Monday, July 23, 2012

 10:30 PM   Anonymous   ,    No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah Ya Rabbi, tiada kata dapat melakar rasa syukurku padaMu. Tiada daya di dunia ini selain kekuatanMu. Sungguh Kau penuhi lagi permintaan hambaMu ini untuk sekali lagi merasa kebahagiaan dan nikmat Ramdhan. Sejak masuk je Ramadhan terus terasa rahmatNya melimpah-limpah. Hebat sekali kekuasaanMu.

Alhamdulillah sampai juga saya ke R&R Ramadhan. Rahmat dan Redha. Ada ruang untuk berehat dari mehnah kehidupan ni.



Sejujurnya saya sangat mengharapkan Ramadhan tahun ni. Entah kenapa, bulan Ramdhan ini sungguh terasa kemuliaanNya, terasa bulan ini lebih bermakna daripada bulan-bulan yang lain. Setiap hari dalam Ramadhan menjanjikan rahmat yang begitu luas. InsyaAllah bulan puasa ni, kita boleh gunakan untuk membina asas amal yang lebih mantap biar kita dapat teruskan istiqamah kita dalam bulan-bulan yang akan datang.

Sejak saat pertama menjejak Ramadhan, semua umat muslim perlu memburu keistimewaan Ramadhan. Perlu progresif dan proaktif untuk mencari Lailatul Qadr, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Kenapa Allah sediakan malam yang istimewa ni? Mudah. Sebab umat Muhammad umurnya sangat pendek kalau nak dibandingkan dengan umat-umat yang terdahulu. Makanya, Allah sediakan sebuah malam untuk kita reload ibadah kita sebanyak-banyak yang mungkin. Maka rebutlah. Baginda junjungan kita kan pernah pesan, Rejab ialah bulan Allah, Syaaban ialah bulan nabi dan Ramadhan al-Mubarak ialah bulan hamba-hambaNya. Wah, wah mantapnya cinta Allah, sampai disediakan bulan untuk para hambaNya. Cinta kita pada Allah pula bagaimana?





Berada di dalam Ramadhan itu sendiri ialah sebuah rahmat. Maka berbanggalah! Kerana kita masih lagi diizinkan Allah untuk hadir ke dalam bulan penuh kemuliaan ini, Alhamdulillah. Namun, segelintir umat islam masih merasakan Ramadhan sebagai hari hari yang biasa. Kehadirannya tidak dinanti dan pemergiaannya tidak ditangisi. Saya percaya, golongan ini tidak peduli kerana mereka tidak tahu keistimewaan Ramadhan dan mereka tidak tahu bagaimana hendak bertindak dalam lingkung masa Al-Mubarak. Ingatlah, Ramadhan bukan bulan biasa dan puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Ianya lebih dari itu.


Di sini saya kongsikan beberapa hadith yang berkaitan dengan keberkataan dan kebaikan bulan Ramadhan;



Hadith 1


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."   

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."




Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."



Dipetik dari www.ibnushukran.com

MasyaAllah begitu sekali bulan Ramdhan ini dumuliakan malah disediakan khas buat hamba Allah. Maka, mengapa masih perlu bertangguh? Mengapa masih mahu berlengah, jomlah kita kejar rahmatNya bersama-sama. Ramadhan akan datang belum tentu lagi kita dapat merasa. 

Kita ubah cara hidup kita dalam bulan Ramadhan ni nak? Macam saya kata, Ramadhan 2012 ni macam berehat di sebuah R&R dalam highway kehidupan yang panjang ni. Ini ialah platform untuk membina asas ibadah yang kukuh supaya kelansungan ibadah tu dapat diteruskan dalam bulan-bulan yang akan datang, bukan sekadar menjadi abid di bulan Ramadhan sahaja. Fulltime muslim, insyaAllah.

Saya gariskan beberapa contoh mereka-mereka yang sudah memperoleh rahmat Ramadhan dan sedang berehat di R&R Ramadhan ni dengan cukup bergaya;

1. Masuk sahaja Ramadhan, dengan mudah badan ini akan bangkit di awal pagi, subhanAllah, sebelum Subuh pulak tu, bahkan bukan sahaj sempat prepare untuk sahur malah sempat nak buat Qiamulail lagi.

2. Masuk sahaja Ramadhan, dengan mudah badan jadi rajin untuk mengerjakan ibadah-ibadah sunnah, dari solat dhuha ke solat tarawih ke solat hajat ke solat taubat hatta hingga ke solat rawatib sekalipun, badan rasa rajin nak buat dan hati rasa semangat nak laksanakan.

3. Masuk sahaja Ramadhan, mulutnya terus terkatup rapat. Tidak banyak berbicara perkara yang sia-sia, apa sahaja yang diluahkannya menjadi ingatan akan kebesaran Allah baik secara lansung ataupun tidak. Mukmin itu cakapnya zikir, diamnya fikir :)

4. Masuk sahaja Ramadhan, matanya mulai terjaga. Banyak melihat dan meneliti tanda-tanda kebesaran Illahi. Matanya tidak lagi memandang perkara yang dilarang syariat dan Alhamdulillah pandangannya juga makin tertunduk.



5. Masuk sahaja Ramadhan, telinganya mula berhenti atau berkurang mendengar lagu-lagu yang melalaikan. Malah telinganya jadi cenderung untuk dengar alunan Al-Quran, zikir munajat, ceramah dan majlis ilmu.

6. Masuk sahaja Ramadhan, tangannya makin banyak memberi sedekah dengan apa cara sekalipun, paling tidak banyak tersenyum kerana senyuman itu ternyata sedekah yang paling mudah tapi tak kurang rasa kebahagiaannya.

7. Masuk sahaja Ramadhan, akhlaknya semakin cantik. Lebih banyak sifat mahmudah dan mazmumah mula dikikis. Karat-karat jahiliyyah pun mula luntur. Dan lebih berhikmah dalam menjaga hati orang sekeliling.

8. Masuk sahaja Ramadhan, rasa macam taknak je berjauhan dengan Al-Quran. Nak selalu membacanya.

9. Dan yang paling penting, orang merasai rahmat Ramadhan ni ialah, masuk sahaja Ramadhan, dia tidak ingin Ramadhan berlalu pergi. Ingin sentiasa berada dalam Ramadhan :')

SubhanAllah. Ada tak perubahan macam ni dalam diri anda? Kalau takde takpe, rahmat Allah tu ada dalam banyak bentuk. Carilah dia. Rahmat Ramadhan ni perlu dicari, bukan hanya duduk menuggu tahu. Selamat beramal! Jom kita raikan Ramadhan dengan melangkah lebih dekat lagi ke arah Illahi.



Sekali lagi, tahniah kerana berjaya jejakkan kaki ke R&R Ramadhan Sesi 2012. Jangan sia-siakan peluang anda.

Wassalam...

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts