Tuesday, January 11, 2011

 11:06 PM   Anonymous      2 comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Salam Satu Malaysia. Haih rasanya dah lama dah buat posting yang baru malah sangat jarang berkesempatan menjenguk blog sendiri. Sebab cuti yang sepatutnya sangat lapang menjadi sangat sibuk dengan komitmen yang x henti2... Sebabnya pada penhujung Disember tahun lalu, saya telah didaftarkan ke Stamford College Melaka dalam jurusan Intensive English. Seperti namanya hari-hari belajar Bahasa Inggeris. Ada 4 kelas, 4 jam setiap satu untuk satu minggu. Listening & Speaking, Reading, Grammar dan Writing. Kelas boleh tahan dan tidak membosankan, one of the main reason sebab x banyak homework tetapi setiap hari pasti ada assignment. Banyak belajar English in a different way termasuklah mempelajari perkara2 yang saya tidak tahu seperti Princess Diana, BFG, The Golden Gate Bridge dan bermacam-macam lagi tajuk yang agak menarik. Menjadi warga Stamford memastikan saya tidak mempunyai waktu untuk 'menyempitkan rezeki' ( yakni tidur lepas Subuh...) sebab kuliah bermula jam 8.30 pagi kecuali Isnin yang memberikan kesempatan untuk tidur lebih lambat sedikit. Kelas seperti biasa sebelum saya telah dilantik untuk menjadi CR (Class Represantative) kelas B, dan kerana itu juga secara automatiknya kerja memadam papan putih menjadi tugasan tetap saya. X pe, pahala...

Kuliah punya break pada jam 12.40 dan seperti biasa kami secara berjemaah termasuklah student dari Arab akan lepak kat kedai mamak sebelah Petronas sambil buat kacau kat kedai tu. Haha. Sebelum pulang ke rumah kesayangan terpaksa pulak menempuh 2 jam library session yang sedang saya manfaatkan untuk menghabiskan sebuah novel karya John Grisham, 'King Of Torts'. Member2 baru kat sini pun ok. Sama-sama sengal jugak. Lecturer cakap lain, kami reply lain. Well, lumrah alam. Pernah plan untuk bermain futsal bersama-sama namun gagal dilaksanakan. Akibatnya, saya terpaksa bermain futsal bersama-sama dengan perkerja-pekerja Bangladesh ayah saya. Sigh... So inilah kehidupan yang bakal ku tempuh sampai ke 1 April nanti. Menanti dan terus menanti. Bukan apa cuma banyak perancangan yang dibuat jadi tergendala. Sebagai contoh, 'Nur Bukan Cahaya' terbengkalai di dalam laptop begitu sahaja. Tapi, saya tetap optimistik, ada baiknya Illahi tetapkan saya di sini cuma hikmahnya belum dapat ku lihat kelibatnya.

Sedikit menyimpang, pagi ini saya telah menghadiri temuduga Yayasan Tun Razak untuk program kepemimpinan selama 2 minggu. X tahu dapat ke x... Agak bermakna sebab berpeluang bertemu sahabat yang baru terpisah 2 bulan lebih, Anis Atika Zainal Abidin. Sigh, tak sangka lepas sekolah pun saya masih memerlukan pertolongannya. Pertolongan pertama ; membantu saya mengikat tali leher yang tugas telah saya reserve kan untuk bakal isteri tercinta, sebab tu degil x nak belajar macam mana nak ikat. Secondly, thank you sebab cakap yang aku banyak inspire kau. Truthfully aku pun x tau apa kebaikan yang pernah aku buat kat kau. Tapi kalau ada peluang aku nak umumkan kat seluruh dunia kau antara orang yang banyak inspire aku jugak. Terima kasih. Sorry x cakap ni awal2 tadi sebab aku ngan kau sibuk cerita kisah hidup pendek masing-masing selepas check out daripada MOZAC sambil makan Kinder Bueno duduk sebelah kolam ikan.. (cam budak kecik kan.....??)

2 comments:

anis said...

agaknye sbb cite inspiration tu la si azri ni pass interview tu kot haha..Azri you owe me aa.. haha..have fun..

faiezakhbar said...

Salam...bro...berapa yuran belajar untuk intensive english kat stamford college tu?

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts