Sunday, January 16, 2011

 10:31 PM   Anonymous      2 comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas. Namun begitu, otot-otot tubuh ini masih terasa sengal-sengal kerana kelesuan bermain futsal. Tanggal 15 Januari 2011 menjadi titik permulaan baru dalam hidup. First time dalam entire life saya telah menyertai kejohanan futsal yang dianjurkan oleh International Student Stamford College. Saya secara paksarela telah dilantik untuk mengetuai salah sebuah pasukan yang mewakili IE. Rasanya saya letak nama team tu Relax FC but somehow ada orang dah tukarkan nama tu menjadi Death FC. Melalui nama itu sahaja kami telah memberikan impresi awal kepada pihak lawan. Haha. Impresi tersebut turut menyebabkan kami pun naik cuak sendiri, sebab tidak berkesempatan untuk training lansung, Melalui kesepakatan kami decide untuk pakai baju warna hitam.

Hari yang ditunggu pun tiba... Ayah saya, En Abdullah secara sukarela melantik diri beliau sendiri sebagai coach 2 pasukan IE, Death FC dan Life FC. Perjuangan dimulakan dengan menentang Guys Power FC yang terdiri daripada staff-staff Stamford. Kami terpaksa memakai jaket yang berwarna hijau dan saya menyarung nombor 5 (x tau nape pilih nombor ni) dan bertindak selaku last defend. Permulaan cemerlang buat kami apabila membenam Guys Power FC 3-0. Kegembiraan kami tidak berlansung untuk tempuh yang lama. Kami bertemu pilihan juara, Heart Pain FC dan seperti dijangka, kami telah dijinakkan 5-0. Haha, kesian kat Nuh yang hilang semangat nak jadi Goalkeeper. Saya terpaksa menyarung sarung tangan GK pada babak kedua dan berjaya menyelamatkan kira-kira 3 percubaan pihak lawan (not bad kan...)

Perjuangan belum tamat. Death FC cuba bankit semula pada perlawanan menentang One Big Family FC. Kami mengawal perlawanan but terpaksa akur apabila perlawana tamat tanpa sebarang jaringan. So untuk layak ke semi, kami harus menang our last game. Last game, Death FC vs Miracle FC. Kami berjaya menjaringkan goal dan hampir mencapai impian kami apabila Miracle FC menjaringkan goal penyamaan mereka dan game over buat kami. Kedudukan akhir, kami hanya di tempat ke-3 dalam kumpulan. Sigh, sedikit kecewa but anyway bak kata coach kami, "Menang kalah tu nombor dua, yang penting sekali ialah kepuasan." True. Memang puas. Sampai sakit-sakit badan ni. Anyway hope dapay peluang untuk main futsal lagi lepas ni dan hopefully lepas ni dengan OHANA FC pulak. Haha... Wassalam...

2 comments:

Wan Hanis Sophia said...

WOW , I am impressed ;)

ry said...

kau tak habis dengan relaxxx. hahah :D

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts