Friday, June 26, 2009

 11:06 PM   Anonymous   , ,    No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan kekuatan untuk menempuhi hidup ini. Tidak tergambar betapa gembiranya hati ini apabila semua result exam dah keluar. Syukur tidak terhingga ke hadrat Illahi ats keputusan exam kali ini. 4A1, 4A2 tapi sayang dapat satu G9. Haha apa lagi add math lar. Tak per, banyak masa lagi. Ada masa lagi untuk improve. Dalam beberapa hari ini, banyak betul perkara yang berlaku. Ada yang best, ada jugak yang tak best. Mula-mula sekali lawatan pengawas ke Perak. Camner nak cakap ar.... Lawatan tu boleh lar.... Banyak jugak lar tempat menarik yang dilawati. Paling best ssekali, mandi air terjun kat Lata Kinjang kot. Dalam keseronokan tersebut, mata kurniaan Allah ini masih lagi sempat memerhati. Saya rasa begitu pelik sekali melihat masyarakat kita, tidak kira muslim atapun muslimah, ketika mandi kebanyakkannya tidak menutup aurat. Aduh kecewa betul. Tetapi hati ini sedikit terubat melihat telatah anak-anak kecil dalam mereguk nikmat Illahi. Selain itu, rasa seronok jugak dapat peluang melawat MCKK dan MRSM Taiping. Satu perkara yang buat saya kagum dengan 2 institusi pendidikan ini ialah kekuatan jemaah mereka. Allahu, kalau boleh saya nak sangat warga-warga Muzaffar bersatu teguh dalam jemaah. Terus-menerus menegakkan syiarMu dan menjalankan amar makruf nahi mungkar. Tidak mengapa mugkin suatu hari nanti SMS Muzaffar Syah akan bergelar pusat kecemerlangan Islam yang tersohor tetapi saya juga tidak pasti bila. Buat masa sekarang ni saya begitu sibuk dalam pertandingan F1 in School. Memang banyak sangat perkara yang perlu dilakukan. Kadang-kadang rasa macam nak quit jer. Tapi kata-kata Imam Ahmad terus bermain di dalam hati.

" Seorang muslim itu tidak akan berhenti berjuang selagi kedua-dua kakinya belum menginjak syurga "

Namun, saya tertanya-tanya apa perjuangan ini berbaloi kalu saya tidak lagi mempunyai masa untuk membaca Al-Quran. Apakah betul perjuanganku ini? Entahlah, saya pun tidak tahu. Sekarang ni, kalu balik asrama selalu pukul 3.30 pagi. Sungguh menjerihkan. Allahu, bantulah aku. Aku pohon kekuatan dariMu. Diri ini begitu letih dalam mengharungi ujianMu. Kadang kala, daku tersilap justeru bantulah aku Ya Allah. Aku pohon hidayahMU.

Allah.
Allah.
Allah.
Engkaulah yang selalu aku rindui setiap saat dan ketika.
Amin.
Sekian sahaja kali ini. Semoga kita bertemu lagi. Amin.

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts