Alhamdulillah wa syukurillah wa la ila ha illallahu Allahu Akhbar...
Fuyoo.. Lama sangat dah rasanya tak conteng apa-apa dekat blog hijau ini. Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, kalau saya tidak menulis apa-apa dalam masa yang terdekat, malas update blog, maknanye memang saya sedang mengalami konflik dalaman, hati tidak tenteram dan iman makin menjunam turun ke gaung kefuturan dengan kelajuan cahaya. Begitulah penangan bercuti di rumah, habis semua tunggang langgang, dakwah dan tarbiyyah habis dicampak jauh-jauh. Rugi sangat. Bahkan, diri ini alpa malah buat-buat lupa masa bercuti yang digunakan sepenuhnya untuk bersama family itu, rupanya medan dakwah untuk menyampaikan shahadatul haq buat keluarga tercinta... Oooiii... Rugi sangat woiiii...
Cuti saya yang lansung tidak selamat... Err.. :'( |
Sepanjang cuti yang lalu, tidak banyak perkara yang saya lakukan. Bangun pagi, bersihkan muka daripada air liur basi dan terus meluru ke kedai makan milik bonda dan ayahanda tercinta. Duduk di kedai tanpa sebarang tv mahupun internet connection memang sangat-sangat menyeksa jiwa. Tak senang duduk lansung. Tetapi Allahu dah sediakan peluang dan ruang masa yang terbaik untuk membaca, paling tidak pun amik kesempatan untuk membelek semua buku fikrah yang dibeli dengan penuh minat dan satu pun belum habis baca tak sudah. Aiyooo.... Lalu, tempat cashier kedai itu telah menjadi mini library saya sebentar dan bertimbun dengan buku-buku agama khas untuk menampar jiwa dan membuatkan iman anda bergetar. Dan satu lagi perkara menarik dalam menjaga kedai atau berkedai ini, tentu sekali sangat bagus untuk mendidik jiwa hamba anda. Bayangkan setiap hari harus angkat sisa makanan, pinggan dan gelas kotor, mop kesan tapak kasut yang kotor, bersihkan bekas habuk rokok, buat air untuk orang lain, hidang makanan buat orang lain... Semua ini sangat mendidik jiwa kita supaya merendah diri tidak sombong dan sedar hakikat kemanusiaan kita.
Saya telah bertindak cemerlang selaku waiter yang mantap. Saya datang menghidang makana rohani buat iman anda. Hehe |
Membuat teh tarik sangat-sangat memerlukan bakat. Susah nak buat buih tuuu... Hehe.. |
Menghabiskan masa di dalam kereta sangatlah bosan tanpa teman, dan memang radio sangat jarang saya bukak sebab saya memang kurang gemar sikit nak dengar radio. Saya lebih suka bersembang dengan mereka-mereka yang berada bersama-sama di dalam kereta. Allahu rabbi, satu hari ini selepas pulang mengambil kereta di bengkel, saya tergerak hati nak mendengar siaran radio IKIM.FM. Sebuah pengisian yang menarik sedang berlansung dalam slot Usrah Nurani. MasyaAllah, saya sangat-sangat bersetuju dengan pandangan uztaz tersebut. Dia mengelar syaitan ini sebagai Delay Master. Saya terangguk-angguk setuju bila uztaz tersebut berkata, "Syaitan ini tidak akan suruh kita jangan bertaubat, sebab memang fitrah manusia untuk kembali dan bertaubat juga akhirnya. Tapi syaitan akan cucuk jarum dia sikit-sikit suruh kita lengah-lengahkan taubat kita". Benar bukan? Sebab itulah sangat-sangat sukar buat kita membina sebuah taubat nasuha yang mantap dan istiqamah. Mungkin ini yang perlu kita ingat setiap kali kita mahu lambat-lambatkan taubat kita. Takut tak sempat pulak nanti. Taubat memang bukan satu urusan yang boleh kita nak procrastinate.
Sekarang ini saya telah selamat kembali semula ke Universiti Malaya meneruskan lagi saki-baki kehidupan. Saya sangat sangat mencemburui mereka yang cemerlang dalam exam mereka baru-baru ini. Seharusnya saya, seorang yang mengakui kepentingan misi dakwah dan tarbiyyah ini lebih cemerlang lagi agar dapat tunjukkan qudwah yang hasanah buat mereka yang lain.
Sejujurnya, saya belum puas bercuti.
Moga Allah redha...
Wassalam...
0 comments:
Post a Comment