Sunday, April 8, 2012

 2:53 PM   Anonymous      2 comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. SubhanAllah Alhamdulillah. Akhirnya, lengkap jugak seminggu saya menempuhi hidup berkarier ni. Alhamdulillah, Allah swt tak putus putus hantar bantuanNya dalam memudahkan urusan seharian saya. Rasanya dalam keadaan macam ni, saya dah bersedia untuk jumpah seorang murabbi dalam niat nak berusaha ligat di jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Sebab ternyata diri ni perlu banyak proses pentarbiyyahan untuk hapuskan karat karat jahiliyyah.

Baiklah, sekarang ni saya ingin menulis sesuatu yang saya belajar sepanjang baru lima hari bekerja ni. Tentunya bekerja di sebuah firma guaman memang banyak kerja. Tapi itu bukan satu masalah untuk saya, sebab saya minat dan cinta perkara yang say lakukan tu. Namun, apa yang buat diri ini selepas isya' terus terbaring terlelap ialah kerana perjalanan ke tempat kerja itu sendiri. Ok, tipulah kalau lepas isya' terus tidur, cuma waktu tidur saya jadi semakin awal. Itu juga satu hidayah dari Allah tahu? Tidur awal lagi mudah bangun awal. Sekarang ni, saya sering terjaga di awal pagi seperti pukul 4 misalnya untuk bangun minum air dan alhamdulillah saya sempat beribadah sebentar pada pertengahan malam tu. Seronok bila kita keseorangan dalam menghadapiNya. But personally to be honest, saya lebih suka kalau berteman :)

Kenyataanya, hidup di Kuala Lumpur sangat berbeza dengan di Melaka. Kemajuannya memang tak dinafikan, akan tetapi keruntuhan akhlak, akidah, malah identiti islam itu semakin teruk terhakis. Sebagai pelajar jurusan undang-undang, saya diajar untuk menentukan apakah Malaysia ini sebuah negara Islam? Dari segi undang undang mungkin tidak. Sejujurnya, saya masih lagi tidak faham kenapa Islam itu dijadikan sebagai agama persekutuan tetapi Malaysia ini bukan agama islam? Apa bezanya? Kenapa islam dijadikan agama persekutuan tetapi status Malaysia sebagai sebuah negara Islam itu masih samar samar? Astaghfirullah. Melalui pemerhatian saya, saya tergerak untuk menulis tentang amanah seorang pemimpin di sebuah negara yang majoriti penduduknya muslim.


Pertamanya, marilah kita hayati kata kata sabdaan Rasulullah dulu ye,

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.”


Riwayat Muslim

Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar, dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah, dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat, dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan ‘Ruwaibidhah’. Sahabat bertanya, apakah Ruwaibidhah wahai Rasulullah? Nabi menjawab, orang bodoh yang bercakap mengenai urusan orang ramai.
[HR Ahmad]



Baiklah, saya tidak berniat untuk mengkritik barisan kepimpinan di negara kita, bahkan saya sebenarnya terkadang letih bercakap mengenai sastera politik ni. Bagi saya, seorang pemimpin itu perlu mencontohi Rasulullah dan Khulafa' Ar Rasyidin. Percayalah kata saya ni, kalau kita ada seorang lagi sahaja Abu Bakar, Umar, Uthman ataupun Ali, pasti negara kita akan tertegak syariat islamnya. Betapa bezanya pemimpin kita zaman sekarang. Saya masih ingat kata kata Sayyidina Abu Bakar, "Akan aku perangi mereka yang tidak mengeluarkan zakat". Dahsyatnya usaha mereka dalam menegakkan syariat Islam. Di zaman kita sekarang ni, sedihnya, bukan sahaja syariat itu tidak dilaksanakan sepenuhnya, malah perkara perkara jahiliyyah sedang giat dihidupkan.


Penjualan arak secara terbuka, rumah pelacuran yang bersepah-sepah, pembukaan kelab malam yang semakin rancak. Bagi kita, semua ini mungkin jadi terbiasa atas alasan faktor modenisasi dan globalisasi. Baginda Rasulullah pernah berpesan, "Akan datang zaman di mana maksiat itu menjadi perkara biasa". Usaha Rasulullah dalam memerangi jahiliyyah dan memperbetulkan akidah itu sepatutnya diteruskan oleh barisan kepimpinan zaman sekarang, bukan usaha itu dihentikan. Tinggal di Kuala Lumpur, terus membuka mata saya. Saya dapat lihat rumah pelacuran beroperasi tanpa sebarang tindakan, orang orang islam dengan mudahnya menogok arak tanpa sebarang rasa malu.

Mereka mereka yang bergelar pemimpin ini pasti akan dipersoal Allah di akhirat kelak kerana mereka memegang amanah yang sangat berat. Jarang sekali saya mendengar ucapan daripada pemimpin berkaitan dengan pembangunan ummah, akhlak dan langkah dalam memperkasakan syariat. Bagi mereka tugas itu milik golongan ulama. Mereka pulak sibuk mengingatkan rakyat tentang jangan lupa mengundi. Itu sahaja. Sibuk menjelajah satu negara semata-mata untuk mengingatkan semua tentang tanggungjawab mengundi. Baik kerajaan atau pembangkang, sama sahaja di kedua-dua belah pihak. Saya nantikan bukan lagi seorang pemenang undi, akan tetapi seorang khalifah.

Wajar untuk seorang pemimpin itu untuk selalu menangis
Betul tu, rasanya saya tak layak menggelar mereka sebagai pemimpin islam. Cukuplah saya melabel mereka sebagai pemenang undi. Sedarlah kita bahawa ulama' dan umara' itu perlu seiring. Mereka yang memegang amanah amanah itu seharusnya sentiasa risau, kerana beban amanah itu pasti akan disemak di akhirat kelak. Saya yakin pandangan saya ini betul, kerana apa yang saya mintak selaku seorang rakyat islam di Malaysia ialah seorang khalifah, itu sahaja. Moga pemenang pemenang undi kita ni diberikan hidayah agar bangun menjadi seorang pemimpin Islam yang teguh dan ikhlas keranaNya.



Terima kasih pemenang pemenang undi :)

Wassalam...

P/s : Saya suka sangat sangat bila ada orang hantar saya nak ke kerja pagi pagi, bagi kata inspirasi sebelum masuk kerja, ingatkan saya untuk refreshkan niat kerana Allah dan sentiasa setia tunggu saya pulang daripada kerja...

2 comments:

aras nura said...

sebagai kawan se PKTR dan pembaca blog kau, aku rasa you should fasten the process of you getting married. And do, invite me too to your red letter day!

All the best in life Azri!

Cik Prada said...

Assalamualaikum...

Greatest entry ever..! Subhanallah. Alangkah osemnya kalau pememang undi tadi dikurniakan 'KEFAHAMAN' dalam beramal. Baru boleh declair khalifatullah.
Mode : Sarcasm. Peace.

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts