Allah... Kenapa saat ini dan ketika aku terasa amat jauh daripadaMu?
Apakah benar Engkau sedang meninggalkan ku?
Tidak.
Aku yakin Engkau sentiasa dekat.
Mungkin aku yang sedang cuba menjauhi, sedangkan Kau sentiasa hampir
:'(
Tuhan...
Aku tahu Engkau telah melihat
Betapa seronoknya aku dibuai dunia
Gembiranya aku berselimutkan maksiat
Beraninya aku mengusahakan kemungkaran
Kufurnya aku mendustai nikmat
Allah... Aku tahu Engkau telah melihat
Dan Tuhan terus melihat
Tuhan...
Aku tahu Engkau telah mendengar
Saat aku datang membawa taubat
Menadah tangan memohon keampunan
Bersujud lama dengan keringat yang ada
Kerana fitrah seorang pendosa
Harus kembali kepada Yang Mencipta
Sedangkan esok, belum pasti taubatku kekal berpanjangan
Sedangkan esok aku kembali bermain di jurang maksiat
Allah... Aku tahu Engkau telah mendengar
Tak pernah bosan melayan kerenah hambaMu yang derhaka ini
Sedangkan Engkau telah melihat
Dan Tuhan terus melihat
Tuhan...
Aku tahu Engkau telah berjanji
JanjiMu
Manusia itu khalifah
Islam itu benar
Sabar itu ikhlas
Syurga dan neraka itu benar
Mati itu pasti
Akhirat itu kekal
Dunia ini mati
Setiap amal bakal dihitung
Setiap dosa bakal ditayang
Tiada tersembunyi
Semuanya terzahir
Allah... Aku tahu ini janjiMu
Sedangkan Engkau telah melihat
Dan Tuhan terus melihat
Di mana janji dan taubat yang manis meniti di bibir?
Di mana mujahadah tegar yang menari di hati?
Di mana sabar dan ikhlas yang ditunjuk-tunjuk dan dibangga-banggakan itu?
Di mana diri ini hendak menahan malu?
Di mana diri ini hendak selindung takut?
Saat Tuhan Yang Maha Melihat
Melihatkan kepadaku apa yang dilihatNya!
Dan Tuhan terus melihat...
Wassalam.
18.3.2014
03:44am
0 comments:
Post a Comment