Thursday, March 17, 2011

 9:37 PM   Anonymous   ,    No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Baik, kali ini saya nak try semula tulis or at least try komen something yang agak serious. Dah lama tak buat macam ni, hopefully boleh terima sekurang-sekurangnya oleh diri sendiri. Oh, sebelum tu, semalam sempat singgah ke TESCO Cheng untuk beli karya kontroversi Tun Dr Mahathir, A Doctor in the House. Baru mula membacanya but I find it very catchy and interesting. Bila agaknya nak abis baca, insyaAllah secepat mungkin. So, kembali merujuk semula kepada tajuk posting ini, Prime Legacy atau dalam bahasa kebangsaan kita Warisan Perdana. Ilham untuk menulis perkara ini terbit ketika menghadiri Program Kepimpinan Tun Razak. Peluang bertemu orang-orang hebat di sana tidak saya sia-siakan terutamanya peserta-pesertanya yang deserve my salute. Respect anda semua!!!

Pada pandangan anda, apa maksudnya Warisan Perdana? Warisan merupakan sesuatu yang yang ditinggalkan secara turun-temurun secara batiniah dan lahiriah. Perdana kat sini pulak merujuk kepada sesuatu yang ultimate ataupun agung, sesuatu yang tersangat bernilai untuk disia-siakan. Jadi apa agaknya Prime Legacy di negara kita ni? Something yang sangat penting yang telah ditinggalkan sejak Dinasti Kesultanan Melayu Melaka lagi, sehinggakan kalau ditawarkan se'everest' emas dan permata pun tak kan terbeli warisan ini. Jawapannya sangat mudah. REMAJA HARAPAN BANGSA. Betul kan? Don't misjudge me k? I'm not referring to remaja in general, but specifically REMAJA HARAPAN BANGSA.

Kalau ikut parameter saya, Remaja bermaksud golongan insan yang berumur bawah 30 tahun dan still belum berkahwin. Kenapa golongan ini digelar Warisan Perdana? Sebabnya bukan mudah untuk mempunyai golongan seperti ini dalam sesebuah negara. Lebih penting lagi bukan mudah nak hasilkan golongan macam ini. Ingatlah, Allah itu Maha Adil. Golongan ini bukan dilahirkan dengan takdir begini, tapi mereka dibentuk dengan berhati-hati. Remaja harapan bangsa bolehlah kita define sebagai personaliti yang yakin pada diri sendiri, bersahsiah tinggi, patriotisme, nasionalisme, berilmu dan taat setia.

Yakin pada diri sendiri bukannya beerti sombong. Keyakinan yang ada ini juga bukan untuk dirinya sendiri sahaja bahkan untuk dikongsi dengan orang di sekelilingnya. Orang seperti ini memang mudah dikesan. Pernah tak anda come across someone yang bila dengar dia berkata-kata atau dekat dengan dia saja pun anda rasa bersemangat dan yakin jugak? Ada kan? Keyakinan mereka ni bukan sahaja terpendam dalam hatinya tapi mengalir dengan deras dalam setiap ittikad, perkataan dan perbuatan mereka. Niat mereka hanya kerana Allah dan setiap tingkah laku mereka ikhlas tetapi bermanfaat untuk segenap masyarakat.

Ciri kedua ialah bersahsiah tinggi. Warisan Perdana tahu how to carry on themselves. Mereka takkan buat apa-apa yang boleh tarnish imej mereka sebab diorang sedia maklum tanggungjawab yang digalas di bahu mereka. Sebagai golongan yang membawa harapan bangsa, perwatakan yang soleh itu perlu. Ingatlah, golongan ini separuh daripada hidup mereka ialah untuk membawa manfaat kepada orang lain. Ketahuilah juga dakwah manusia paling berpengaruh di muka bumi ini, Rasulullah s.a.w, lebih banyak melalui personalitinya yang menambat hati dan keyakinan orang lain. Hipokrasi bukan satu pilihan sebab apa yang golongan ini tampilkan bukan kepura-puraan.

Next are patriotisme dan nasionalisme. Dua keperibadian yang paling sukar ditemui dalam hati remaja-remaja zaman sekarang ini. Haha. Prime Legacy sentiasa memikirkan apa yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara. Malah, sejak dari usia yang muda lagi, mereka sentiasa peka dengan hal ehwal negara. Pemikiran mereka ditumpukan untuk kemajuan hakiki negara. Idea-idea mereka bernas dan inovatif, tapi tak sedikitpun mereka bongkak dengan abiliti mereka. Mungkin mereka layak digelar visionary. Dalam masa yang sama, semakin maju mereka, semakin selalu mereka memandang ke belakang untuk memastikan mereka yang lain pun turut maju bersama. Tanyalah diri kita sendiri apakah kita ada kesanggupan untuk berkorban apa sahaja untuk 'tanah tumpahnya darahku' ini? Well, action speaks louder than words.

Wisdom is life. Berilmu tidak semestinya cemerlang dalam akademik tetapi bijaksana dalam kehidupan. Mereka mampu mengapai kemenangan dalam segenap aspek dengan cara yang mudah tetapi efektif. Ketenangan mereka mampu meredupkan hati mereka yang gundah gulana semuanya kerana ilmu di dada mereka. Ilmu mereka juga merupakan sumber barakah buat mereka. Golongan ini sentiasa dahagakan ilmu dan minda mereka sentiasa kritis dan kreatif. Bagi mereka, tidak ada gunanya berilmu keseorangan, ilmu tersebut akan diwariskan kepada semua demi kemajuan ummah.

Lastly ialah taat setia. Ketaatan dan kesetian yang tak berbelah bahagi. Warisan Perdana juga merupakan pencinta yang romantik. Haha, mereka sanggup buat apa saja untuk apa yang mereka cintai. Mereka dan kita juga yakin segalanya bermula dengan cinta. Cinta pulak perlukan pengorbanan, keikhlasan dan kesetiaan. Cinta pada keluarga, sahabat, agama, bangsa dan juga negara mereka. Pentingnya sebab remaja zaman sekarang materialistik. Mereka anggap dan salahkan pentadbiran negara. Mereka nak maju tetapi tak rela setia kepada negara. Walhal negara dah bersusah payah untuk kita, takkanlah kita tak rela kan?

So, remaja-remaja di luar sana, adakah anda Warisan Perdana?

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts