Assalamualaikumwarahmatullahiwabrakatuh. Alhamdulillah Ya Allah, seminggu yang penuh proses tarbiyyah telah selamat hamba ini tempuhi. Tentunya dengan berkat hidayahMu serta pertolongan daripada hamba hambaMu yang selalu ingat kepadaMu. Terima kasih untuk dia dan Alhamdulillah wa syukurillah buat diriMu. Mulai saat ini, saya berdoa agar Allah selalu memberi ujian agar saya selalu ingat kepadaNya. Bimbinglah saya dengan apa cara sekalipun, asalkan kebahagiaan hakiki di akhirat sana saya peroleh. Bantu diriku Ya Allah. Sesungguhnya yang baik dan buruk itu, kedua-duanya datang daripadaMu.
Baiklah, bawah ni ialah sebuah lirik lagu berkenaan jalan yang sumpah panjang dan jauh ini. Jalan indah dinamakan dakwah dan tarbiyyah. Jalan yang menjadi amanah buat semua umat Muhammad. Lama dah lagu, munsyid dia group Saujana. Dulu masa kecik2 dengar tak faham apapun, sekarang ni bila dengar nak menangis meraung pun ada. Entry kali ini biarlah pendek sahaja ye. Boleh carik lagu ni kat youtube.
And yes, lagu ni khas buat anda yang berada di jalan dakwah dan tarbiyyah ni. Sungguh, diri saya ini pun belum betul2 lagi berada di landasan ini. Bawalah dan bimbinglah saya ye? Jazakallahu khairan kathiira...
Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
Jalan ini tentulah terlalu jauh akan tetapi ini jalan paling lurus ke jannah :) |
Wassalam....
0 comments:
Post a Comment