Saturday, July 25, 2009

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Pada tanggal 17 hingga 19 Julai yang lalu, saya telah dan akhwat saya di SMS Muzaffar Syah telahpun menjalani kem pemantapan jati diri di bawah kendalian Rejimen AW514. Hmmm... Bila sebut jer pasal tentera, biasa ar, memang lasak habis tetapi pengalaman yang saya peroleh daripada kem ini memang tidak bernilai. Oleh itu, saya nak mengambil sedikit ruang kat blog ni untuk cerita segala perkara yang telah saya tempuhi bersama rakan-rakan. Program bermula pada malam jumaat lagi sebenarnya, ketika itu kami satu batch dibahagi kepada 5 platun. Alhamdulillah,dengan takdir Allah saya ditempatkan dalam Platun 2. Mula-mula tu, rasa cam tak selesa pulak. Al maklumlah, saya tidak beberapa mengenali sangat perempuan batch saya, kalau ada pun tak sampai 15 orang. Haha. Tapi yang best budak laki ar, memang syukur sangat semua putera platun saya jenis yang memang sporting. Selesai sahaja solat Jumaat pada keesokan harinya, kami telah pun memulakan kem kami. Arahan pertama yang kami terima, "Ha, cakaplah lagi!". Shhh.... Tak sampai seminit pun, semua orang diam. Saya masih ingat lagi itulah dialog pertama Pegawai Waran 1 Amran kepada kami. Dalam hati, saya tertawa kecil melihatkan warga batch saya yang masa tu macam pijak semut pun tak mati. Lepas tu pulak arahan kedua ialah memenuhkan baldi yang kami bawak dengan air. Alamak, masa tu menyesal pulak bawak baldi besar. Hehe, inilah namanya takdir. Hanya Allah sahaja yang tahu. Seterusnya kami diberikan pulak 5 biji telur. Saya pun dah mula terpinga-pinga. Nak buat apa ni?
Ada lagi pulak tu, kami diberikan pulak 5 beg tentera yang beratnya x payah cakap lah. Dalam keadaan tertanya-tanya tu kami diarahkan pulak bergerak ke padang dengan segera. Nak buat apa ni sebenarnya?

Owh... Sampai kat padang semua persoalan pun terjawab. Kami akan menjalankan aktiviti sukan lasak. Eh, lupa pulak, ada tambah barang lagi iaitu sebiji tayar. Hmm... tugasnya ialah membawa barang-barang tersebut melalui trek yang telah disediakan. Hmm, tidak disangka sungguh yang dalam kawasan sekolah pun boleh jadi begitu mencabar. Perjalanan yang singkat itu memakan hampir separuh tenaga kami. Sampai di checkpoint terakhir semua telahpun dibasahi keringat. Masa tu pulak, saya jadi kasihan melihat 2 orang ukhti platun saya yang macam dah larat jer. Nasib baik ada ukhti-ukhti yang lain memberikan mereka semangat. Selesai sahaja aktiviti tu, keputusan diumumkan. Platun saya telah berada di tempat terakhir sebab ada sebiji telur dah pecah. Walaupun sedih, kami tetap bersyukur sebab dipinjamkan kekuatan oleh Allah untuk mengharungi aktiviti tersebut. Selepas 5 minit berehat, kami meneruskan acara seterusnya 'Explorace'. Masih lagi meggunakan cara yang sama dengan sebelum ini, cuma cabarannya lebih dahsyat lagi. Dengan trek yang lebih mencabar kami dikenhendaki mencari 'harta karun' di checkpoint yang disediakan. Wah, memang betul-betul memerlukan konsestrasi mental dan fizikal yang tiggi. Di tengah perjuangan, 2 orang ukhti tadi menarik diri. Pun begitu, semangat kami terus berkobar-kobar walau tanpa kehadiran mereka. Agi Idup Agi Ngelaban. Aktiviti pun tamat dengan kami terduduk letih tidak bermaya. Kakiku terasa begitu kejang selepas melalui 'terowong pendek' tu. Namun segala terbayar tatkala platun kami menjuarai aktiviti ini. Terasa hawa dingin mengalir lembut membelai ubun-ubun ketika itu. Seketika itu saya terfikir, beginikah rasanya nanti pabila kaki ini dihalalkan oleh Allah untuk menginjak di syurga? Wallahualam....

Akhirnya atas dasar musyawarrah antara kami, nama kumpulan pun tercapai, Decepticon nama diberi. Platun lain lak ada yang namanya Tak-Tak, Thunder, Cerplos dan HeadHunter. Nasib baiklah kami diberi masa untuk membuat bendera untuk program malam tu. Nak tahu apa yang terjadi pulak? Nantikan sambungannnya. Sampai disini dahulu. Wassalam.

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts