Thursday, August 6, 2009

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh kepada pembaca semua. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana keterlewatan untuk membuat posting yang baru ini. Maklumlah saya terpaksa berdepan dengan beberapa tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Buat masa sekarang ini, saya berada di rumah kerana saya telah diarahkan untuk pulang ke rumah selepas saya ini jatuh sakit. Tapi Alhamdulillah, tidak ada apa-apa... Cuma batuk dan selesema biasa sahaja. Baiklah, berbalik semula ke cerita kita hari tu. Program pada sebelah malam pula dimulakan oleh Solat Maghrib berjemaah di dewan besar sekolah. Inilah pertama kali putera dan puteri F4 bersolat jemaah bersama-sama. Maklumlah sebelum ini, kami terpisah di musolla masing-masing. Selesai sahaja solat, Imam kami, iaitu salah seorang daripada ahli KAGAT, menyampaikan sebuah tazkirah yang pada saya begitu bermakna. Sebabnya, ialah kami ini kan dah jadi 'super senior', dah jarang-jarang dengar tazkirah kat musolla tu. Tazkirah malam tu, memang penuh dengan kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Saya pasti tidak akan melupakan wajah rakan-rakan yang tersenyum mengembang tatkala terhibur dengan jenaka Uztaz tersebut. Di samping itu, kami juga turut didorong untuk menyanyikan beberapa buah lagu nasyid. Memang menghiburkan. Sedar tak sedar, kami sudah pun memasuki waktu fardhu Isya'. Tanpa berlengah lagi solat Isya' berjemaah terus didirikan.

Selesai solat, ada perasaan 'excited' menyusup dalam kalbu masing-masing. Kenapa ya? Sebabnya, selepas itu ialah aktiviti seram sejuk. Wah, warga 0610 terus jer berkumpul di depan bilik paging mengikut platun masing-masing. Yang menariknya, semua platun sibuk mengibarkan bendera masing-masing sebagai rasa bangga dengan platun sendiri. Benarkah? Wallahualam. Selepas semuanya siap berkumpul, Cikgu Saifudin menyampaikan sedikit pesanan ringkas dan sejurus selepas itu, saya pulak yang dipilih unruk membacakan doa. Rasa gugup dan gementar bercampur-baur. Tidak pernah saya bayangkan untuk membacakan doa bagi seluruh warga 0610. Ya Allah, moga-moga kau kabulkan doaku. Program diteruskan dengan perjalanan kami menuju ke Kem Rejimen AW514. Perjalanan di dalam kegelapan malam memang sesuatu yang menyenangkan. Udara yang segar dan nyaman terus memainkan zikir memuji kebesaran Illahi. Dalam perjalanan kami, kala tidak silap ketika melintasi jalan masuk ke kediaman TYT Melaka, rombongan kami telah dengan cikgu praktikal kami, Cik Syakirah, di mana pada malam itu, beliau akan berpindah pulang semula ke pangkuan keluarganya. Ku doakan Cikgu terus dilimpahi rahmat dan keredhaan Allah. Perjalanan diteruskan hingga kami selamat sampai di kem tersebut. Gerbang 'Marksman Sasaranku' mentambut kami dengan ramah. Kami terus di bawa ke sebuah perkarangan yang luas dan diberi sedikit taklimat. Saya agak tersentak apabila mengetahui yang aktiviti hanya akan dijalankan pada jam 12 tengah malam. Sedangkan jam baru pukul 10. Apa nak buat? Kemudian Pegawai Waran Amran memperkenalkan sebuah permainan rakyat yang digelarnya sebagai 'Jangan Pandang Belakang'. Mula-mula kami dikehendaki membuat satu bulatan yang besar. Saya sendiri pun tidak pernah bermain permainan ini. Caranya mudah sahaja. Seorang akan belari dan melepaskan jaket di belakang orang yang diinginkannya. Orang tu pulak lepas tu, akan ambil jaket tersebut dan mengejar orang di sebelah kanannya sambil cuba untuk memukulnya sampailah orang tu sampai balik ke tempat asalnya. Lepas tu, proses tersebut akan berulang semula. Memang tidak kering gusi melihat rakan-rakan berkejaran antara satu sama lain. Yang paling menarik ialah apabila lelaki yang kena kejar perempuan ataupun sebaliknya. Tiba-tiba jaket itu dilepaskan di belakang saudara Nashrul di mana saya duduk di sebelah kanannya. Tanpa apa-apa lagi, saya terus buka langkah seribu. Barulah saya faham perasaan orang yang kena kejar. Haha... Selepas beberapa tempoh, aktiviti itupun tamat dan disambung pulak dengan permainan rakyat yang lain, 'Musang dan Anak Ayam'. Permainan ini ada satu round jer dan menyaksikan pertembungan antara playun saya, Decepticon dan Tak-Tak. Alhamdulillah, dengan izinNya, kami menang dengan sedikit kepayahan. Selepas itu, kami diberi masa untuk berehat untuk mengumpul tenaga bagi aktiviti seterusnnya. Namun kami dilarang sama sekali untuk tidur. Haih... Tapi ada jugak yang tidur.

Tepat jam 12 tengah malam, kami diarahkan untuk beratur bertiga-tiga mengikut platun. Iya, kami akan berjalan menuju ke puncak Bukit Beruang yang selam ini hanya dapat kami tatap daripada asrama. Kami berjalan bersama-sama ditemani kegelapan malam hingaa ke satu checkpoint. Di sini, kami menerima arahan yang seterusnya, kami perlu berjalan secara individu menuju ke puncak bukit tersebut. Kelihatan para pelajar mula panik khasnya pelajar puteri. Putera pulak, tak tahulah macam mana rasanya, mungkin memendamkan perasaan takut di dalam hati. Saya pulak entahlah, tak tahu nak kata macam mana. Tetapi kalu diingatkan Allah, pasti perkara lain menjadi kecil sahaja. Para pelajar mula dilepaskan satu persatu. Namun saya terpaksa menunggu giliran dengan lama. Iyalah, ramai pelajar puteri yang lemah semgat apatah lagi tatkala dipyscho oleh Sir Amran. Akhirnya tibalah giliran saya. Perjalanan ditempuhi tanpa sebarang gangguan. Tiba sahaja di puncak, saya terus mencari tempat untuk melepaskan lelah. Akhirnya saya merebahkan diri di sebelah Saudara Faris. Bila sedar sahaja, semua dah berada di puncak dan kami sekali lagi diarahkan untuk beratur mengikut platun kerana kami bakal menempuh hutan tebal untuk pulang semula ke MOZAC. Perjalan memang cukup mencabar. Onak dan duri menghiasi perjalanan kami. Memang sangat berbahaya. Tanpa bimbingan tentera, tak tahulah ki dapat ke tak balik ke MOZAC. Namun segalanya terbayar apabila kelihatan cahaya samar-samar asrama MOZAC. Kami tiba semula di sekolah tepat jam 4 pagi dengan keletihan yang tidak terhingga. Selepas itu kami pun diberi sedikit taklimat ringkas untuk aktiviti esok sebelum dibenarkan pulan ke dorm untuk tidur. Begitulah tamatnya hari pertama kami. Baiklah. sampai di sini sahaja dahulu. Kisah ini akan disambung lagi nanti, Insya-Allah. Wassalam.

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts