Monday, April 2, 2012

 11:02 PM   Anonymous      No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. SubhanAllah, MasyaAllah, Astagfirullah dan Alhamdulillah. 4 kalimah mulia ini sesuai sangat dalam mengambarkan pengalaman saya pada hari ini. Maka, saya dengan segala hormatnya memaklumkan anda semua, saya telah pun meninggalkan bumi melaka sekali lagi. Tapi kali ini bukanlah untuk belajar undang undang, tapi kini Ahmad Azri sudah melangkah ke alam pekerjaan. Yeah!!! Saya dah bukan kanak2 riang ribena lagi... Ok yang ni sedih :'( Apapun alhamdulillah kerana dengan izinNya saya dah pun masuk ke alam berkarier ini.

Betullah cakap orang dulu2 bahawa belajar dengan bekerja ni lansung tak sama. Lain sangat. Maka dengan perubahan drastik dan mendadak yang bakal saya alami ni, maka perancangan yang sangat teliti adalah sangat diperlukan, kerana yang saya kejar bukan kekayaan dunia semata2 bahkan kebahagiaan akhirat tu jauh lebih penting kalau nak dibandingkan.



Terima kasih kepada Puan Mama, saya dapat secure kerja sebagai pembantu di sebuah firma guaman di Brickfields, Kuala Lumpur. Saya sekarang ialah salah seorang staf di Kasthuri Basir Shah & Partners Legal Firm. Tapi saya berkerja ni lebih kerana hendak belajar realiti sebenar seorang legal practitioner. Hehe. Dan semestinya, realiti itu jauh daripada apa yang saya bayangkan.

Hari pertama sahaja saya dah dihujani perlbagai tugas yang sangat asing. Pagi dimulakan dengan menyusun surat correspondence daripada firma guaman lain yang berurusan dengan legal firm kami. Memang sangat menyusahkan, sebab kena cari satu satu fail according reference number tu. Failnya sangatlah banyak hingga mencecah ribuan bilangannya. Sambung pulak dengan saya sendiri yang kena buat correspondence letters tu semua. Buka balik closed files yang telah lama ditutup tu untuk acquire fakta kes lain semua. Paling mencabar tadi ialah bercakap dengan attorney lain. Gugup sangat masa cakap tu. English semua entah berterabur ke mana... Hehe. Tapi yang paling best bila buat letter of authorization untuk jual beli tanah kat USA tadi. Rasa macam dah global je. Hehe.



Hatta, seronok macam mana pun first day, tak dinafikan kepenatan tu jauh lagi terasa. Susah nak cari kedai makan yang halal dekat situ, maka terpaksalah menapak ulang alik ke KL Sentral. Waktu balik pun sama je, stesen LRT terdekat di Salak Selatan. Itupun 20 minit perjalanan dari rumah. Ouh, lupa nak maklum saya sekarang menetap di rumah mak usu saya di Bandar Tun Razak. Jemput datang rumah ye. Memang terasa nak tercabut kaki ni bila jalan jauh2 ni. Dalam perjalanan ada sebuah masjid bernama Masjid An Najihin. Saya jadikan ni tempat bersinggah saya kejap, sebab rasanya maghrib baru sampai rumah. Jadi solat je terus kat masjid tu, then baca Quran semua, lepas isya' baru balik dan terus tido kepenatan. Saya harap agar Allah jangan lekakan saya dengan kesibukan dunia ni.



Lebih seronok berkerja kalau ada motivasi tau. Berikut ialah beberapa ayat ayat cinta from Allah untuk mereka yang bergelar pekerja ni. Tentunya ayat ayat ni semua disampaikan oleh orang kesayangan saya. Kredit dan jutaan ifiniti terima kasih untuk dia.

"Dan katakanlah, bekerjalah kamu maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu jua RasulNya dan orang orang mukmin. Dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan"
(At Taubah : 105)

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu lebih baik itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
(Al Baqarah : 41)

Moga pekerjaanku ini pun jadi salah sebuah langkah dakwah buat diriku untuk ummah tercinta :)

Wassalam...

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts