Bersesuaian dengan tajuk entry ni, saya teringin nak memperihalkan sedikit tentang satu minggu penuh excitement yang telah saya lalui ni. Kita mulakan minggu ini pada hari rabu yang lalu, pada tanggal bersejarah 22 Febuari 2012, di mana seorang insan bernama saya telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 19. Alhamdulillah dan besar panjang lebar dah saya ni. Bukan selalu kita berumur 19 ni. Sambutan tahun ni cukup sederhana macam tahun2 yang lalu. Buat jamuan sikit dengan kawan2 bilik dan diikuti oleh sesi muhasabah diri sendiri. Hadiah tahun ni cuma sehelai tie hijau from mama dan ayah serta sebuah suprise yang amat mengharukan from dia. Jujur menangis air mata haru masa menghayati pemberian tu. Sangat sweet. Apepun, saya cuma mintak hadiah yang terbaik from Allah untuk Dia kurniakan saya rahmat melihat wajahNya suatu hari nanti. Permintaan saya buat semua yang lain, doakanlah saya agar terus kuat melangkah di jalan Allah ni. Dan jutaan terima kasih buat mereka yang wishkan saya happy birthday. You guys are awesome kerana menyayangi dan menyenangkan hati saudara kita ialah sunnah Rasulullah. Tahniah sebab mengamal sunnahnya...
Event seterusnya ialah pada keesokan hari tersebut, saya dan krew2 yang setia telah berkunjung ke Concorde Hotel Shah Alam untuk mengemas ballroom untuk Asasi Grand Dinner. Memang tak tahan sangat mase stay tu sebab pihak hotel tak benarkan bukak air conditioner lagi. So terpaksalah berpanas pada malam tu. Saya pulak sibuk sedaya upaya untuk stay up sampai subuh namun akhirnya tumbang jugak pada jam 4 pagi di surau Concorde.
Penat tak tdo semalaman tu tak abis lagi, dah terus paksa diri ini untuk meghadiri rehearsal penuh pagi esoknya. Memang rehearsal mcm terabur sangat tapi alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Malam tersebut, 24 Febuari telah berlansung majlis makan malam dengan penuh gilang gemilang. Dengan theme 'An Evening in Paris' yang mula rase macam impossible je nak buat tapi akhirnya menjadi jugak. Seronok sangat. Cuma kurang sikit sebab terpaksa duduk kat meja VVIP so terlepas la banyak peluang untuk bergambar dan bersosial. Tapi saya masih lagi rase bersykur yang teramat awesome, Allah swt lindungi kami berdua malam tu dari perkara mungkar. Hampir saje diri ini tak mampu menahan godaan duniawi pada malam tu. Tapi sebab ade orang tu constantly remind supaya jage mata and jage hati maka terjagalah diri ini pada malam tersebut. Alhamdulillah.
Akhir kata, ingatan saya buat semua ialah never be afraid to dream and always be brave to strive for it.
Dan hendaklah kamu bertolong tolongan untuk melakukan kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong tolongan dalam melakukan dosa dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya, Allah Maha Berat Azab SeksaNya.
(Surah al -Maidah : 2)
And many thanks to my committee for being too awesome and dedicated throughout all the events. I will always pray that we will have another chance to work together again. May Allah repay all of your good deeds.
Wassalam...
0 comments:
Post a Comment