Tuesday, September 13, 2011

 10:59 PM   Anonymous      No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bernafas lagi dalam keredhaanNya. Bersyukur sangat Allah beri peluang untuk memperbaik ibadah dan akidah setiap hari. Alhamdulillah sekali lagi kerana Allah beri kemudahan untuk menjawab soalan Re-test tempoh hari. Terasa berbaloi sangat usaha ini, bila menuntut ilmu itu bukan kerana peperiksaan tetapi kerana Illahi semata-semata. Mungkin sukar untuk mencapai tahap ini, tapi bila kesukaran mendesak akhirnya Allah tetap menjadi sandaran. InsyaAllah, bila setiap amalan dan gerak langkah dilaksanakan kerana Allah, kejayaan akan menyusul dengan sendirinya.

Entry kali ditulis khas menggambarkan perasaan gembira di hati ini. Kerana ape? Kerana telah hidupnya surau itu. Yes, I'm referring to my beloved Surau Perindu or nama manjanya SUPER. Saat kali pertama menjejak kaki ke UiTM, terasa seronok sekali sebab suraunya hidup dengan para pemuda yang rajin berjemaah di surau. Diam-diam saya memasang impian untuk mendekatkan diri dengan surau ni. Selesa pun selesa, berkat pun berkat jugak. Sewaktu kelelahan mengejar masa dalam Minggu Destini Siswa, surau itu menjadi tempat saya merehatkan fikiran serta merancang semula strategi harian. Terasa damai dan tenteram. Hilang sebentar kekusutan dunia yang melanda.

Tamat sahaja mingu orientasi, SUPER mula jatuh sakit. Keadaan makin suram dan kelam. Tiada lagi solat berjemaah dan jika ada jumlah safnya sangat sedikit hingga diri ini pun turut lari meniggalkan surau itu. Majlis ilmu dan sesi tazkirah pun terbengkalai. Saya paksa jugak diri untuk selalu berkunjung ke surau biarpun kemeriahan itu telah tiada. Secara peribadi, surau sememangnya menjadi rumah kedua buat diri ini. Di MOZAC dulu, surau tu dah jadi tempat saya mengadakan mesyuarat, perhimpunan asrama, sesi ilmu, sesi disiplin, tempat berehat bersama degan sahabat, bahkan kerap sahaja tidur di surau tu. Bukanlah kerana bilik yang diberi tak selesa, tetapi kerana jiwa ini telah terpikat dengan kemeriahan surau di asrama dulu.

Baru-baru ini, UiTM menerima pelajar-pelajar peringkat Ijazah yang dah memulakan pengajian. Terasa sedikit tidak selesa dengan pertambahan komuniti. Dewan makan dan kedai runcit yang dulu lenggang je, dah dibanjiri ramai orang. Tapi diri ini boleh tersenyum lega sebab, surau yang dulu nazak tu, hidup semula malah lebih segar lagi. Setiap solat fardhu pasti dilaksanakan dalam jemaah dan majlis ilmu bergerak semula. Alhamdulillah. Tidak layak diri ini untuk komen lebih-lebih, tetapi wajar bagi seorang muslim itu memahatkan hatinya pada rumah Allah. Setiap kali memasuki rumahNya, percayalah hati anda pasti tenteram dan kerisauan duniawi itu menghilang begitu sahaja. Malah inspirasi menyelesaikan masalahpun datang dengan mudah. Ambillah peluang sementara kita masih mampu untuk mendekatkan diri dengan rumah Allah ni. Janganlah surau yang dekat itupun kita labelkan sebagai jauh berkilometer. Kelak bila dah bekerjaya nanti, adakah ruang masa buat kita atau kita akan terus memberi alasan lagi? Ingatlah, rumah Allah sentiasa mengalu-alukan para tetamunya. Selamat beramal.

Wassalam...

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts