Friday, April 25, 2014

 7:13 PM   Anonymous      No comments


“Awak… Saya nak minta izin untuk ke liqa’ saya malam ni boleh?”

Awak. Iye. Awak. Itu je perkataan yang mampu diucapkan oleh Sarah untuk memanggil suaminya. Bukannya dia tidak mahu memanggil Shahrul dengan panggilan yang lebih mesra, tetapi entahlah rasa malu itu masih menebal lagi. Biarpun dah sebulan lebih mereka menikah. Lagipun Shahrul tak pernah mendesak. Dan dari riak wajah Shahrul, dia sendiri pun nampak selesa dengan panggilan saya-awak ni.

“Ouh… Boleh je. Kat mana ye liqa’ awak tu?”

“Putrajaya”

“Nak saya hantarkan?”

“Erm… Takpelah awak… Saya boleh pergi sendiri. Lagipun dalam perjalanan nanti, saya ingat nak pick up adik-adik usrah saya sekali. Err… Awak… Saya minta izin nak drive kereta awak tu boleh? Pinjam.”

“Eh, apa pula awak cakap macam tu. Kereta tu kan kita punya sama-sama. Pakai je la. Saya pun tak keluar ke mana-mana malam ni. Saya duduk rumah, tunggu awak balik.”

“Takdelah… Sejak kita dah kahwin ni, awak asyik bagi saya pakai kereta tu je… Tak nampak awak guna pun. Pergi office pun awak pakai naik motor je… Saya rasa bersalah pulak”

Shahrul hanya senyum manis. Entah kali berapa Shahrul dah tegaskan semua barangan miliknya dahulu kini milik mereka bersama. Sarah bukannya tidak memahami. Cuma dia terkadang rasa segan dengan suaminya sendiri. Semuanya telah disediakan. Kereta, rumah dan perabot dalaman. Semuanya lengkap. Sarah bahkan cuma perlu pindah masuk membawa baju, buku dan barangan peribadi dia sahaja ke dalam rumah mereka ini. Melihat suaminya yang berjalan tenang ke dalam mini library rumah mereka, Sarah jadi teringat waktu mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas majlis walimah mereka.

*********

“Shahrul… Kita guna saya-awak boleh?”

“Haha. Kenapa Sarah tiba-tiba tanya macam ni?”

“Erm… You know… Kita pun baru kenal, and sebelum ni pun kita bahasakan diri kita anta-anti je… So, lepas dah kahwin ni, usually orang guna ‘abang-sayang’ kan? Err… Tapi saya segan pulak. Tak biasa”

“Ouh…”

Shahrul diam sebentar untuk beberapa saat. Cuba menganalisis permintaan isterinya. Sarah juga mengalihkan pandangan ke tempat lain. Risau kalau-kalau suaminya terguris hati dengan permintaannya yang seakan kanak-kanak. Seorang suami tentu sahaja mengharapkan panggilan-panggilan mesra daripada seorang isteri.

“Okay je. Saya tak kisah pun”

Shahrul terus membahasakan dirinya saya. Ada sinar senyuman pada jawapannya.

“Betul ni?”

“Betul lah.”

“Biasanya bukan seorang suami tu akan expect isteri dia panggil dia ‘abang’ ke? Hubby ke? Sayang ke? Awak tak kisah ke?”

“Takpelah kita guna saya-awak Sarah… Rasa macam pasangan yang baru nak bercinta kan? Haha.”

*********



“Awak gi usrah nanti pukul berapa?” Soalan suaminya menghentikan lamunannya. Dilihatnya sosok tubuh suaminya yang sedang melirik buku-buku yang tersusun kemas dalam mini library mereka. Empat rak tersusun kemas. Satu untuk segala akta, perundangan dan jurnal kes yang dibeli Shahrul dalam menunaikan amanahnya sebagai seorang peguam. Rak nombor dua, Shahrul hiaskan dengan buku-buku fikrah. Tak perlu bersusah payah ke kedai buku agama, dekat rak nombor dua tu pun, semua jenis buku boleh jumpa. Rak yang ketiga, rak yang paling sikit jumlah bukunya itupun sudah hampir penuh, Shahrul muatkan segala macam novel kegemarannya. Sarah sedikit tersenyum saat kali pertama melihat rak yang ketiga itu. Semua novel suaminya, semuanya novel cinta. Mungkin sebab menelaah rak yang ketiga ni yang buat suaminya ‘sweet’ semacam. Dan rak yang terakhir itu barulah milik Sarah, diletakkan segala buku rujukan dalam bidang perubatan di situ.

“Lepas maghrib nanti saya gerak la awak.”

Shahrul melirik jam di tangan. Hadiah daripada Sarah melalui hantaran keluarga mereka. Sejak dapat, tak pernah lagi dia tanggalkan. Seolah-olah jam itu jadi sebahagian daripada nyawanya yang perlu sentiasa dibawa bersama.

“Maknanya ada sejam lebih je la untuk awak rehat-rehat ni kan? Sarah rehat la dulu. Abang,… Eh, saya siapkan makan malam eh?”

“Awak takpe, takpe… Biar kita je buatkan” cemas Sarah menghalang niat murni suaminya.

“That’s a big no no Sarah. Awak baru balik daripada hospital ni. Kerja jadi doktor ni saya faham sangat, bukannya mudah. Penat kan? Rehatlah dulu. Lagipun awak kan nak menghadap anak-anak usrah awak lagi malam ni. Kenalah bertenaga kan?” Shahrul senyum memujuk.

“Tapi awak… Saya dah biasa dah penat gini. Saya boleh je buat ni”

“Ala… Rehat je la eh Sarah? Lagipun bukan selalu awak dapat rasa saya masak ni. Hehe”

“Erm, selalu sangat” gumam Sarah dalam hati. Dah sebulan berkahwin, jumlah Sarah menyediakan makanan dekat rumah boleh dibilang dengan jari. Jumlah berapa kali Shahrul jadi chef di dapur, tak terkira.
Sarah mengalah. Dia rebahkan dirinya di sofa empuk ruang tamu mereka. Memerhatikan suaminya beraksi di dapur. Dia tergelak kecil melihat suaminya sempat lagi menyarung apron sebelum memproses bahan di dapur. Rasa bersalahnya datang lagi. Entah ini kali ke berapa kebaikan Shahrul membuatkan dia rasa bersalah. Pertama sekali, saat Shahrul dengan diplomasinya membatalkan percutiaan bulan madu mereka pada minggu pertama perkahwinan. Semua sebab Sarah menerima on call secara mengejut untuk berkhidmat di HUKM. Seminggu cuti yang Shahrul telah sediakan untuk mereka berdua, akhirnya suaminya gunakan untuk menghias rumah seorang diri. Tidak pernah dia dengar Shahrul merungut, mengungkit apatah lagi. Sedangkan hampir setiap malam, Sarah keluar memenuhi tuntutan dakwah. Jarang dia ada untuk melayan atau sekurang-kurangnya jadi teman berbual Shahrul.

Kalau diteruskan lagi duduk di ruang tamu itu, memang rasa bersalah itu makin menggunung. Dia berjalan menuju ke dapur. Baru dua tapak dia melangkah, Shahrul pusing menghadapnya seraya menunjukkan gerakan tangan yang melarang dia ke dapur. Senyuman manis suaminya masih meniti di wajah seorang lawyer itu.  Sarah tayangkan muka merajuknya. Geram bila suaminya melarang dia membantu. Respon Shahrul mudah, “Chomel! Boleh awak buat muka camtu sekali lagi? Hehe.”

Malas dia hendak berhujah balas dengan suaminya sendiri. Apa tidaknya, mana mungkin seorang doktor boleh menang berhujah lawan seorang peguam? Dihalakan langkahnya menuju ke mini library mereka semula. Sarah berhenti betul-betul depan rak yang pertama.

“Eh, I thought law is always black and white. Tapi Acts ni semua colourful betul. Hijau ada, biru ada, pink pun ada. Haha.” Dibeleknya semua akta yang disusun kemas itu. Ada Kanun Keseksaan, Akta Kontrak, Akta Fitnah, Kod Tanah Negara, Kod Prosedur Sivil dan banyak lagi yang tak mampu dia nak faham. Sarah ambil keluar Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan). Diselaknya muka surat pertama, dibacanya dengan teliti.

“Okay, now I am convinced. Law students memang lagi hebat daripada medic students. At least buku medic aku tu adalah gambar sikit. Akta ni, nak faham English dia je kena baca 3, 4 kali.” Sarah membuat konklusinya sendiri. Sejak dari zaman universiti lagi, ramai suka bandingkan antara law student dengan medic student. Mana lagi elit, mana lagi nerd, mana lagi professional. Sekurang-kurang dengan membaca muka surat pertama Akta tadi, Sarah boleh simpulkan bahawa law student memang lebih tabah dalam pembacaan mereka. Ayat kompleks dan tanpa gambar rajah langsung. Siapa yang tak kagum?

Diselitkan semula Akta tadi ke rak buku tersebut. Matanya tertangkap suatu buku dalam ratusan Akta yang ada dalam rak tersebut. Kalau semua buku lain di’print’ kemas siap dengan kulit buku yang cantik lagi, buku yang menangkap perhatiannya aneh sekali. Seolah-olah sebuah buku yang di’print’ sendiri. Dengan binding ringnya lagi, memang menyerlahkan cirri aneh buku tersebut. Ditariknya buku itu keluar untuk dibaca. Dibacanya tajuk buku tersebut dan terus tersenyum.

“Betul ke ada Akta ni?”
AKTA 1012
UNDANG-UNDANG CINTA
Diteruskan bacaannya.
AKTA UNDANG-UNDANG CINTA 2014
(Akta 1012)
____________________________
SUSUNAN SEKSYEN
____________________________
Bahagian I
PERMULAAN
Seksyen
       1.   Tajuk ringkas, pemakaian, dan permulaan kuat kuasa
       2.   Tafsiran
       3.   Pemakaian
       4.   Kesediaan
Bahagian II
BAITUL MUSLIM
5.   Cinta
6.   Erti sebuah Baitul Muslim
7.   Keperluan usrah dan liqa’
8.   Kepentingan Tadabbur
9.   Tafsiran kepada kebahagiaan
10. Senarai aktiviti bersama
Bahagian III
ZAUJAH
11. Erti seorang zaujah
12. Teman Perjuangan

………………………………………………………………………………………………………

“Okay, serius lah Malaysia ada undang-undang macam ini. Haha. This is one of a kind”

Sarah meneruskan bacaannya. Kali ini dia baca setiap muka surat dengan teliti. Berbeza dengan Akta yang awal tadi, Akta kali ini terasa dekat di hati. Seolah-olah setiap peruntukkan dalam perundangan itu ditujukan untuk dirinya. Sepanjang pembacaannya ada kalanya dia tersenyum, ketawa seorang diri, menangis haru. Dan akhirnya, seolah-olah ada rasa cinta yang baru. Rasa cinta yang mendalam buat seorang Shahrul, suaminya yang sedang memakai apron di dapur itu. Who would have thought that a law can be so meaningful kan? Dihabiskan bacaannya. Dibawa bersama Akta istimewa itu menuju ke dapur.

“Awak, boleh saya join sekali awak dekat dapur ni?”

“Aha… Saya kata apa tadi? Tak boleh kan….” Larang Shahrul lembut.

“Betul ni?”

“Betul la awak”

“Tapi kan… Menurut seksyen 22 Akta Undang-Undang Cinta 2014, the wife or the zaujah is always right. In handling domestic affairs, the wife order or instruction can never be ruled out as she always knows what the best for the family is. The wife is highly encouraged to seek opinion from the husband from time to time as this will spark romance, compassion and most paramount, love.”

“Eh? MasyaAllah…. Haha… Mana awak dapat tu Sarah? Haha. Ya Allah… Segannya” Muka terkejut plus gembira Shahrul memang memuaskan. Sarah yang baru sahaja habis membaca sebuah seksyen daripada Akta Undang-Undang Cinta turut tersenyum dan tertawa. Suaminya, sejak dia mula baca lagi sudah mula menahan ketawa.

“Kenapa awak gelak Shahrul? Awak rasa funny sebab saya dah jumpa Akta yang awak tulis sendiri ni eh? Haha.”

“Haha. No.. That’s not the reason. Saya ketawa sebab awak baca seksyen undang-undang macam doktor. Takde bunyi macam lawyer langsung. Haha”

“Heyy…” Sarah mencubit manja lengan Shahrul.

“Penat tau saya nak translate seksyen 22 tu. Awak kan tulis dalam bahasa melayu.”

“La… Kenapa tak sebut guna BM je then?”

“Sebab segan. Ada banyak perkataan cinta dalam Akta awak ni”

Wajah Sarah merah merona. Cinta. Perkataan itu sahaja pun mereka jarang sebut di antara mereka. Itulah Shahrul dan Sarah, pasangan suami isteri yang baru hendak belajar bercinta. Buat seketika ada ‘awkward silence’ dalam dapur itu.

“Now can I help you? I am legally allowed to do so you know. Haha”

“Okay, okay. Awak boleh tolong. Tu tom yam tu dah siap dah tu. Awak tolong masukkan dalam mangkuk kuah ye? Hidangkan kat meja makan nanti. Tom yam, your favourite kan?”

“Mana awak tahu?”

“Err… Saya call mak awak tadi tanya, I mean I called our mummy” Shahrul senyum simpul.

Sarah turutkan sahaja permintaan Shahrul. Diceduknya perlahan-lahan tom yam yang baru dimasak suaminya itu ke dalam bekas kuah. Ditoleh melihat suaminya. Masih khusyu’ memasak rending kering kegemaran dirinya sendiri. Ditatap wajah suaminya dalam-dalam dari jauh. Ada garis ketenangan di wajah itu. Di sebalik setiap kerjanya naik turun mahkamah, saat Shahrul tiba sahaja di rumah, senyumnya tak pernah lekang. Dengan segala kelembutan Shahrul banyak beralah, untuk memastikan Sarah selesa dalam rumah baru mereka. Rumahtangga mereka.

Dirangkul pinggang Shahrul daripada belakang. Sarah sangkutkan dagunya di bahu suaminya. Manja. Dipeluk lelaki itu betul-betul erat. Pelukan itu buat Shahrul terhenti seketika.

“Awak… Bila je awak tulis undang-undang cinta tu?”

“Masa saya final year dulu. Kelas Drafting. Lecturer suruh try enact satu akta. Sebab dunia kan makin moden. Makin banyak bidang yang perlukan undang-undang. So, saya rasa nak jadi outstanding sikit, saya pun tulis la undang-undang pasal cinta ni.”

“Haha. Okay… Lecturer awak terima pulak undang-undang cinta ni?” Terasa pelukan Sarah makin erat.

“Err… Tak. Saya kena redo balik assignment tu. Lecturer tu kata love can never be controlled. You can never dictate what love does and doesn’t”

“Awak setuju dengan kata-kata lecturer awak tu?”

“Not entirely. Bagi saya cinta itu adalah undang-undang. Mengikat setiap manusia dalam prinsip kepatuhan dan kehormatan. Menjulang nilai-nilai kemanusiaan, morality, keadilan, kejujuran dan keikhlasan. Dan semua ni asalnya daripada cinta. In my opinion, law is love. Tapi ni konsep undang-undang ideal saya je lah”

“Ye ke? Saya baca Akta-akta yang lain, takde timbul rasa cinta tu pun?”

“Law is not about reading acts and cases je Doktor Sarah. It’s more than that. Erm, saya terasa macam sesi memasak kita dah jadi kelas undang-undang pulak. Haha.”

“Bila awak tulis Akta tu kan…. Masa awak tulis tu… Awak tulis untuk siapa?”

“ Untuk awaklah”

“Ye lah tu”

“Iye… Tapi of course waktu tu kita belum kenal lagi. Haha”

Sarah diam sebentar. Ada sedikit riak sedih seakan terharu pada wajahnya. Pelukannya makin erat lagi.

“Doktor Sarah… Awak okay tak ni?”

Sarah masih diam. Seakan tidak mahu melepaskan Shahrul daripada pelukannya buat selamanya. Dan air matanya pun jatuh berjujuran. Pertama kali, air matanya tumpah dalam rumah itu. Pertama kali untuk seorang lelaki, kekasih hati. Seorang suami.

Shahrul terus memusingkan badannya menghadap Sarah. Sarah kini dihadapannya. Menangis dan tersedu-sedu. Menutup wajah mulusnya dengan tangan. Seolah-olah cuba menyembunyikan air matanya daripada terzahir. Kali ini Shahrul pula yang merapatkan kepala isterinya ke dadanya. Dipeluk isterinya penuh santun dan cinta. Tangannya menggosok lembut belakang badan Sarah. Seakan memujuk lembut.

“Sarah… Awak kenapa… Saya ada buat awak sedih ke?”

Sarah masih menangis. Esakannya tidak kuat tapi cukup mengharukan. Shahrul perasan Sarah menggeleng menafikan soalan tadi. Dalam pelukannya, Sarah respons lembut,

“Seksyen 37”

“Erm… Awak cakap apa je?”

“Seksyen 37….”

“Err… Which section ni?”

“Seksyen 37 Akta Undang-Undang Cinta awak tu la…” Kali ini suara Sarah naik sedikit. Seperti sedar suaminya sedikit mengusik dirinya. Shahrul terus membelai lembut isterinya. Dia menanti sambungan ayat itu.

“Dalam seksyen tu, awak tulis erti seorang zaujah bagi awak kan?”

“Ya”

“Saya ni… Tak penuhi ciri-ciri yang awak tulis tu kan?”

“Awak rasa macam tu ke?”

Dengan linangan air mata, dan kesedihan yang tak terbendung lagi, Sarah menjawab,

“Mestilah… Shahrul, awak tulis erti seorang zaujah bagi awak ialah someone yang akan bersama dalam perjuangan dakwah awak ni. Someone who can be your belahan jiwa. Seorang isterinya yang akan sentiasa di sisi suaminya. Menyintai dirinya sepenuh hati. Menerima kekurangan diri awak seikhlasnya. Berkongsi matlamat hidup. Jadi penyejuk di mata dan suri di jiwa. Cuba awka tengok saya ni. Masa kita nikah dulu, saya susah sangat nak terima awak seikhlasnya. Bila kita dah nikah, saya tak pernah nampak awak ke usrah atau mana-mana liqa’ yang awak bawa. Saya jadi buruk sangka. Anggap awak main-main dalam dakwah dan tarbiyyah. Bila saya balik kerja, mesti awak yang dah sampai dulu. Siapkan makan minum dalam rumah ni. Decorate rumah ni semua awak yang buatkan sebab awak faham saya busy dekat hospital. Tak pernah pun saya dengar awak merungut. Saya pun tak pernah nak buatkan air minuman awak. Saya tahu awak suka latte kan? Saya… Saya… Saya rasa saya bukan isteri yang baik. Bukan macam zaujah yang awak tulis dalam Akta awak tu. And macam mana saya nak terima kelemahan awak, kalau awak macam takde kelemahan langsung… Awak layan saya baik-baik semua… Awak…. Saya… Saya…”

Sarah kehabisan kata. Shahrul eratkan lagi pelukannya.

“Tenang ye Sarah”

Shahrul menyeka air mata isterinya.

“Jangan nangis ye awak.”

Shahrul membiarkan Sarah menangis semahunya. Melihat Sarah yang dalam pelukannya sudah tenang sedikit, Shahrul teruskan.

“Well, for starters you definitely can be a good lawyer. Baru sekejap baca awak dah boleh hafal akta tu eh?”
Sarah tergelak kecil. Dia menepuk manja bahu suaminya.

“Maaf ye Sarah kalau apa yang saya pernah tulis dulu tu buat awak tergguris perasaan. Saya tulis tu dulu sebab saya percaya itulah hakikat sebuah baitul muslim. Sebuah perhubungan yang dibina bertunjangkan cinta yang hakiki, cinta kepadaNya. Bukan sesama manusia. Sarah… Saya nak awak tahu, saya bukannya malaikat. Saya baaaaaannnnyyyyyaaaaakkkk sangat kelemahan. Banyak betul kekurangan. Mungkin awak belum nampak. Saya try my best untuk jadi suami yang baik. Yang sentiasa support perjuangan dakwah dan tarbiyyah kita. Mungkin awak busy, sebab tu kita belum sempat lagi nak get to know each other. Maybe saya tak pandai ambil hati awak lagi. Perkahwinan ni interaksi dua hati tau awak. I need you. I always need you. Jangan la cakap yang saya ni takde kelemahan tau. Kita berdua sama je. Hamba Allah yang banyak sangat dosa. Bi idznillah, insyaAllah kull khayr. At least, awak tak pernah buat saya menangis dekat dapur. Haha. Saya dah buat awak nangis teruk dah ni. I’m sorry eh Sarah”

Sarah eratkan pelukan kepada suaminya.

“Awak tahu kan saya sayang awak? Walaupun saya jarang lafazkan or maybe saya tak pernah cakap langsung. Maafkan Sarah ye. I’ll try my best to be the one for you as according to Section 37.”

“Haha. Kita usaha sama-sama ye? Saya pun, sayang awak sangat. Dah jom. Kita makan sama-sama meh”

“Can you just continue to hug me for another 5 minutes?”

“Yes, I can do that dear. In fact I can hug you forever. Tapi… Ni dah nak pukul 7 ni. Kejap lagi saya nak buka puasa ni. Kita kejar waktu mustajab doa sebelum waktu berbuka tu jom.”

“Okay my dear.”



Sarah iring suaminya ke meja makan. Semua lauk mereka hidang bersama. Menanti azan berkumandang.

“Saya doakan agar Allah sentiasa berkahi penikahan kita. Limpahkan kita dengan segala rahmat dan kasih sayangNya. Saya doakan Allah sentiasa jaga kita berdua. Saya doakan awak jadi dilindungi daripada sebarang keburukan. Moga kita berdua terus tsabat dan terus bercinta di jalan dakwah ini”

“Ameeen…”

Azan dilaungkan. Doa ditadah dan makanan dijamah.

“Awak… Tapi nanti next time saya je tau boleh masak. Lepas ni awak as suami yang baik kena ikut seksyen 22 tu eh. Awak boleh tolong je kat dapur. Saya jadi chef. Lagipun tom yam awak tak sedap sangat. Haha.”

“Heyy…”

Mereka berdua tersenyum. Bahagia meliputi setiap ruang dan masa. Waktu berbuka kali ini terasa luar biasa. Berbuka puasa bersama kekasih hati.

“Sarah… Hujung minggu nanti join saya pergi usrah saya yang saya bawak nak?”

“Eh? Usrah awak? Erm… Saya minta maaf tau, tapi saya tak pernah nampak awak ke usrah sebelum ni. Lepas kita dah kahwin ni pun, saya tak pernah nampak awak bawa anak-anak usrah awak datang rumah kita ni ke… Kenapa eh?”

“Sebab usrah yang saya bawa ni, anak-anak usrah saya ni saya boleh jumpa diorang sebulan sekali je”

“Eh?”

Sarah tambah terkejut mendengar jadual pelik usrah suaminya.

“Awak usrah apa je ni Shahrul?”

“Awak tahu apa tu COP?”

*********



Fazkuruni Azkurkum....

Wallahu khairul makirin...

Bersambung...

P/s: Maaf yang teramat sangat atas penerbitan bahagian ketiga yang sangat lewat daripada jadual. Namun Alhamdulillah... Allah masih beri jua masa. Untuk jemari terus menari di atas keyboard. Niat di hati untuk ditamatkan siri ini pada bahagian yang ketiga. But, terasa macam masih ada mesej yang perlu disampaikan melalui Undang-Undang Cinta ini. Masih ada yang perlu dikupas dalam kita menelusuri kisah cinta Shahrul dan Sarah. Semoga bacaan anda kali ini juga bermanfaat hendaknya.

Wassalam...


0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts