Baiklah, anda sedar tak hari ni hari ape?
Hari ni Hari Lahir Rasulullah tahu? 12 Rabiul Awal. Anda excited tak? Saya sangat excited tau. Seronok sangat sambut maulidur rasul ni. Kenalah happy kan, sebab hari ni birthday kekasih kita. Rasulullah lah kekasih kita yang paling setia sekali. Tak pernah sekali pun Baginda jumpa or tau sape kita ni, tapi sayangnya Rasulullah buat kita tak terhingga tau. Di sakaratul maut yang dah memang tersangat sakit tu pun, Baginda still ingat kat kita lagi. Malah, saya yakin, Rasulullah sangat rindukan kita. By the way anda tahu tak yang Rasulullah wafat pada tarikh yang sama, 12 Rabiul Awal jugak. Special kan tarikh ni?
Bangga dapat jadi umat Baginda ;) |
Rasulullah selalu ajar kita untuk jadi orang yang sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan godaan dunia ni. Tapi umat Islam sekarang dah jadi penakut, kecewa sikit straight nak bunuh diri. Ini ke ajaran Rasulullah? TAK kan? So kenape buat lagi? Rasulullah dan para sahabat lagi teruk ujian mereka. Dihina, diugut bunuh, dibaling batu dan dipulaukan, tapi Rasulullah cool je. Baginda sangat besabar. Kenape Rasulullah sanggup bersabar sampai macam tu sekali? Sebab Baginda selalu memikirkan kita. Risau dengan keadaan umat kita. Sanggup hadapi semua tu demi ummah. Kita ni nak turun ke masjid berjemaah pun belum tentu lagi. Kita ni selalu di hati Rasulullah tau.
Macho kan Nabi Muhammad s.a.w? Lagi macho daripada pelakon-pelakon korea or hollywood tu. Selama hidup Baginda yang 63 tahun tu, dah banyak Rasulullah lakukan untuk kemajuan umat Islam. Sehingga agama kita ni bertapak kukuh di muka bumi.
So, ape kah resolusi kita? Mudah je. Ingatlah Rasulullah dalam setiap langkah, tingkah dan perbuatan kita. Cuba fikir, Rasulullah sedih tak kalau kita buat macam ni? Dan jangan lupa amalkan sunnah Rasulullah sebanyak mana yang mungkin dan sila istiqamah tau. Kalau kita ada duit untuk message kawan2 sempena hari jadi diorang, maka sempena keputeraan Rasulullah ni, sila text orang2 terdekat anda untuk sama2 kita memperingat perjuangan Rasulullah. Kalau dapat free call lagi awesome sebab boleh call je kawan2 terus ajak sembang mengenai Rasulullah. Bukan time maulud je tau? Or nak lagi senang, selawat ke atas Rasulullah banyak2. Ingat Rasulullah from dulu, kini dan selamanya...
Salam cinta dari seorang umat.... Moga rinduku membawa ku ke syafaatmu....
Wassalam...
0 comments:
Post a Comment