Wednesday, October 26, 2011

 12:11 AM   Anonymous   ,    No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Saat menulis entry ini, suasana sangat nyaman sekali. Maklumlah, negeri bersejarah ni dikurniakan hujan yang menyejukkan sejak kebelakangan ni. Suasana yang sejuk seperti memang menggalakan diri untuk tidak berbuat apa-apa physically. Iye, fizikal sahaja. Ini tidak beerti untuk shut down terus diri kita ni dan berbaring tak tentu hala atas katil. Itu bukan tujuan saya membangkitkan isu ini.Waktu-waktu yang macam ni memang sesuai untuk duduk memikirkan kehidupan atau dalam istilah saya, menata kehidupan. Well, each people obviously have their very own way to spend their hours during time like this. Kenyamanan yang Allah beri ni perlu dihargai sebaik-baiknya. Eh jap, this is not what I'm suppose to write here. Haish, lately I get distracted easily then before. I wonder why I am in this situation. Hey Azri, you need more focus. To counter this statement, I think I have every rights to optimize my leisure time the way I like it. Ok seriously Azri, you need to stop talking crap now, please get straight to the point. Take a deep breath and keep your head cool.

Merujuk kepada tajuk entry ini, it might sound kinda familiar. Para Pencari Tuhan ialah tajuk sebuah drama siri Islamik Indonesia, I guess. Saya tak pernah tengok, cuma pernah nampak iklannya sahaja. Oh and I again, saya tidak berniat untuk menilis apa-apa yang berkaitan dengan drama itu. I'm gonna write something in general. Sebagai orang Islam dah menjadi kewajiban buat kita untuk recognize Allah as the Only God in the entire universe. Allh pencipta kita, dan kita bergerak di muka bumi ini sebagai hambaNya sambil memikul amanahNya yang cukup berat itu. Atas segala pemberiaan Yang Maha Pemurah tu, amatlah wajar buat kita ini ikut perintahNya dan tinggalkan jauh2 laranganNya. Mudah bukan? Senang je guideline yang Allah sediakan untuk kita. Ikut je la, selamat dunia akhirat. Allah siap janji ganjaran yang besar lagi tau, tak lain tak bukan Jannah yang indah sekali. Indah sangat, sehingga tiada perumpamaan untuknya di dalam dunia sementara ni. Tak terbayang tetapi selalu diidamkan.



Sadly though, keadaan masyarakat kita sekarang tidak berlandaskan fitrah, tetapi sebaliknya. Terasa lebih seronok untuk mengerjakan laranganNya dan rasa lesu bila nak laksanakan perintahNya. Manusia, manusia. Memang tak pandai ikut arahan dan tak berapa nak handal dalam menghargai. Tapi itu bukan excuse kita untuk menderhaka ye. Kita orang Islam dan agama kita penuh dengan peradaban bukan kehuru-haraan. Seorang kawan saya bagitau, masalah masyarakat kita letaknya pada akidah kita. Betul tu, tepat sekali apa yang dia cakap, 10 markah untuk dia. Jom kita telusuri sikit ye, memang tak cukup sekadar mengakui Allah itu ada. Malah kita perlu merasai kehadiran Allah. Setiap saat seharusnya kita merasai Allah itu begitu hampir dengan kita. Sebab tu la diri saya sendiri pun mencari-cari di mana Tuhan itu sebenarnya? Jawapan dia mudah je, Allah itu sangat dekat bahkan lebih dekat daripada jantung yang berdenyut tenang. Dekat sekali sehingga mereka yang dekat denganNya terasa aman dan sejahtera sekali. Allahu, apakah aku ni dekat denganMu? Moga didekatkan sehingga tidak terlalu jauh menyimpang. Segala kemungkaran yang kita lakukan ni ada satu sebab je; kerana kita berada jauh sekali daripadaNya. Jauh sangat-sangat. Diri ini pun terkadang terasa jauh daripadaNya. Berada dekat denganNya mampu membawa seribu kebaikan dan berjauhan denganNya hanya membawa kemusnahan. Bila berjauhan denganNya rindu-rindulah Allah dan berjalanlah ke arahNya kerana pasti Allah akan berlari ke arah kita. Jadilah kita dalam golongan pencari Tuhan agar kita sentiasa bersemangat mengejar redhaNya. Fikir-fikirkanlah. Selamat mencari.

Wassalam...

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts