Tuesday, June 12, 2012

 5:09 PM   Anonymous      3 comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Sejak berada di tingkatan empat rasanya, saya menyimpan cita-cita kecil untuk menjadi seorang novelis. Kalau nak diikutkan, saya ni ada banyak sangat cita-cita. Perdana Menterilah, Pengetua MOZAClah, Peguam Negaralah dan banyak lagi... Bukannya mustahil bukan? Seorang muslim itu, jika ia kenal potensi dirinya, maka akan banyak pencapaian hebat yang mampu ia capai...

Secara jujurnya, saya bukanlah banyak sangat membaca novel. Selain daripada novel-novel komponen sastera dekat sekolah menengah tu, saya hanya baca novel daripada 2 orang pengarang je. Habiburahman El Shirazy dan Ramlee Awang Murshid. Novel-novel yang lain belum mampu beri kesan yang sama ketika membacanya.

Saya ama tertarik dengan gaya penulisan Habiburahman. Malah setiap novelnya, dilabel sebagai novel pembangun jiwa. Dan label itu sangat tepat sekali, jiwa-jiwa yang membacanya pasti akan tersentuh dan terbangun sendiri untuk mengubah kekurangan yang ada. Maka, novel-novel seperti inilah yang ingin sekali saya hasilkan. Teringin sangat menulis sesuatu yang mampu menyentuh jiwa-jiwa diluar sana. Moga Allah redha.



Mereka-mereka yang rapat dengan saya, selalu sahaja saya ceritakan impian kecil saya ini. Malah saya ceritakan sekali jalan cerita sebuah novel yang selalu bermain di minda saya. Respon mereka agak positif, malah mengalakkan lagi. InsyaAllah jika ada kekuatan maka pasti saya akan menulis novel ini. Dalam entry kali ini, saya sertakan rangka novel pertama yang saya ada. InsyaAllah. Moga Allah izinkan.

Tajuk : Madrasah Cinta Illahi

Tema : Jiwa islam dalam kalangan remaja, Persoalan ikhtilat dalam perhubungan, dan Keagungan cinta Illahi.

Sinopsis :

Madrasah Cinta Illahi merupakan sebuah rancangan novel yang sangat menekankan suasana cara menghayati kehidupan Islam yang sebenar dalam golongan remaja. Saiful Hamzah, seorang remaja 16 tahun yang begitu berusaha menjadikan islam sebagai tunjang utama hidupnya. Saiful merupakan remaja kampung, anak yatim yang miskin yang masih menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh dan ibunya menghidapi barah usus yang sangat kronik. Di sebalik kesusahan hidup yang dihadapinya, Saiful tidak pernah merungut, tidak pernah mempersoalkan takdir Illahi, malah dia redha menghadapi ketentuan Allah. Jiwa islamnya mula tergugah saat ketenangan hatinya mula disapa bidadari duniawi. Dua muslimah itu hadir dalam dunianya dan mula membawa Saiful ke arah ujian paling getir dalam hidupnya. Yang seorang selalu membuat hati kecilnya tidak berhenti dengan rasa hormat dan kagum dan seorang lagi tiada pernah henti mengharap perhatian Saiful. Apakah dia akan mengorbankan redha dan kasih Allah untuk dia memeluk cinta seorang muslimah? Dia tidak mampu lama untuk menipu hatinya, kerana dia juga seorang manusia, bukan malaikat yang tidak punya perasaan.

Dirasakannya tarbiyyah daripada Illahi itu tiada pernah henti. Dua muslimah itu bukan satu-satunya ujian buat Saiful, Allah terus mendatangkan ujian yang Saiful sendiri tidak pernah membayangkannya. Tegarkah hati Saiful menghadapi fitnah terbesar dalam hidupnya? Malah dia sendiri tidak pernah menjangkakan bahawa fitnah terbesar ini bakal membawanya bertemu cinta yang selalu dia rindu.

Katakanlah (wahai Muhammad) : "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani...
(Az Zumar : 53)


InsyaAllah ini jalan cerita kecil untuk novel yang berada dalam perancangan saya. Malah saya dah fikirkan pun sambungan untuk novel ni. InsyaAllah kalau dapat lengkapkan novel yang pertama ni, saya akan sertakan rangka novel yang kedua pula, Baitul Mahabbah.

SMS Muzaffar Syah, latar tempat maybe? insyaAllah
Moga Allah bantu usaha saya ni :) Mohon doa daripada anda sekali :)

Wassalam...

*Bab 1 dah siap dah pun... Siapa yang nak baca boleh email kepada saya. InsyaAllah saya kongsi...

3 comments:

Mohamad Nasruddin said...

wahh,kau bagi novel terus kat aku..bagi ar citer-citer pendek dulu..masak ar aku..haha

Anonymous said...

moga Dia menyertai usaha-usaha logam Islam ni. tahniah akhi!

Ryns. said...

remember Nur Bukan Cahaya? rangka still quite the same kan? :)
glad u finally did this :D chaiyokkk

ps. u know my email. tq :P

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts