunya penuh ranjau, jarang sekali mudah ataupun manis. Dah tu, kalau saya asyik melekat dengan dia ni, alamatnya memang rosaklah perancangan saya, terbantutlah segala usaha saya.




Dulu saya ingat dialah pelengkap hidup saya. Sanggup teman saya hingga akhir hayat. Jadi pelengkap kekosongan dalam hati ini. Saya ingat dia mampu bantu saya sama-sama menginjak ke syurga, rupanya makin jauh pulak dia seret saya daripada menuju destinasi cinta abadi tu.


Lama saya pasang tekad. Hubungan ini tidak boleh diteruskan. Allah tidak redha. Dan siapalah saya, hamba kecil hina ini untuk berani berpaling daripada keredhaan Illahi. Kami mesti putuskan hubungan ni. Kalau dia tak sanggup, biar saya sahaja yang putuskan. Saya dah tak mampu nak hidup bergelumang dengan perkara mungkar ni. Saya nak berubah. Dan semestinya dia tidak termasuk dalam rancangan baru kehidupan saya. Sila get lost!



Dah lama kita kenal kan? Dah dekat 10 tahun lebih rasanya. Sekarang ni kita kena clash. Saya dah taknak ada relationship dengan awak. Mulai hari ini kita officially clash ye, KARAT JAHILIYYAH. Dah lama sangat dah, saya berdamping dengan awak ni. Hari-hari awak tolong saya tambah dosa je. Saya dah tak larat dah nak pikul bergunung-gunung dosa yang kita share ni. Apa saya nak jawab depan Allah nanti?


Sekarang ni saya nak berubah. Saya ada future. Dan tentunya cita-cita saya ialah menuju ke arah Allah. Saya nak jadi imam yang baik kepada future zaujah saya. Nak jadi khalifah untuk society ni. Nak jadi daie untuk umat ni dan jadi abid yang sentiasa bersyukur. Hubungan kita ni dah tak boleh nak diselamatkan, memang dah ke lautlah... Allah nanti murka, Rasulullah nanti sedih kalau kita terus bersama, parents saya tak restui nanti dan of course isteri solehah saya pasti mengamuk jika tahu saya ada hubungan sulit dengan awak.





K fine. KARAT JAHILIYYAH, awak boleh move on. I don't need you anymore. Sayonara~


Dari Anas r.a.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda;
3 perkara yangs sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman.
Pertama, hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya,
Kedua, hendaklah dia mencintai seseorang kerana Allah,
Ketiga, hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.
(Hadis sahih riwayat Bukhari)



Wassalam....

P/s : Lain kali kalau hendak berada dalam relationship pastikan teman anda itu mampu dan berpotensi untuk menarik anda ke arah redha dan rahmatNya. Jangan carik pasangan macam Miss KARAT JAHILIYYAH ni. Mencintai hanya kerana Allah, barulah sweet k?

P/p/s : Allahu, boleh tak bagi saya zaujah yang kuat hatinya? Supaya bila saya lemah semangat, dia boleh share dengan saya hatinya yang kuat tu. :) *doa dengan ikhlas, anda semua tolong 'amin'kan yer? Syukran...


1 comments:

Mohamad Nasruddin said...

hati ini sangat tersentuh..very nice entry sahabat... ^_^

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts