Friday, March 23, 2012

 12:56 AM   Anonymous      No comments

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alamdulillah Ya Rabbal Alamin atas setiap denyut nadi dan setiap helaan nafas yang tak putus2 engkau kurniakan pada hambaMu yang selalu alpa ini. Moga hati dan jiwa terus tetap dan teguh di atas jalanMu. Amin.

Seperti biasa, saya mohon seribu kemaafan atas kelewatan menulis di blog, biarpun terkadang tertanya ade ke orang yang singgah sini untuk baca blog hijau kesayangan saya ni? Semua yang ditulis di sini, baik yang berunsur peribadi ataupun untuk kebaikan ummah, semuanya saya niatkan kerana Allah. Pandangan Dia jauh lebih utama. Moga penulisan penulisan di sini jadi bekalan jawapan saat Allah bertanya akan contributions ape kah yang telah saya lakukan untuk Islam?

Tertangguh selama 9 hari lebih, tentunya sebab diri ini sedang ligat berjuang menghadapi soalan soalan examination yang memang menyeronokkan. Haha. Maka saya jadikan ini alasan untuk berehat sebentar daripada blogging. Memandangkan hanya tinggal 2 papers sahaja lagi yang tinggal, maka eloklah saya menulis sedikit dekat sini. Lagi beberapa hari lagi, saya akan graduate from dunia asasi undang undang, check out from Kolej Perindu, dan keluar dengan hormatnya daripada UiTM Shah Alam. Tak sabar dan sedih pada masa yang sama, but more on that later k?

Menempuh minggu exam ni, memaksa saya untuk sering mencari waktu untuk bersendiri sebentar setiap hari dan saya setiap hari berkunjung ke Pusat Islam sekarang di antara waktu maghrib dan isya’ untuk berehat sebentar dekat sana. Hari ini, waktu nak pulang, saya ambil satu risalah yang disediakan dekat masjid tu. Risalah berwarna hijau, putih, merah dan hitam. Empat kaler ni memang patut jadi concern utama kita sekarang. 4 warna ni kan warna bendera Palestine? Cuba anda ingat balik.


Baiklah, risalah yang saya ambil tadi ialah berkaitan dengan event besar besaran bertaraf international yang akan berlansung pada 30 Mac ini. Anda sedar tak event ape ni? Saya pun tak sedar, sehinggalah saya baca sebuah entry dekat blog Diari Bulatan Gumbeera. Untuk mendapatkan ayat ayat sentap berkenaan kesedaran kita akan event ini, boleh la layari blog pemilik diari bulatan gumbeera tu dekat sini. http://takemealone12.blogspot.com/2012/03/satu-perkara-orang-tak-tahu.html


Pada 30 Mac ini akan diadakan sebuah acara untuk ummah yang dinamakan Global March To Jerusalem aka GMJ. Dekat Malaysia kita panggil dia MyGMJ. 30 Mac ini telah pun dipilih sebagai Hari Tanah Palestin. Tujuan utama programe ini ialah untuk menunjukkan perpaduan kita ummat Islam dengan masyarakat Palestin dan untuk melindungi Baitulmaqdis sebagai kota suci. Rasenya, tak perlulah saya bercerita panjang tentang apa yang sedang berlaku di Palestine kan? Anda semua dah sedia maklum. Kalau tak tahu lagi, sila ketuk kepala anda, tampar muka sendiri sebab tak pernah nak sedar akan isu ummah. Selepas tu boleh tanya Mr Google kalau nak tahu.

Perarakan ni akan berlansung secara besar besaran di Asia, Afrika, Eropah, Amerika, dan Australia untuk menuju ke Palestin dan akan berakhir setelah tiba di Baitulmaqdis. In addition, demostrasi secara aman akan dilaksanakan jugak di depan kedutaan besar Israel dan di bandar Bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Kenapa saya menulis tentang perkara ni? Kerana saya seorang Islam. Dan saya sumpah tak rela melihat saudara saya diseksa setiap hari tanpa sebarang pembelaan daripada saudaranya sendiri yang bernama saya itu. Saya masih teringat sewaktu ceramah Palestine di MOZAC dulu. Penceramah bertanya siapa yang kat sini dah ready nak berjihad dekat Palestine? Saya terdiam menunduk tak angkat tangan. Malah seingat saya Cuma ada seorang je yang angkat tangan.



“Penakutnya awak ni Ahmad Azri… Nama je kekuatanku, tapi bila mintak bela ummah, jadi penakut pulak,” kutuk saya kepada diri sendiri.

Ini langkah saya untuk bantu mereka di sana. Saya pun tak tau kalau usaha ni dah cukup ke tak. Sudah tentu tak cukup lagi. Apa saya nak jawab depan Allah nanti? Apa saya nak jawab dekat saudara mara Palestine kita tu nanti? Anda boleh tolong saya jawabkan? Saya tak ada jawapan untuk persoalan ini.
MyGMJ sediakan beberapa langkah untuk kita sekurang-kurangnya berusaha membantu mereka. Nak suruh berperang, saya pun tak tahu cukup tak keberanian saya untuk peperangan. Antara perkara yang disyorkan :
1.       Menyertai MyGMJ atau pertubuhan yang bersekutu dengannya
2.       Menghebahkan aktiviti MyGMJ
3.       Boikot semua barangan Israel termasuk perlancongan, kebudayaan dan sukan. Maklumat lanjut dekat kempen BDS (Boycott, Divestment & Sanctions)
4.       Nyatakan pandangan anda kepada media
5.       Sokongi pelbagai projek rakyat Malaysia di Palestine untuk membina semula ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Palestine.


Ingat baik baik ye, Allah tu Maha Adil. Dia pasti akan mengadili kita nanti. Ummah kita, tanggungjawab kita. 

“Mungkin yang bersalah hanya segelintir, akan tetapi yang bertanggungjawab adalah semua orang”
-Abraham Joshua Heshel-

Wassalam...

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts