Monday, July 9, 2012

 3:18 PM   Anonymous   ,    1 comment
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Dengan nama Allah Yang Maha Menghidupkan.

Baiklah, rasanya dah berhari-hari saya tidak menulis apa-apa di ruangan laman hijau ni. Faktor utama, tentunya kerana kering idea dan sibuk memanjang memikirkan strategi terbaik mengahadapi mehnah yang sedang melanda diri ini. Moga dengan segera dapat bertemu jalan keluar dan terus meratib kebahagiaan di atas bumi Illahi.

Sesungguhnya, tidaklah Allah menurunkan mehnah kepada hambaNya melainkan sebagai peringatan dan didikan serta motivasi yang datang terus daripada Allah s.w.t. Buat seketika, terasa bangga dan menjadi manusia paling bahagia saat ujian Allah itu datang terus-menerus, kerana itu tandanya Allah masih pedulikan saya, masih lagi mahu saya menjadi sebahagian daripada ahli-ahli syurga nanti. Boleh tak nak rasa kerek bila saya diuji dengan ujian yang super berat ni? Hehe, sebab saya tau hikmahnya nanti akan jadi lagi super best, kalau tak di dunia biar di akhirat kelak. Dalam pada itu, bila ditimpa mehnah jangan pernah putus asa, mengadulah kepada Dia dan terus bersangka baik kepada Allah biarpun seisi dunia memusuhi kamu. Mari terus bersabar!



Jom terus ke tujuan asal entry! Disebalik mehnah ini, Allah datangkan saya sebuah kemanisan kehidupan yang sebelum ni saya belum dapat kecapi. Ianya nikmat bangun subuh awal. Saya secara jujurnya bolehla dikategorikan sebagai hamba Allah yang liat nak bangun subuh. Memang susah sangat, kawan-kawan yang pernah berusaha kejut saya, pasti merungut bila saya tak bergerak lansung macam mayat. Itu zaman jahiliyyah, belum terbuka minda dan jiwa lagi mungkin. Atau pada waktu itu, hati masih kotor. Sekarang ni mugkin kotor tu dah hilang sedikit, baru mudah cahaya hidayah nak tembus masuk ke ruangan paling dalam hati.

Iya, bagi saya bangun awal itu juga sebuah nikmat daripada Allah untuk hamba-hambaNya yang bertekad dan berusaha. Dalam sebulan lebih ini, alhamdulillah, saya dah menjadi terbiasa untuk bangun sebelum azan subuh berkumandang lagi. Nikmat rasanya, bila pagi-pagi telinga sudah diperdengarkan dengan kalimat dakwah teragung. Bila dah bangun awal ni, saya dapati pelbagai perkara yang dapat saya selesaikan dan tunaikan. Antaranya ialah menyertai jemaah solat subuh di Masjid Ar Rahman berdekatan rumah ni.



Beberapa kali sudah saya sempatkan diri ke masjid untuk sertai jemaah solat subuh. Dan perkara yang saya lihat, sangatlah tidak menyenangkan hati. Rumah Allah ini sangat kekurangan rijal-rijal yang menghidupkannya. Hampir semua golongan jemaah merupakan atuk-atuk serta pakcik-pakcik dan beberapa orang anak-anak kecil. Golongan remajanya atau rijal sangat terhad dan kurang. Kalau waktu bulan Ramadhan, waktu solat tarawikh, pemudanya sangat ramai, tapi pada bulan biasa bilangannya sangat sedikit. Husnuzhon ye? Baiklah saya bersangka baik. Mungkin pemuda-pemuda tu semua ada emergency setiap kali masuk waktu subuh. Siapa tahu kan?

Tak manis rasanya kalau saya komen pedas-pedas dalam hal ini, saya kena ingat juga, dulu saya pun termasuk dalam golongan yang 'ada emergency setiap kali masuk waktu subuh'. Jadi harus selalu beringat dan bersyukur dengan anugerah bangun awal ni. Dakwah itu penting tapi adalah sangat digalakkan untuk pegang prinsip 'qudwa qabla dakwah' atau dalam bahasa kebangsaan, amal dulu baru boleh cerita.

Kenapa pentingnya imam-imam muda ni? Dah kalau dah ramai golongan muda dekat masjid, nanti kita pun akan ada lambakan golongan-golongan imam. Imam dekat kampung saya ni pun dah tua sangat, sangat sangat memerlukan penganti yang lebih fresh dan muda. Saya tidak ada masalah pun dengan imam yang sudah agak berumur, malah saya bertambah hormat dengan kekuatan dan keutuhan mereka menghadirkan diri serta memimpin jemaah. Cuma, lebih indah jika ada variasi daripada golongan muda. Malahan, imam-imam muda ni mampu menarik golongan yang sebaya dengan mereka untuk turut hadir sama ke masjid. Alangkah indahnya.

Kalau Bersih haritu sanggup penuhi dataran merdeka, kenapa tidak guna semangat tu penuhi masjid waktu solat fardhu?

Saya ambil iktibar daripada cerita seorang sahabat saya, Aizat Zainal yang kebetulan kami bermusyawarrah untuk sebuah program. Beliau yang dah terbiasa menghadiri solat jemaah di Mesir, meneruskan kelazimannya di kampung halaman, tetapi reaksi yang diterima sangat menghairankan. Pakcik-pakcik serta datuk-datuk di masjid jadi terpinga sebentar melihat kehadiran seorang anak muda. Sampai begitu sekali jarangnya kelibat pemuda di masjid. Astagfirullah.

Kita semua teringinkan Malaysia menjadi sebuah negara Islam yang berdaulat. Yang utuh menjunjung syariat. Ini impian yang mampu jadi kenyataan maka usaha kita juga harus jadi kenyataan. Kalau ikut pandangan saya mudah, cuba sebaik mungkin penuhkan masjid setiap kali masuk waktu solat. Mungkin sukar kan? Biah atau suasana itu janggal di Malaysia. Kita lebih banyak berkunjung ke tempat-tempat lain, jaulah sana-sini, tapi rumah Allah susah nak dijenguk walaupun sekali. Muhasabah diri sendiri lagi. Selagi masjid tak penuh waktu solat fardhu sepenuh waktu solat jumaat atau waktu solat hari raya, jangan mimpi impian kita nak tercapai.



Bukankah remaja penentu masa depan negara? Sebab itulah kita perlukan banyak imam-imam muda, supaya kita tidak ketandusan pemimpin masyarakat nanti. Mari kita ubah paradigma kita. Ramai golongan muda ada tanggapan Islam menyekat kebebasan, malah berpegang teguh dengan cara hidup Islam akan buat diri rasa kolot di dunia serba bebas ni. MasyaAllah, rugi siapa yang ada tanggapan begini. Islam itu fitrah. Cuba la lari dari cara hidup Islam, nescaya anda akan cari jalan pulang semula suatu hari nanti.

Realitinya, tak perlu kita bersusah payah nak iktiraf diri kita ni sebagai imam-imam muda baru nak jalankan usaha dakwah. Pengiktirafan itu bukan perkara penting. Cukup kalau kita dah mampu jadi muslim sepenuh masa dan insyaAllah kita sendiri akan terpanggil untuk jalankan usaha dakwah dan tarbiyyah. Jangan kita jadi muslim part time! Gejala separuh masa ni yang akan rosakkan cara hidup kita. Dalam masjid je ke nak bergelar muslim? Kat luar nanti sambung kelalaian kita tu, macam tu kah? Islam itu syumul. Mana boleh amal separuh-separuh.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hakamnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya sayitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata"
(Al Baqarah : 208)


Sebab itulah, saya seru golongan muda, sahut seruan Illahi. Pergi dan usaha sebaik mungkin untuk lazimkan diri untuk hadir ke masjid. InsyaAllah hikmah yang tak disangka-sangka akan menyapa anda. Allah pasti menghormati tetamuNya yang selalu berkunjung. Fikir-fikirkan ye. Selamat muhasabah diri.


Bukankah pemuda yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid itu dikasihi Allah?




Wassalam...

1 comments:

ImamTua said...

Alhamdulillah. Berapa kerat nak cari remaja yang solat subuh di masjid sekarang ni. Mungkin juga kerana faktor masjid yang tidak 'mesra remaja'.

Ujian buat kita pasti ada hikmah. Bersabarlah nak. Boleh jadi Allah mahu kamu bersabar sekejap saja lagi. Dan bila kun fayakunNya datang, tiada siapa mampu halang!

Jadi anak yang soleh, hamba yang taat. Moga anak menjadi antara permata Islam yang kita semua tunggu-tunggu. Aiwah Ahmad Azri!

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts