Sunday, July 12, 2009

 11:48 AM   Anonymous   ,    No comments

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh. Hari ini saya nak cerita sikit ar pasal kamar saya ataupun saya punya keluarga kat asrama. Yup, pejam celik pejam celik, dah 6 bulan dah saya menginap kat sini. Alhamdulillah, sepanjang penginapan kat sini hidup selalu jer bahagia. Penuh gelak ketawa tapi tak lupa jugak kepada cinta kami yang satu, Allah swt. Hmm... Bagaimana nak cerita yer? Arr... Kamar ni 8 orang ahli sepatutnya. Tapi, Aiman dan Aziz sudah pun memulakan langkah barunya di Maktab Tentera DiRaja. X pe lar, kami doakan mereka bahagia di sana. Jadi sekarang ni tinggalah kami berenam. Kehidupan di kamar ni diterajui oleh Bro Akhmal Hakim Bin Zainal Ariffin atau panggil je ar Abang Akim. Antara kami berenam ni, dia ni sorang je lar form 5. Entah macam mana lar dia boleh sesat kat sini. Dalam diam-diam, saya begitu menyanjungi peribadi abang dorm aku seorang ni.... Beliau penuh dengan ketenangan dan rileks jer. Saya anggap dia macam seorang muslim yang seimbang. Pandai pun pandai, sukan pun aktif gak, akhlak pun mantap. Jarang sekali dengar perkataan kotor daripada mulutnya. Dan yang paling penting jarang sekali saya dengar dia berbicara tentang wanita. Setiap malam sebelum dia tidur, pasti dia akan membaca tafsir al-quran. Ya Allah, dengan izinMu saya ingin sekali mencontohinya. Next, adalah saudara Muhd. Shakir Zufayri Bin Noor Samsudin. Dia ni pulak.... Camner nak cerita ar.... Hmm... satu kelas dengan saya. Dia ni tinggi-tinggi orangnya. Selalu je happy go lucky. Overall dia ni okey lar. Senang diajak bersembang. Kalu nak tau lagi pasal dia ni, lawatilah blog ni www.shakirzufayri@blogspot.com. Seterusnya akhi NurMuhammad Aizat Bin Zainal. Yup, akhi yang seorang ni x penah nampak dia sedih langsung. Gembira jer sentiasa. Bagus betul dia ni, rileks je selalu. Haha, kalau dia ada kat dorm, mesti akan penuh dengan gelak tawa. Selepas tu, ada pulak akhi Muhammad Bin Mustapah. Haha, dia ni memang kuat sembang. Senang mesra dengan orang lain. Paling istimewa ialah otaknya yang kreatif. Ada jer la idea baru yang nak dilontarkan. Sorang lagi ialah saudara Muhd Akmal Arif Bin Muhd Razali. Satu-satunya orang yang pakai specs kat dorm ni. Dia ni pulak, minat betul bengan music. Selalunya, dia ni jadi tempat saya meluahkan masalah. Akhlak dia pun bagus. Dia pun selalu gak berusaha untuk memperbaiki diri. Lastly, ialah saya sendiri. Rasanya x de apa yang nak dikongsi tentang diri saya. Baru-baru ini kami telah pergi jamuan BBQ untuk dorm yang menang. Inilah antara kenangan yang kami ada bersama. Ya Allah, aku mohon dengan penuh rasa cinta dalam hati supaya ukwah yang terbina ini terus mekar selama-lamanya. Sekian dahulu. Wassalam.

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts