“Uwais… Main futsal jom!”
“Erm… Malas ar. Aku takde mood hari ni. Rasa nak
baring-baring je atas katil”
“Ala… Come on ar bro. Dah lama kot kita tak berpeluh ni. I
miss futsal so bad”
Dari atas katil, Uwais merenung muka sahabatnya Khairullah
yang berdiri pintu biliknya. Sahabatnya berlari-lari setempat di depan pintu.
Ada lagak atlet cemerlang di situ.
“Jom ar Uwais. Time is running out ni. I am even wearing my
favourite jersey today.” Khairullah menepuk-nepuk dadanya. Cuba show off jersey
Chelsea kegemarannya.
“Orait. You win Khai.” Uwais bangkit perlahan-lahan untuk
bersiap.
“Now that’s my bro”
“But on one condition though”
“Anything for you my man”
“Kalau kena jadi keeper, kau je la jadi eh. Haha”
“Well played bro, well played”
*********
GOOOOOOLLLLLL!!!!! Striker pasukan lawan bersorak girang.
Dengan mudah sekali mereka skor gol demi gol. Masuk gol yang sebentar tadi dah
lima kali rasanya Khairullah gagal mengawal gawang golnya daripada dibolosi.
Nama sahaja riadhah waktu petang, nama sahaja main game friendly demi sihatkan
badan, tapi mentaliti mereka yang sedang bermain di atas padang macam berjihad
di medan perang. Game futsal jadi serious dan tegang.
“Khai, sorry aku tak defend elok-elok tadi” Uwais rapatkan
dua tapak tangannya tanda minta maaf atas kecuaiannya yang menyumbang kepada
gol pihak lawan.
“Takpe. Chill je. Main je”
Uwais main as defender. Ada segaris stress dekat wajah Uwais
setiap kali opponent score gol. Khairullah yang main sebagai keeper yang
kejap-kejap kena bolos pulak masih dengan tenangnya tersenyum sengih main
futsal. Enjoying the game katanya.
GOOOOOLLLLLLL!!!! Dan itulah gol keenam yang diperolehi
pihak lawan. Khairullah masih setia mengutip bola yang dia lepaskan ke dalam
gol. Khairullah yakin kalau game petang ni anugerah ‘flop of the match’, dengan
yakinnya dia bakal merangkul anugerah tu. Dah enam kali kena bolos, Khairullah
pun naik segan juga. Walaupun tiada fans yang sedang cheering di keliling
padang futsal tu, dia tetap ada rasa malu. Di carinya Uwais dengan pandangan
matanya. Moga-moga dengan melihat wajah sahabat baiknya itu, ada terdorong
sirna cahaya motivasi untuk bermain dengan prestasi yang lebih baik.
Saat anak matanya menangkap Uwais, sahabatnya sedang
berjalan keluar daripada padang dengan kepalanya menunduk ke bawah. Ada riak
hampa di wajahnya. Khairullah terus membuat isyarat tangan untuk diganti. Dia
terus bergegas menuju ke Uwais yang sedang duduk termenung panjang di tepi
padang.
“Kau injured ke Uwais?”
“Tak lah.” Uwais membalas ringkas.
Mereka berdua diam sebentar. Memerhatikan perlawanan futsal
antara pasukan lawan dan pasukan mereka. Bezanya pasukan mereka sekarang dah
dapat khidmat 2 pemain baru yang dari tadi hanya jadi substitute di tepi
padang. Dan tak sampai 5 minit pun, pasukan mereka tadi dah jarring 3 gol untuk
kejar balik.
“Good game bros!!!” Khairullah menepuk tangan meberikan
sokongan kepada pasukannya. Walapun pujiannya nampak macam tak diendahkan.
“Pffft…” Uwais mengeluh sikit. Pelik bunyi keluhan dia.
“Are you okay Uwais? Kau nampak macam under the weather. Bad
day ke?”
“Kau tak perasan ke apa yang berlaku dalam game tadi?”
Khairullah senyap. Dia tahu ni titik permulaan untuk Uwais
buka cerita.
“Dari awal kita main tadi, kau nampak tak teammates kita tak
passing kat aku. Aku macam tunggul je kot. Bila aku terlepas bola, semua buat
muka.”
“Well I suppose kita berdua memang a bit kaki bangku sikit.
But, chill. It’s just a game”
“That’s not the point Khai”
“Then tell me”
“Kita dah 4 semester dekat law school ni. And I am still a
nobody. Aku datang fakulti ke, tak datang ke, mana ada orang kisah”
“I care”
“Kau lain. Kau bestfriend aku. I mean look at me. I am so
awkward. Susah nak mingle around. Bila jumpa orang, lidah aku terus jadi kelu.
Law students kan kena pandai interact, get along with everyone.”
“Not necessarily”
“Hear me out first. I’ve been thinking a lot kot. Aku ni,
kalau benda-benda kecil pun susah nak buat properly. Buat tu salah, buat ini
salah. You remember what happen in land law class?”
“Yang mana satu?”
“Ni masa tutor kita criticize aku. Dia kata aku present
nothing. Dia kata I was not well prepared, tak pandai present and so on. Kecik
hati aku weyh. Kalaulah dia tahu effort yang aku letak dalam nak present all
those cases kat depan class tu. And not just land law. Other classes as well.
Kadang-kadang aku kecewa bila idea yang aku lontarkan kena gelak just because
it was different. Aku tak tahu la Khai… Tak mudah orang nak faham aku and aku
ni pulak on the other end susah nak fahamkan orang apa yang ada dalam fikiran
aku. I just wish to be heard. To be somebody in their eyes”
“Jadilah diri sendiri kalau gitu”
“That’s another problem. I know I’m a bit different. Fesyen
aku. Cara aku bawak diri aku. And people somehow can’t comprehend that. They
tried to change me. Diorang kata untuk kebaikan aku jugak. I appreciate their
efforts. Tapi aku rasa tak selesa kot kena berubah just to fit in. But at the
same time, I want to be acceptable. Sigh… Khai, tengoklah aku ni. Hakikatnya
aku ni nobody kot. Kalau kau tanya seniors or juniors maybe ada yang tak kenal
aku. I’m not surprised kalau ada batchmates kita yang tak kenal aku. This
nobody feeling is killing me”
Permainan futsal semakin rancak. Dan Uwais juga makin larut
meluah perasaan kepada Khairullah. Selang beberapa ketika, Khairullah tersenyum
mendengar luahan Uwais.
“Khai, aku serious ni. Nape kau senyum-senyum pulak?”
“I know you are. Bila law students start speaking, that
means they are serious. Aku senyum pun bukan apa, tengah fikir jawapan nak
pujuk kau. Haha”
“Iye lah tu”
“Iye… In fact aku dah ada jawapan dah pun untuk masalah kau
ni”
“Serious?”
“Yes I am. Wanna know the answer?”
“Yes please”
“Haha. Well not know. Malam ni lepas usrah, kita gi
minum-minum dekat Nabila Corner, nanti aku cerita dekat kau everything untuk
selesaikan masalah kau ni. Deal?”
“Deal”
*********
“Bos! Air extra joss anggur taruk susu gelas besar dua ye!”
Khairullah memesan minuman sebaik sahaja mereka tiba di kedai makan.
“Kau nak makan pape tak Uwais? Aku belanja ni”
“Nope. Aku nak dengar jawapan kau Khai. Aku dah penat dah
jadi gini. I want to change”
“Okay then. Merujuk kepada curahan hati kau petang tadi,
sebenarnya aku dah lama pun perasan. Aku tahu kau lama dah pendam perasaan
gitu. Cuma aku tunggu masa yang sesuai untuk bagitau kau”
“Meaning?”
“Meaning dia sesetengah perkara kita kena sampaikan pada
masa yang sesuai”
“So?”
“Jadi… Takyah nak ‘so-so’ sangat. Wakaka. Dengar sini. Aku
mulakan dengan sebuah cerita. Pada suatu hari…”
“Khai, seriour ar…”
“Okay, okay aku memang nak cerita ni. Tapi takdelah sampai
start dengan pada suatu hari semua tu. Uwais, kau pernah dengar kisah Uwais Al
Qarni?”
“Tak”
“There you go. Proving my point”
“Apa kau merepek ni Khai?”
“Point aku is, kau tak pernah dengar kisah pasal Uwais Al
Qarni ni kan? So most probably mamat ni mesti bukan someone yang famous, bukan
someone yang well known”
“Okay…”
“Okay sekarang kau pernah tak dengar kisah Abu Bakar, Umar,
Uthman, Ali, Abdul Rahman Auf, Khalid Al Walid, Salahuddin Al Ayubbi, Muhammad
Al Fateh?”
“Pernah la. Kan kita ada bincang kisah para sahabat dan
tokoh-tokoh Islam dalam usrah kita”
“Bagus, aku pun confirm kau pun tahu kisah-kisah perjuangan
dan pengorbanan mereka. Betapa mereka bersungguh-sungguh untuk Islam semua kan.
Atas sebab kisah luar biasa ni lah kisah mereka jadi teladan sepanjang zaman.
Sebab sungguh luar biasa mereka semua. So, soalan aku, kenapa kau tak pernah
tentang Uwais Al Qarni ni pulak?”
“Sebab dia tak luar biasa. Ye ke? I don’t know”
“Are you sure? Kau nak kunci jawapan tu tak?”
“Hey, kau ingat ni program realiti ke nak kunci jawapan
semua”
“Haha… Sorry, sorry. Saja nak menceriakan suasana. Lambat
pulak air ni nak sampai”
Dan panjanglah umur pakcik kedai tersebut sebab baru sahaja
mereka menyebut-nyebut tentang minuman yang dipesan, 2 gelas besar extra joss
anggur campur susu telah terhidang di depan mata. Masing-masing menikmati
minuman mereka.
“Cepatlah sambung Khai”
“Okay. Nak sambung la ni. Jawapan kau tadi separuh betul.
Uwais Al Qarni memang tak terkenal. Tak seperti para sahabat nabi yang lain,
yang kisah mereka semua terakam untuk bacaan kita. Uwais Al Qarni tidak pula.
Tapi tu bukanlan bermakna Uwais Al Qarni tidak se’luar biasa’ para sahabat yang
lain. Kisahnya, Uwais Al Qarni ni seorang yang yatim. Langsung tiada ciri-ciri
istimewa, namun taat kepada ibunya luar biasa. Dia juga sering dicemuh
masyarakat sekeliling sebab dia sopak, miskin, pakaian pun buruk. Tapi kita
kena ingat, kemiskinan bukan ertinya kehinaan. Sepanjang hidup Uwais Al Qarni
sangat ingin untuk bertemu dengan baginda Nabi Muhammad s.a.w. Sebabkan taat
kepada ibunya dan Uwais Al Qarni waktu tu stay dekat Yaman, jauh beribu batu
daripada Madinah, jadi dia keberatan sikit nak travel ke Madinah untuk menatap
sendiri wajah Rasulullah, insan yang paling dikasihinya. Sampai Rasulullah
wafat pun, Uwais Al Qarni tak sempat nak jumpa Nabi. But… The twist of the
story is… Cuba teka?”
“Manalah aku tahu Khai, cepatlah sambung cerita”
“Orait, even though dia tak sempat nak jumpa Rasulullah,
tapi baginda Nabi sangat mengenali dirinya. Rasulullah siap pesan dekat Umar
dan Ali lagi supaya bila jumpa Uwais Al Qarni, minta doa dengan dia. Dahsyat
kan? Kalau dalam keadaan kita la sekarang, dia ibarat kau jumpa Uztaz Azhar
Idrus, then UAI minta kau doakan dia. Kan dah macam terbalik gitu? Tapi itulah
specialnya Uwais Al Qarni. Rasulullah tambah lagi, menurut baginda memang Uwais
Al Qarni ni sangat biasa pada pandangan manusia. Terlalu biasa sangat pada
pandangan manusia. Tapi dekat atas sana, dalam kalangan penghuni langit,
wallahi, Uwais Al Qarni teramat-amat terkenal hingga tahap selebriti gitu”
“Ouh… Cool nya. Apa yang dia buat sampai dapat penghormatan
yang macam tu sekali?”
“That’s another point to ponder. Kita pun tak tahu. Yang
kita tahu Uwais Al Qarni seorang anak yang taat, sabar dalam mengharungi
kesusahan hidup. Apa yang buat dia begitu special di mata Illahi, kita sendiri
pun tak tahu”
“Okay… Interesting story tapi apa kaitan dia dengan masalah
aku”
“Semuanya berkait Uwais. Dalam dunia yang kita tinggal
sekarang manusia semuanya mementingkan pandangan manusia. Apa yang kita cakap,
buat, pakai, makan semuanya kita nak ikut trend. Kita nak fit in, blend in
dengan orang sekeliling. Kita jadi buta sebab terlalu dan mengejar acceptance
dan recognition. Akhirnya pandangan dan kata-kata manusia jadi segalanya buat kita.
Seolah-olah pandangan manusia tu dah jadi kiblat hidup kita. Yang lebih teruk
lagi, kita terlalu leka dengan semua tu hingga pandangan Allah yang sepatutnya
kita utamakan, tergadai”
Khairullah berhenti untuk mengambil nafas seketika.
“Bezanya kita zaman sekarang ni dengan Uwais Al Qarni. Dia
tak pernah kejar recognition di mata manusia. Yang dia cari keredhaan ibunya
dan keberkatan hidup bertuhan. Penyakit sopak yang membuatkan dia lagi terhina
di mata manusia itu pun dia tempuh dengan sabar dan ikhlas. Betapa Uwais Al
Qarni sangat mensyukuri kebiasaan dan kesederhanaan yang Allah kurniakan
padanya. Pada mata manusia yang biasa ini, dia bukan sahaja nobody, malah
someone yang terhina, yang tidak punya apa-apa. Tapi dalam pandangan Allah Yang
Maha Mengetahui Segalanya, Uwais Al Qarni dipandang dengan penuh rasa cinta,
sayang dan rahmat hingga namanya di sebut-sebut dekat langit sana”
Uwais menghirup air biarpun yang tinggal dalam cawan
hanyalah ketulan-ketulan ais.
“Antara terkenal di mata manusia ataupun terkenal di mata
Illahi, mana satu yang lebih mulia? Antara mengumpul berjuta likes di FB or
beribu retweet di Twitter dengan nama kita disebut-sebut di kalangan penghuni
langit sana, mana lagi awesome?”
“Kenapa kau cerita kisah ni kat aku Khai?”
“Sebab aku nak kau jadi Uwais Al Qarni zaman moden. Toksah
la dok fikir lagi pasal pandangan orang lain tu Uwais. Orang kita ni memang
mengamalkan judicial activism. Aktif benar dalam menghukum dan menghakimi orang
lain. Ingat pesan Imam Ahmad, hidup ni kalau asyik nak puaskan manusia, sampai
bila pun takkan tercapai. Sia-sia. Jadilah diri sendiri. Kan lebih selesa gitu?
Yang kita kena fikirkan, risaukan dan bimbangkan ialah pandangan Allah terhadap
kita. Kalau seluruh umat manusia suka dekat kita pun tapi Allah murka, apalah
ertinya kan?”
Kali ini Khairullah berhenti sekejap. Memberi masa untuk
Uwais menghadam apa yang baru disebutnya.
“Uwais… Aku dah kenal kau 2 tahun dah. Aku tahu kau anak
yang baik, selalu dengar cakap mak ayah. Potensi yang ada dalam diri kau besar
sangat. Biarlah kalau orang lain tak perasan, tapi aku sentiasa tahu. Dalam
banyak-banyak batchmates kita, kau paling rajin. Kalau paling banyak bagi
effort kalau groupwork, kau jugak yang selalu research nak cari info, cases,
and related laws semua. Uwais, aku nak kau faham, terkadang kerja-kerja yang
kau buat ni, orang panggil di kerja-kerja background. Usaha-usaha yang
tersembunyi di mata manusia, tapi jelas mulia di mata Illahi. Kita hidup,
berkerja di muka bumi bukan sebab nak kejar nama, kita nak kejar syurgaNya
nanti. Macam dalam dakwah juga, ramai je yang jadi artis-artis Islamic, dapat
followers dan fans yang beribu. Tapi itu bermakna artis-artis tu lebih mulia di
mata Allah berbanding dengan para naqib dan naqibah yang sibuk membanting tulang
mengendalikan bulatan usrah? Tak kan? Allah akan sentiasa pandang usaha, ingat
tu. Dan kalau kau nak rasa special, ingat ni Uwais. Kau special sangat di mata
aku. Bila berkawan dengan kau, bila kau ada dekat aku terus rasa bersemangat
nak berkerja, terus malu nak buat dosa. Itulah specialnya kau Uwais”
Uwais mengangguk-angguk. Cuba betul-betul memahami ceramah
panjang Khairullah.
“Kalau kita baca surah Al Kahfi pun, Allah ada cerita
tentang pemuda-pemuda Ashabul Kahfi kan? Tapi ada tak Allah sebut nama diorang?
Kan ada unsur unmensi di situ? Tapi pemuda Ashabul Kahfi tetap sahaja jadi
inspirasi selamanya”
“Thanks Khai. I really need to hear that. It’s just so hard
sometimes”
“Sabar Uwais… Dunia ni memang tempat untuk diuji. Allah akan
datangkan pelbagi ujian dalam pelbagai bentuk sampai terkadang ada yang kita
tak pernah terbayangkan pun”
Mereka dua diam sebentar. Sama-sama muhasabah diri.
“Uwais… Kau tahu apa jadi bila Uwais Al Qarni jumpa
Sayyidina Umar?”
“Erm, ceritalah”
“Lepas jumpa Sayyidina Umar, Uwais Al Qarni minta izin untuk
ke Kufah. Maka Umar pun nak offer la dengan nak menulis surat kepada gabenor
Kufah. Ye lah sebab selebriti langit nak travel ke Kufah ni. Tapi Uwais Al
Qarni menolak dengan lemah lembut. Dan ayat dia sumpah lejen”
“Apa je yang dia kata?”
“Uwais Al Qarni kata kepada Umar, “Berada di tengah-tengah
orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai” Lejen kan? Aku harap aku
tak salah dalam memberi nasihat ni dekat kau Uwais. Aku pun, banyak lagi nak
kena muhasabah diri jugak. Kita sama-sama la belajar daripada kisah biasa yang
luar biasa tentang Uwais Al Qarni ni. Okay?”
“Orait bro. Thanks again”
“Thanks je ke? Belanja la aku nasi goreng ikan masin. Perut
jadi lapar lepas cerita semua ni. Wakaka”
“Kau memang…”
*********
“Eh, Uwais… Kau tukar nama Twitter kau eh?”
“Haah”
“Abis kau pakai nama apa je ni? Cepatlah, aku nak tag nama
kau dalam gambar ni”
“Selebriti Langit”
Dan Khairullah dan Uwais pun saling tersenyum. Mengharap
ukhuwwah mereka umpama Musa dan Harun. Teguh menderu di jalan Allah.
Wassalam...
P/s : Alhamdulillah siap sebuah karya ringkas. Saya nukilkan karya ini buat teman-teman seperjuangan. Terutamanya buat Akh Akmal, yang menjadi inspirasi saya untuk menulis. Semoga bertemu ibrah dalam membacanya.
1 comments:
sangat memberi inspirasi buat diri ini. -saufiukm
Post a Comment