Friday, October 21, 2011

 1:10 AM   Anonymous      No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Sekarang ini terpaksa memerah otak sikit biler nak menulis something in this greeny blog. Eh wait, most people give name to their blog rite? Maybe I shall call it Greeny. Haha, that sounds awsful (awesome + awful). So, untuk beberapa ketika ini terpaksa ambil masa untuk merangka setiap entry dalam fikiran sebelum dipostkan. Maklumlah, diri ini sedang dibuai cuti yang panjang sehingga 'perjalanan hidup tanpa henti' tu terpaksa take a break jap. I'm barely doing anything at home. But Ahmad Azri, you have to cherish all the free time that you have, be grateful. Alhamdulillah kepada Yang Maha Esa atas kelapangan yang di kurniakan ni. Sentiasa bersyukut tau, ingat firman Kekasih ni;

Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur ( Al-A'raf : 144)

Tiada konsep muslim on and off ye. Setiap masa boleh berdakwah.

So hargailah setiap pemberian Allah dan manfaatkan sepenuhnya untuk diri dan ummah. Entry kali bertujuan untuk menzahirkan apa yang terbuku dalam minda ini. Setiap ingatan dan pesanan yang ditulis di sini sama sekali ditujukan untuk diri sendiri jugak. Konsep Amar Makruf Nahi Mungkar merupakan konsep yang tidak asing lagi untuk seorang muslim. Malahan menjadi tuntutan buat kita semua untuk menjalankan amanah tersebut. Jangan ingat konsep in hanya terpakai buat para pendakwah je ye. Kita semua terlibat sekali. Malahan, hakikat sebenarnya yang perlu kita fahami ialah setiap muslim itu daielullah. Kalau salah eja ni tolong betulkan. Selain menjadi hamba dan khalifah di muka bumi ni, kita juga tak lepas dari amanah menyeru manusia ke arah Allah. Bagi saya, setiap daripada kita mampu berdakwah cuma cara dan keberkesanan itu yang berbeza. Buat yang kurang faham apa itu sebenar Amar Makruf Nahi Mungkar ni, definisi secara mudahnya ialah mengajak ke arah kebaikan dan menghindari segala keburukan. No worries, apa yang Allah perintah tu semuanya baik dijamin selamat dunia akhirat dan apa yang Allah larang tu memang dah terang lagi bersuluh, buruk untuk kita dan dijamin tak selamat dunia akhirat. 

Konsep ni kalau diamalkan oleh semua orang Islam memang maju ummah kita ni, maju jugak negara 1Malaysia ni. Tak percaye? Maaflah takde bukti nak tunjuk sebab perkara ni pun it's fair for me to say asing atau tak biasa di kalangan bangsa kita. Bangsa kita lebih suka pegang konsep ni, 'Jaga tepi kain sendiri' or 'Kubur sendiri lain-lain'. Iyer bangsa kita lebih selesa ambil decision tak mau campur. Ruginya kita sebab Allah kan dah pesan yang mafhumnya lebih kurang macam ni, 'Manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan ke arah kebaikan'. Tengok tu, bijaksanalah Allah ni, siap dah bagitau keadaan manusia zaman sekarang ni dalam Al-Quran yang telah turun sejak dulu lagi. SubhanAllah.

Lebih sedih lagi bila konsep ni dipecah dua. Kita, termasuk saya jugak lebih selesa nak laksanakan Nahi Mungkar je, Amar Makrufnya buat tak tahu je la. Senang buat kita untuk benci perkara yang buruk sebab senang nak point kesalahan kat orang dan mengumpat itu aktiviti yang sangat seronok, for some people. Haha. Tapi biler Amar Makruf jadi payah and leceh sikit biler nak ajak orang ke arah kebaikan tu, kita pun kenalah semak diri ini. Sesuai ke akhlak kita nak mengajak orang ke jalan yang lurus ni. Hmm, janganlah takut ummahku, mana ade human yang perfect. Yang kita mampu hanyalah untuk berusaha dan yakinlah Allah bersama mereka yang berusaha. Diri ni terpanggil untuk menulis ni sebab diri ini pun dalam dilemma ini. Satu lagi Malay dilemma. Haha. Kadang-kadang rasa susahkan nak nasihat orang. Kenapa? Jawapannya ialah kerana kita tak biasa dan kita lebih cenderung untuk mengejar kasih sayang manusia daripada meraih keredhaan Allah. Alangkah ruginya kita semua. So sementara di rumah ini, boleh bertarbiyyah di kalangan ahli keluarga dengan cara yang berhikmah dan penuh harmoni. Orang barat pu kata, 'Charity begins at home' so kita boleh adapt kepada 'Tarbiyyah begins at home'. So, selamat muhasabah diri dan selamat beramal.

Wassalam... 


0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts