Entry asal post ini telah saya tuliskan di http://muzaffar-zerosixten.blogspot.com/
*Nota kecil : Malam Seribu Bintang atau nama singkatnya MSB merupakan sebuah majlis tahunan SMS Muzaffar Syah (MOZAC) yang diadakan khas untuk meraikan para pelajar tingkatan lima serta mengiktiraf kejayaan cemerlang pelajar dalam pelbagai peringkat. Malam Seribu Bintang juga merupakan acara kemuncak bagi setiap tahun sebelum melabuhkan sesi persekolahan pada setiap tahun. Mulai tahun 2010, secara rasminya, Malam Seribu Bintang ditukar nama kepada Malam Anugerah Muzaffar.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakhbar. Jom, kita zikir banyak-banyak :) Bukankah berzikir dalam bulan Ramadhan ni tuntutan? Ingatkan orang-orang di sebelah anda untuk berzikir bersama.
Ehem, seperti tahun yang lepas, Ramadhan kali ni terasa sangat cepat berlalu, lebih-lebih lagi bila OHANArians jauh disisi. Dah takde lagi orang nak teman saya tadabbur Al Quran waktu tengah malam sebelum start stay up study semua, and dah takde jugak orang-orang yang caring selalu tanya bacaan quran saya dah sampai juz berapa, sentiasa meningatkan saya azam untuk habiskan bacaan Quran dalam bulan Ramadhan. Dah takde lagi dah orang-orang tu semua. Yang paling terkilan sekali, dah takde dah jugak orang-orang yang nak tolong kejutkan saya buat Qiamulail sama2 sampai terpaksa tidur atas lantai sejuk musolla, yang penting dapat bangun qiam dalam bulan puasa.
Rindu Jemaah ni... |
Alhamdulillah, sekarang ni kita dah berada dalam fasa terakhir bulan Ramadhan al Mubarak. Tinggal sepuluh hari je lagi. Macam mana Ramadhan kita? Ok ke tak? Lupakan persoalan tu semua, yang dah terlepas pergi biarkan berlalu dan kita fokus dekat 10 hari terakhir ni. Dalam sepuluh hari terakhir, pesan Rasulullah, Allah s.w.t akan menyediakan suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, Malam Seribu Bulan yang ternyata lagi best daripada Malam Seribu Bintang kita kan?
Menepati tujuan entry ini, saya nak berbicara sedikit tentang Malam Seribu Bulan ni, Lailatul Qadr, dan kita bandingkan eh dengan sambutan Malam Seribu Bintang kita dulu? (Saya tahu sekarang ni Malam Seribu Bintang dan tukar nama jadi Malam Anugerah Muzaffar, tapi nama baru tu tak dramatik. Hehe.) Kita buat comparison sikit eh?
Malam Seribu Bintang.. Malam yang indah... |
Kita bandingkan lagi, dulu masa nak Malam Seribu Bintang, kecoh kita semua decide nak pakai apa untuk malam tu. Iyelah, orang nak raikan kita kan? Mestilah kita nak nampak smart dan the best pada malam tu. Kita sibuk bincang nak pakai kemeja ke, baju melayu ke, suit ke, vest ke. Yang muslimah pulak sibuk fikir nak make up macam mana nanti, baju kurung or baju kebaya, jubah ke tidak. Kalau ada yang pakai purdah mesti sweet :) Begitu sekali kita mengharap kepada Malam Seribu Bintang tu, sampai kebanyakkan pakaian malam tu semuanya ada bau kedai lagi. Hehe. Semuanya brand new. Err, saya beli baru ke tak? Hehe, saya beli tie baru je, cukuplah. Malam tu F5 mesti nak nampak lagi stylish daripada batch lain kan? Junior takkan nak steal the show pulak?
Kalau Malam Seribu Bintang kita nak smart, Malam Seribu Bulan perlu lebih smart lagi :) |
Masa Malam Seribu Bintang dulu, kita seronok tangkap-tangkap gambar semua. Excited tak ingat dunia. Takpelah menurut kita, once in a lifetime experience katanya - -' Oleh itu kita pun mesti jadikan Lailatul Qadr ni excited macam tu jugak. Yang ni memang confirm once in a lifetime experience. Siapa boleh jamin yang dia dah bertemu dengan Lailatul Qadr? Anda yakin dah bertemu? Oleh tu dalam sepuluh malam terakhir ni jomlah kita beribadah sampai tak ingat dunia :) Tolak urusan dunia kita jauh-jauh sebentar, dan tumpukan malam kita untuk date dengan Allah. Panjatkan doa kita, pohonkan taubat daripadaNya. *Jangan lupa doakan saya sekali k? :)
Seronoklah kalau ramai-ramai macam ni ready for Qiamulail... |
Maka tunggu apa lagi, cepatlah rasa excited dan tingkatkan ibadah anda untuk 10 malam yang last ni. Eh kejap, takkan nak sorang2 je? Kita ni kan OHANA. Adik beradik sampai akhirat. Never be apart and never be forgotten kan? Jadi jomlah kita raikan bersama.
1. SMS kawan-kawan, kejutkan qiam. Lebih sweet lagi bila anda sanggup call demi nak beribadah sama-sama.
2. Hantar tazkirah ringan dekat kawan-kawan. Mesej raya pun ok, tapi selitkan jugak nilai-nilai dakwah tu, paling best kita ingatkan kawan-kawan kita tentang kematian eh? Kalau Malaikat Maut visit kawan kita 70 kali sehari, logik jugak untuk kita ingatkan kawan-kawan kita tentang kematian 70 kali sehari. Hehe :)
3. Paling penting doakan sahabat kita semua. Kita dah jauh terpisah. Dah tak hidup sebukit. Doa je penghubung kita semua. Saya amik ruang mintak anda semua doakan saya eh :)
4. Ingatkan kawan-kawan kita tentang Lailatul Qadr, biar semua rasa excited.
Selamat beramal OHANArians. Jom Lailatul Qadr ramai-ramai. Mari masuk syurga sama-sama :)
Diriwayatkan dari Aisyah radhiAllahu 'anha oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga Turmudzi yang menyatakan sahnya, katanya: "Saya bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malamjatuhnya Lailatul-Qadr itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?" Maka ujar Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam: "Katakanlah:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini."
-Ramadhan, bukan sekadar berbuka puasa-
Wassalam...
0 comments:
Post a Comment