Monday, August 29, 2011

 2:08 PM   Anonymous      No comments

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, kerana meletakkan diri ini di bawah jagaanNya setiap masa dan ketika. Entry kali ini agak berjarak sedikit daripada posting-posting yang sebelum ni. Kalau sebelum ni rancak jer nak update blog ni tapi aktiviti terhenti sebentar sebab my beloved laptop telah diserang virus yang sangat hebat. I really do respect you virus programmer. Habis laptop ni tak boleh apa-apa langsung. Haish... So terpaksa la beberapa hari ni sunyi je tanpa laptop so blog pun jadi bersawang kejap. Haha. Fortunately, my bro, Zaidi Hamid is an expert in this field. So dia pun tolong la betulkan balik laptop ni. Dan Alhamdulillah, baik jugak dah laptop ni. But sadly, semua pictures, songs, videos and documents dah hilang. Sobs,sobs... Sedih lar.. Dah lar tu semuanya barang-barang yang penting. Tapi tak berguna kalau nak menyesal sekarang ni. Dah terlambat dah.

So berbalik semula kepada topik entry ni. Erti sebuah kemerdekaan. Yes, 31 August is our official independence day. Dah 54 tahun kita mencapai kemerdekaan dan menjadi sebuah negara berdaulat dan bermaruah hingga ke hari ini. Tahun ni terasa berbeza sedikit sebab, ni la first time sambut merdeka di luar MOZAC. Sebelum-sebelum ni, bila masuk je Ogos ini mesti banyak aktiviti-aktiviti penghayatan bulan kemerdekaan ni. Tapi tahun ni rasa kosong jer. Orang-orang dekat sekeliling saya ni tak rasa seronok ke nak sambut Hari Merdeka ker? Atau sebab dah berada dalam komuniti remaja IPTA ni, kita dah malu ke nak menzahirkan rasa cinta kita kepada negara. Yang kita tahu cumalah mengutuk kelemahan negara kita secara terang-terangan dalam facebook ataupun laman sosial yang lain. Bukanlah nak katakan kita tak boleh nak komen keadaan negara kita ni tapi kritik berbeza dengan kutuk yer? Pernah tak sekalipun kita mensyukuri nikmat yang Allah dah limpahkan dalam negara kita ni?

Kalau dari segi penghayatan tu, cuma dalam kelar Dato' Irmohizam je la yang sempat untuk saya tengok video-video kemerdekaan ni. Itupun ada jugak my coursemates yang tertido time tengok video tu. Bosan sangat ke bila mengimbau sejarah perjuangan bangsa kita ni? Tahun 2010, merupakan tahun yang sangat mengharukan buat saya. Berkumpul semua warga Muzaffar dalam Dewan Sultan Muzaffar Syah untuk sambutan kemerdekaan tahun tu. Sama-sama kami hayati presentation yang disediakan. Sepanjang malam tu, hati saya ni sebak dan terharu. Saya mula fikirkan kenapa tak ramai lagi anak bangsa zaman sekarang yang mempunyai jiwa mempertahankan tanah air lagi. Mungkin sebab kita tak berada di sana untuk melihat dan merasai sendiri penderitaan bangsa kita. Sebab itulah amat penting buat kita untuk mengetahui erti sebuah kemerdekaan untuk negara kita. Dan saya amat hargai peluang yang sekolah bagi kepada saya untuk laungkan kalimat 'Merdeka' sebanyak 7 kali pada tahun tu.

Dalam segala kemajuan yang telah kita capai selama ini, masih ramai lagi rakyat kita yang menghalang diri mereka sendiri daripada turut serta dalam kemajuan ini. Dan ramai lagi yang hanya mengejar kemajuan lahiriah, tetapi kemajuan akhlak dan jati diri hanya dibiarkan begitu saje. Biarpun bangsa kita yang dulu mundur tapi mereka sangat sayangkan tanah air mereka ni. Kita pulak kalau boleh kita nak agungkan jer kemajuan negara luar tu. Tapi kita sendiri malas untuk memajukan negara kita, hanya mampu berpeluk tubuh menanti orang lain untuk melakukan sesuatu. Apakah erti kemerdekaan buat kita kalau kita tak faham langsung apa tu merdeka at the first place.

Martabat bangsa kita di tangan kita. Bukan di tangan orang lain. Malaysia milik kita. Siapa nak pertahankan Jalur Gemilang saat negara kita dilanda penjajahan anasir kuasa luar? Langit mana lagi yang kita hendak julang kalau langit Malaysia ni diambil orang nanti? Bumi manakah yang akan kita pijak kalau bumi merdeka ini dibakar kebencian dan perpecahan kita sendiri? Maruah bangsa kita perlu dijulang bukan dibiarkan diinjak sewenang-wenangnya. Biarkan nyawa jadi galang gantinya asalkan tidak sekalipun maruah negaraku tercalar. Kerana saya malu menggelar diri ini anak bangsa, kalau saya tak mampu nak mempertahankan maruah kita.

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Setiap kali saya baca sajak Tun Dr. Mahathir ni saya rasa sedih sangat. Terasa macam Tun sedang bercakap directly dengan saya. Bagaikan amanah yang beliau nak sampaikan khas untuk saya. Apakah wujud lagi anak bangsa yang gagah dan berhati perkasa untuk mengangkat harga diri bangsa ke mercu tanda penghormatan seantero dunia.

Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putera puteri sayang
Putera puteri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Permata nilam

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putera puteri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji


Buat Negaraku, ketahuilah, engkaulah kebangaanku yang ku julang dalam setiap denyut jantungku...

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts