Perjalanan pulang semula memang saya tak nantikan lansung. Puas fikirkan macam mana nak biskan masa 6 jam dalam kereta tu. Dulu 8 jam, tapi sekarang 6 jam je, sebab saya balik ke Shah Alam, family tersayang meneruskan perjalanan lagi 2 jam ke Melaka. Seperti biasa, memang saya yang kena stay up untuk teman ayah yang driving. Sebab kalau tak nanti, ayah mengantuk. Topik sembang kami biasanya pasal bola la. Saya suka dengar cerita bola ayah dan ayah memang semangat habis biler bercerita pasal bola. Ayah pun memang power main bola kot. Dulu masa baru kahwin dengan mama, ayah pernah dapat offer untuk main team negeri Pulau Pinang. Tapi ayah decline sebab dia tak rasa tu boleh jadi lifelong career. Kalau tak boleh la tengok ayah beraksi dalam Liga Perdana tu. Sadly, saya tak warisi sikit pun bakat main bola ayah. Berapa kali ayah ajar pun, saya tak pandai jugak. Saya bukan sportsman kot.
Semalam, lepas dah puas sembang pasal bola, ayah beri saya satu tazkirah yang cukup bermakna. InsyaAllah saya akan ingat sampai mati. Ini dah macam amang ayah untuk saya.
"Azri, ayah dengan mama ni bukan saje2 letak nama kau tu azri. Bukan kebetulan tapi ayah ada sebab. Dalam banyak2 anak ayah ni, kau seorang je yang mama kau lahirkan sampai mengalir air mata. Air mata gembira. Sebab tu ayah letak nama kau ni Azri, supaya kau jadi kekuatan untuk ayah dengan mama dan jadi penyokong untuk keluarga kita. Ayah bukan orang berharta. Takde harta yang ayah boleh tinggalkan kat korang adik beradik, yang ayah mampu provide cuma ilmu je. Kau belajarlah sungguh-sungguh. Ayah tak nak kau hidup susah macam ayah dengan mama ni. Jadi orang berilmu, bantu keluarga. Ayah letak harapan yang tinggi untuk kau. Kalau ayah dengan mama dah takde nanti, sape yang nak jaga keluarga kita ni? Jadi la contoh untuk adik2 kau tu. Bila susah nanti, boleh tolong bela keluarga kita. Ayah sentiasa doakan kejayaan kau, dan ayah nak kau selalu doakan keluarga kita jugak. Ada masa kita jatuh, tapi takkan kita nak gagal selama-lamanya. Jaga hati tu, jangan sampai jadi gelap"
Ayah :) |
Sumpah saya terharu dengar ayah cakap macam tu. Ayah pun sampai mengalir air mata cakap dengan saya. Saya tahu ayah ada banyak masalah dengan kerja ayah, tapi ayah tak pernah nak tunjukkan dekat kami. Ayah selalu simpan sorang2. Kadang2 ayah bangun pagi2 solat lepas tu menangis dalam doa. Saya tak rela nak tengok ayah menangis lagi. Dah banyak ayah lakukan untuk keluarga kita.
"Allahu, kau bantulah kedua ibubapaku agar mereka dihindarkan dari sebarang kesusahan dan keburukan. Kurniakanlah mereka rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang berkekalan. Jadikan kami adik beradik, anak anak yang soleh dan solehah. Moga keluarga kami terus dalam lindungan redhaMu. Ya Allah, kau hapuskanlah air mata kesedihan ayah dan gantikan dengan tangisan gembira. Kau tempatkanlah ayah dalam jagaanMu setiap masa. Sungguh Ya Allah aku tak rela lagi melihat air mata ayah. Ampunkan dia Ya Allah, ampunkan dia..."
Saya rasa, saya masih mampu jada diri ni sebab dari F1 dulu, setiap hari mesti call mama or ayah sampai sekarang, even dah kat universiti pun. Saya rasa tak sedap hati kalau tak call. Moga Allah jadikan saya hambaNya yang selalu berbakti untuk ibubapanya. Amin.
Ahmad itu ertinya yang amat terpuji
Azri itu ertinya kekuatanku dan penyokongku
Abdullah itu ertinya hamba Allah
Jadikanlah aku seseorang yang terpuji dengan kekuatan dan sokongannya untuk hamba Allah
Wassalam...
0 comments:
Post a Comment