Monday, April 16, 2012

 10:06 PM   Anonymous      1 comment
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah Ya Rabbal Alamin. Dengan setiap nafas yang ku hela, moga semakin dalam rasa cintaku padaMu. Allahu, saya nak buat satu confession boleh? Sejujurnya hamba ini lebih suka kalau duduk duduk dengan tenang dalam bilik. Baring baring rehatkan minda. Senang kata, apa sahaja yang membuatkan saya dapat melekat kat dalam rumah, saya suka :) Tapi, perancangan Allah memang maha best. Allah letakkan saya dalam satu suasana yang sangat bertentangan dengan preference saya. Allah taa'la bagi saya rasa betapa penatnya mengejar kesenangan dunia dan betapa tenangnya kalau kita kejar akhirat pulak.



Dalam beberapa hari ini, saya sedang sibuk berdoa agar Allah kirimkan saya seorang murrobi untuk mentarbiyyah hati saya yang degil ni. Saya nak polishkan hati saya biar bersinar terang sampai semua orang silau. Hehe. Gurau je, cukuplah sekadar boleh buang karat-karat jahiliyyah ni dulu. Dalam kesungguhan dan kesibukan saya ni, saya hampir terlupa bahawa, Allah itu ialah sebaik-baik pentarbiyyah. Terlalu banyak sangat tanda-tanda kebesarannnya yang boleh kita observe dan belajar daripadaNya. Ilmu Allah itu terlalu luas sekali. Kalau saya dapat sikit je daripada tu pun dan setaraf dengan Einstein. Hehe, saya lebih suka kalau boleh jadi sebijak Sayyidina Ali.

Tarbiyyah daripada Allah tu datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Paling buat kita sentap sekali tentunya bila Allah turunkan ujian. Nak uji sikit tahap keimanan dan kesabaran kita. Nak tengok mantap ke tak pengharapan kita kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui baik yang terzahir ataupun yang tersembunyi. Segala kebaikan yang ada pada diri saya boleh saya creditkan kepada Allah s.w.t. Banyak sangat perkara yang Allah tujukan kepada saya dalam membentuk peribadi seorang Ahmad Azri. Thank you Allah. Tanpa hidayahMu, dah tentu aku hilang arah.

"Dan Dia mendapatimu bingung, lalu memberikan petunjuk"
(Dhuha : 6)

Dah nama pun manusia, memang kita mudah terlupa. Maka sebab itulah tarbiyyah dari Allah tu sering datang menguji. Lagi best kalau Allah kirimkan seorang murrobi untuk iringi dan guide kita dalam jalan yang sumpah jauh dan panjang ni. Allahu,... Saya nak satu murrobi boleh? Kebanyakkan manusia terus lari bila Allah cuba 'mengajar' kita. Tukar sikit konsep ye?

Bila anda dirundung masalah dan ujian pastikan anda terus berlari makin dekat ke arah Allah ye, bukan sebaliknya...

Hanya dengan makin menghampiri Allah sahaja, kita akan temui permata hikmah dalam sesi pembelajaran daripada Allah ni. Kalau lari daripadaNya, samalah macam kita ponteng kelas, takde ilmu yang kita akan dapat.



Baiklah, saya nak kongsi tarbiyyah yang datang pada diri saya pada hari ini. Sungguh peristiwa ini sangat kejap dan mudah namun impactnya sangat besar kepada diri saya. Sejak sibuk berkarier ini, saya dapati susah sangat saya nak luangkan masa ke masjid mahupun surau untuk menyertai solat berjemaah. Setiap kali waktu zohor saya akan ke surau di KL Sentral tu. Walaupun dah kat surau sekali pun, saya selalu je solat sendirian. Nak ajak jemaah nanti, takut ada yang menolak, takut lewat masuk pejabat pulak nanti. Oleh itu, demi membetulkan pandangan saya ni, Allah pun tarbiyyah saya tengahari tadi. 



Waktu saya nak solat, saya dapati seorang lelaki yang buta duduk menunggu kat tepi sudut dalam surau tu. Terdetik hati saya nak bertanya. 

Saya : Pakcik buat apa kat sini?

Pak Cik : Oh, pakcik nak solat, tapi iyelah pakcik ni tak nampak, jadi pakcik tunggulah kalau kalau ada jemaah nanti pakcik nak ikut sekali.

MasyaAllah, saya rasa terharu sangat mendengar jawapan pakcik tu. Orang buta pun sanggup bersusah payah nak ke surau. Sanggup tunggu lama-lama untuk solat berjemaah sama-sama. Kenapa kita tak boleh nak jadi macam ni jugak ye? Banyak sebab kita boleh kasi tapi penyelesaiannya mudah je;

Do not make the world our biggest concern, insyaAllah then we will strive for His jannah

Kalau nak diikutkan, banyak je pengajaran yang Allah berikan pada kita pada setiap hari. Cuma kita ni, nak ikut ke tak nak? Ambillah la sedikit masa untuk duduk berehat sambil muhasabah diri kita balik. Dan mohonlah kepada Allah agar Dia selalu ada untuk mengingatkan kita. Sesungguhnya rugilah mereka mereka yang berpaling daripada Allah.

"Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami"
(al Kahfi :10)

Wassalam...

1 comments:

Naim said...

serius best gle entry ni! okeyh. gud job bro!

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts