Wednesday, June 6, 2012

 10:39 PM   Anonymous      No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah Ya Rabbal Alamin. Kerana sehingga ke detik ini, saya masih lagi merasakan bahawa saya ini seorang hamba Illahi. Tidak pernah saya memperhambakan sesiapa, apatah lagi merelakan diri ini menjadi hamba kepada yang selain daripada Yang Maha Esa. Moga Allah tetapkan pendirian saya kerana impian hamba ini ialah menjadi hamba Allah yang merendah diri malah berprinsip sehingga setiap tutur kata, tingkah laku malah perasaan saya ini menjadi kebaikan buat yang lain. Tidak cukup sekadar menjadi seorang yang soleh, kita perlu tanam impian untuk menjadi muslim yang musleh juga, supaya kebaikan itu boleh dikongsi bersama.



Alhamdulillah, masuk hari ini dah 3 hari saya berkerja di sebuah kedai nasi ayam yang tidak berapa jauh daripada rumah. Eheh, kadang-kadang rasa nak gelakkan diri sendiri. Macam mana la seorang pembantu umum di sebuah firma guaman boleh end up bekerja di sebuah kedai nasi ayam je? Syukurlah kepada Illahi. Rancangan Dia nyata lebih mantap.

Saya selalu je pergi keluar makan bersama keluarga ke gerai-gerai dan kedai makan. Selalu saya perhatikan mereka yang berkerja untuk amik order pelanggan, cuci pinggan, buat air, lap meja, sapu or mop lantai dan tukang masak. Pada waktu itu, saya tidak terbayangkan saya bakal menyandang profesion seperti itu juga pada suatu hari nanti. Malah suatu ketika dahulu, saya tidak pernah terbayangkan pun bahawa bekerja di sebuah restoran, megelap meja, mop lantai, bungkus sup, amik order pelanggan itu pun mampu menjadi sebuah wadah dakwah islam. Wahai, saya tak pernah terfikir pun dulu.



Sejak di tadika lagi, rasanya saya dah tak mampu larikan diri daripada tanggungjawab. Daripada sekecil-kecil amanah sebagai tukang sapu kelas setiap hari isnin sehinggalah menjadi seorang ketua pelajar di sekolah menengah malah di bawa pula ke universiti sebagai ketua asasi. Belum pernah lagi saya dapat rasa hidup sebagai orang 'biasa' yang tidak perlu pening-pening kepala memikirkan perihal orang lain. Pada waktu itu saya selalu teringin untuk lari jauh-jauh daripada amanah dan tanggungjawab. Pada waktu itu juga, saya seakan terlupa bahawa amanah itu sebuah ujian daripada Allah. Dan saya juga terlupa bahawa ujian itu bukti cinta daripada Allah.

Alhamdulillah, saya pada hari ini boleh katakan segala potensi yang ada dalam diri saya ni, semuanya datang daripada amanah-amanah yang saya pikul tanpa henti. Malah daripada amanah-amanah ini juga, Allah selalu sertakan kemanisan hidup untuk saya rasai. Termasuklah mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan terutamanya SPM.



Mungkin saya dah terbiasa untuk berjaya dalam setiap percubaan saya. Malah mungkin jugak saya dah terlalu biasa untuk menjadi ketua. Dan kini kebiasaan saya ini mungkin menjadikan saya seorang yang bangga diri, bajet best dan perasan bagus. Siapa tahu kan? Hanya Allah yang mampu menilai. Kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha untuk yang terbaik dan bertawakkal kepadaNya.

Mungkin inilah sebabnya, Allah campakkan saya ke medan ini. Untuk Dia sedikit menguji jiwa hamba saya. Diujinya Dia dengan kesusahan, keletihan, kepenatan. Sehinggakan kaki terasa sangat lenguh, badan selalu berpeluh, semuanya kerana mencari sedikit rezeki dan memperkukuhkan lagi jiwa hamba ini. Kalaulah satu hari nanti saya menjadi orang yang ternama, pendakwah yang terkenal mahupun blogger yang popular *perasan best, saya pasti akan hargai pengalaman ini.



Baru 3 hari, saya dah pernah kena marah dengan customer yang tak suka cara saya melayan dia. Tertumpahkan air waktu nak serve air kepada customer. Siapa di atas dunia yang pernah menjangkakan seorang Ahmad Azri akan kerja sebagai staf di sebuah gerai makan? Itulah takdir namanya. Sungguh terperinci rancangan Illahi.

Di sebuah kedai nasi ayam ini pun menjadi medan tarbiyyah buat saya. Mengajar saya erti kersabaran saat keletihan yang teramat melanda, mengajar saya mengahargai waktu lapang yang ada, mengajar saya erti nikmatnya menunaikan solat pada awal waktu, mengajar saya erti menerima hinaan orang yang memandang, mengajar saya erti menjadi hamba Illahi yang hakiki. Sungguh saya hanya hamba Dia yang biasa. Hanya rahmat dan redha Dia yang saya damba dan kejar.



Moga melalui kerja kecil ini, saya dapat rezeki yang halal malah menjadi agen dakwah kepada semua customer yang datang. Siapa tahu kan? Hidayah Allah tu boleh sampai bila-bila masa sahaja :)

Allahu, jadikan aku hamba di mataMu, 
daie di mata ummah 
dan
khalifah di mata dunia...



Wassalam...

P/s : Siapa yang teringin nak saya amik order dia or nak tengok saya berkerja mop lantai semua, boleh visit kedai Nasi Ayam Gemas di belakang Tesco Cheng. Hehe. :) *tolong boss promote kedai...   

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts