Wednesday, November 23, 2011

 11:37 AM   Anonymous      No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Seminggu selepas post yang terakhir baru diri ini nak terhegeh-hegeh nak update semula blog ini. Pulang semula ke UiTm bermula dengan agak sedih. Sampai sahaja ke kolej kesayangan, Kolej Perindu, dihalang pulak untuk mendaftar. Semuanya akibat kecuaian diri sendiri yang telah menghilangkan kunci bilik sem yang lalu. Somehow I managed to dodge from being exiled on my first night in college. Bilik baru yang menempatkan diri ini ialah 1421, probably bilik paling hujung kat 4th floor. Semuanya terasa jauh sekarang ni. Baru tahu bersyukur dengan lokasi bilik sem yang lalu.

First day lagi, fakulti telah sibuk dihujani student2 asasi yang bersemangat tinggi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Termasuk la diri ini yang terpaksa bergerak awal ke fakulti untuk mengingat puan-puan di pejabat untuk menampal jadual student. Sem 2 pasti menjanjikan sesuatu yang lebih fresh, sebab semua lecturer yang diberikan buat LWA02A semuanya baru, termasuk kelas bersama Pn Rafidah, Ketua Program Asasi yang dihormati.

Bermula hari pertama handphone Aino kesayangan terus diasak messages yang tak putus2 asking every possible questions. Nota-nota yang perlu dicopy mula menggunung semula di atas meja study yang masih berhabuk itu. Dan yang paling penting, scene yang tak pernah berubah, duit berjalan macam air sungai yang deras. Baru hari keempat, RM100 dah terbang macam tu je. In some way, I kinda aprreciate the current hectic moment that I am having. I can easily focus my mind on something and eventually scrap off all the rust covering my tiny tiny brain. The best part is, kaki ini kembali semula menuju ke rumah Allah. Kesempatan untuk berkunjung ke rumah Allah setiap lima waktu akan dimanfaatkan sepenuhnya insyaAllah. Di sebalik kesibukan yang melanda ini, I believe I can expect more to come and I shall be ready to face it then. Tagline kami untuk semester ini "Kembali dengan lebih matang"



Wassalam...

P/s : Sedih bila orang di sekeliling berbincang tentang MUET. Sampai sekarang diri ini masih menyesal tak sudah sebab overlook waktu test tersebut dan akhirnya I missed it. Sampai sekarang berharap diri ini berkesempatan untuk mengambil MUET pada Januari yang akan datang.

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts