Tuesday, April 30, 2013

 5:50 PM   Anonymous   ,    3 comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah. Marilah kita bersyukur. Bersyukur yang terlalu sehingga setiap nikmatnya kita rasakan begitu berharga. Marilah kita bersyukur dalam keimanan. Tenang. Rehat. Lapangkan dada dan terus menerus bertawakkal kepadaNya. Kerana Dia tidak pernah mengecewakan. Tidak pernah menghampakan. Bahkan Dia yang selalu membahagiakan. Dia terlalu. Memang terlalu. Terlalu sayangkan kita :')

Harry Potter.

Iye. Harry Potter. The Boy Who Lived.




Ramai daripada kita, termasuklah saya tentu sahaja pernah membaca karya JK Rowling ini dan paling tidak pun tentu pernah menonton salah satu filem adaptasi novel paling hebat millenia ini. Kan? Sesiapa sahaja pun, amat mudah sekali terpersona dengan fantasi indah penuh unsur-unsur magik yang diterjemahkan dalam filem tersebut. Ada penyapu terbang, ada chessboard yang boleh bergerak sendiri, ada tongkat sakti yang boleh buat macam-macam, boleh tukar rupa, kawal api and kawal air semua. Bermacam-macam. Sehingga kita ternganga kehairanan. Takjub sebentar. Kagum sejenak. Tabik hormat buat JK Rowling yang fantasinya memukau kita. Bahkan kita sampai sanggup ikuti tumbesaran watak Harry Potter tersebut sehingga dia membesar dewasa. Hafal fakta-fakta dan sebutan-sebutan charm yang ada dalam filem tersebut.

Sungguh. Kita terlalu kagum. Iye, terlalu.

Fenomena dunia ajaib penuh magic ini sampai menjadi impian buat kita. Terasa tentunya seronok kalau kita mampu mengalami semua itu. In just a flick of a wand, anything can happen. Chewah. Sampai ada yang termimpi-mimpi, "Kan bagus kalau sekolah aku macam Hogwards tu? Boleh belajar magic, takyah susah-susah belajar common law, contracts dan tort ni." Hehe. Lebih hebat lagi, ada daripa kita masih menunggu tawaran untuk masuk ke sekolah Hogwards tu, School of Witchcraft and Wizardry. Jyeah. Siapa yang tak mahu kan?


Magic? Benarkah wujud?


Jumm. Kita pulang kepada realiti. Wujudkah magic? Wujudkan orang-orang ajaib ini?

Iye. Wujud. They exist. And they are among us. Jeng, jeng, jeng...

Percayalah padaku :) Memang wujud mereka-mereka yang ajaib ini. Sehingga kita terasa kagum dan tarik-tarik rambut sebab tidak percaya dengan kewujudan mereka. Sabda Rasulullah,


“Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” 
Hadith riwayat Muslim.

Ha... Dah percaya tak? Eh kejap-kejap. Saya beriman. Saya ajaib. Saya Harry Potter lah kan? Boleh masuk Hogwards?

Hehe. Termenung jauh...

Bukan setakat Hogwards wahai ikhwah dan akhawat yang disayangi, bukan sekadar sekolah pondok dunia magik yang tidak wujud itu. Allah telah sediakan tempat yang lebih hebat daripada itu. SyurgaNya. Sehebat manapun fantasi manusia, tidak akan mampu tercapai bahkan bayangan sekalipun akan syurgaNya itu. Ya, di situlah destinasi kita. A well deserved place untuk orang-orang ajaib seperti kita. Ameen... InsyaAllah.

Kenapa Rasulullah kata kita ni ajaib? Sebab kita memang magical sangat. Sangat rare orang-orang seperti ini. Susah betul nak jumpa. Bukankan ajaib bin magik itu ertinya menghairankan? Kalau kita nampak Harry Potter depan mata kita sekarang naik penyapu terbang, mahunya tak terkejut kita kan? Bila kita jumpa orang-orang beriman seperti yang Rasulullah gambarkan dalam hadith ini, dan pasti-pasti kita akan rasa hairan. Rasa terkejut. Rasa kagum. Dan rasa magic :) Jyeah!!

Inilah sifat mereka yang beriman kepadaNya. Ikhlas dalam apa jua perkara. *MasyaAllah kenapa tak boleh tahan air mata meleleh ni... Berat sangat nak tulis part ni, kerana terasa ditampar berjuta-juta kali. Beribu-ribu tahniah.

Kalau mereka memperoleh perkara yang baik, mereka bersyukur kepadaNya dan kalau dapat perkara yang buruk pula, mereka bersabar. Maka jadilah baik segala urusan untuk orang-orang yang beriman itu. Ajaib kan? Kalau dapat duit sejuta ringgit, lama dia sujud syukur. Kalau duit satu sen je pun setelah penat seharian bekerja, sama lama jugak dia sujud syukur. Demi Allah, orang-orang yang beriman itu sentiasa bersifat terbuka. Segala apa yang diterima olehnya jadi yang terbaik buat dirinya. Syukur atau sabar. Kau mampu? Heh. Kalau dapat kereta Naza Forte dia bersyukur dan kalau dilanggar lari pula oleh kereta Naza Forte sendiri pun dia bersabar. Ya Allah, indahnya mereka yang Kau gambarkan ini. Apakan aku juga dalam golongan mereka? 

Apa? Anda ingat senangkah untuk bersabar bila ditimpa musibah? Cubalah sendiri, baru tahu nanti. Sabar itu terlalu indah. Dan sabar tak mampu nak dibuat in a flick of a wand. Bukan setakat naik penyapu terbang dan main kejar-kejar di taman. Harry Potter, kau mampu? Hehe.

Ahli Magic tanpa hidung. Hehe

Dan anda ingat mudahkah untuk merendahkan diri dan bersyukur bila kita dilimpahkan nikmat yang tidak terhingga? Lord Voldemort pun sampai lupa dunia bila ada kuasa kecil macam tu. Sungguh mudah untuk kita bersyukur dalam kesusahan tapi sangat sukar untuk bersyukur bila dalam kemewahan. Patutlah syurga itu dipenuhi oleh mereka-mereka yang miskin. Magic kan orang-orang yang beriman? Harry Potter, kau mampu? 

Sungguh buat mereka yang pernah ditimpa ujian yang maha berat, ingatlah akan hadith ini. Betapa hebatnya muslim itu sehingga digambarkan sebagai orang yang ajaib. Tenang, redha, bersyukur dan menerima dalam apa jua keadaan. Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam ketaatan. Kerana kunci kebahagiaan itu letaknya pada sabar dan solat. 


"Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kepadamu semua, sehingga Kami dapat mengetahui siapa di antara engkau semua itu yang benar-benar berjihad dan siapa pula orang-orang yang bersabar." (Muhammad: 31)

"Orang yang bersabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu nescaya termasuk pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang teguh." 
(as-Syura: 43)

"Mintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar." 
(al-Baqarah: 153)

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungannya - kerana amat banyaknya." 
(az-Zumar: 10)

"Nescaya Kami akan memberikan cubaan sedikit kepadamu semua seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, kemudian sampaikaniah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." 
(al-Baqarah: 155)




Stress. Kenapa susah sangat nak jadi orang-orang ajaib ni?

Tentulah susah.

Kerana kita bukannya Harry Potter yang masuk sekolah pondok magic Hogwards dan tujuan hidup hanya untuk balas dendam kepada Voldemort.

Kita muslim. Tujuan hidup kita lebih agung. Lebih hebat lagi.

Yang kita mahu ialah hidup mulia atau mati syahid.

Yang kita kejar ialah syurga Firdausi.

Syurga itu mahal. Terlalu mahal. Maka marilah kita berkerja. Bersungguh-sungguh di dunia ini agar mencapai syurga impian di kampung halaman kita nanti :') *meleleh air mata...

Syurga itu terlalu luas untuk berseorangan... Marilah kita bersama ye? :') *makin laju nangis...

Last benda nak eksyen against Harry Potter. Tahukah anda, melihat wajah-wajah orang beriman ini terus mengingatkan kita akan syurgaNya? Eheh. Ajaib kan? Magic sangat. Harry Potter, kau mampu?



Wassalam...


3 comments:

Ryns. said...

Lama tak dengar kabar kau. Harap semuanya ok je. Dan kalau ada masalah, semoga terus gigih bersabar. Wassalam..

Muhammad Nur Fitri said...

wah...ana nak jadi Magician gak lah mcm tuh...huhu. Best entri nih...jzkk

Unknown said...

Harry Potter,kau mampu? Best entry ni. terima kasih. ^-^

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts