Sunday, March 15, 2009

 2:17 PM   Anonymous      No comments

Perjuangan menuntut darah di tanah gersang ini
Tanah yang dulunya suci kini berubah menjadi tanah kotor
Tempat berkumpulnya rasa benci

Pihak manakah yang akan kau bantu wahai musafir?
Pihak yang menumpahkan darah atau pihak yang bermandikan darah untuk membela sebidang tanah?
Teruskan perjalananmu wahai musafir
Di sini bukan tempat untuk berpesta

Bukan juga tempat untuk bersuka-ria
Inilah tempat di mana..
Semua Mujahidin berhimpun
Berdiri atas kaki sendiri mengekang musuh-musuh mereka
Menyekat dengan semua kudrat dan kekuatan

Berbekalkan keimanan dan ketaqwaan
Bersama-samalah dengan kami andai kamu mahu berjuang
Namun tinggalkan kami sekiranya kamu enggan
Kami akan menunggu kedatangan bantuan dari ALLAH
Kami yakin ianya akan tiba
Apabila tiba masanya

Puisi ini ditulis oleh Abu Hurairah, seorang remaja yang mengalami masalah pendengaran yang mengisahkan tentang perjuangan membebaskan Palestin. Hayatilah

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts