Merujuk kepada tajuk entry ini, it might sound kinda familiar. Para Pencari Tuhan ialah tajuk sebuah drama siri Islamik Indonesia, I guess. Saya tak pernah tengok, cuma pernah nampak iklannya sahaja. Oh and I again, saya tidak berniat untuk menilis apa-apa yang berkaitan dengan drama itu. I'm gonna write something in general. Sebagai orang Islam dah menjadi kewajiban buat kita untuk recognize Allah as the Only God in the entire universe. Allh pencipta kita, dan kita bergerak di muka bumi ini sebagai hambaNya sambil memikul amanahNya yang cukup berat itu. Atas segala pemberiaan Yang Maha Pemurah tu, amatlah wajar buat kita ini ikut perintahNya dan tinggalkan jauh2 laranganNya. Mudah bukan? Senang je guideline yang Allah sediakan untuk kita. Ikut je la, selamat dunia akhirat. Allah siap janji ganjaran yang besar lagi tau, tak lain tak bukan Jannah yang indah sekali. Indah sangat, sehingga tiada perumpamaan untuknya di dalam dunia sementara ni. Tak terbayang tetapi selalu diidamkan.
Sadly though, keadaan masyarakat kita sekarang tidak berlandaskan fitrah, tetapi sebaliknya. Terasa lebih seronok untuk mengerjakan laranganNya dan rasa lesu bila nak laksanakan perintahNya. Manusia, manusia. Memang tak pandai ikut arahan dan tak berapa nak handal dalam menghargai. Tapi itu bukan excuse kita untuk menderhaka ye. Kita orang Islam dan agama kita penuh dengan peradaban bukan kehuru-haraan. Seorang kawan saya bagitau, masalah masyarakat kita letaknya pada akidah kita. Betul tu, tepat sekali apa yang dia cakap, 10 markah untuk dia. Jom kita telusuri sikit ye, memang tak cukup sekadar mengakui Allah itu ada. Malah kita perlu merasai kehadiran Allah. Setiap saat seharusnya kita merasai Allah itu begitu hampir dengan kita. Sebab tu la diri saya sendiri pun mencari-cari di mana Tuhan itu sebenarnya? Jawapan dia mudah je, Allah itu sangat dekat bahkan lebih dekat daripada jantung yang berdenyut tenang. Dekat sekali sehingga mereka yang dekat denganNya terasa aman dan sejahtera sekali. Allahu, apakah aku ni dekat denganMu? Moga didekatkan sehingga tidak terlalu jauh menyimpang. Segala kemungkaran yang kita lakukan ni ada satu sebab je; kerana kita berada jauh sekali daripadaNya. Jauh sangat-sangat. Diri ini pun terkadang terasa jauh daripadaNya. Berada dekat denganNya mampu membawa seribu kebaikan dan berjauhan denganNya hanya membawa kemusnahan. Bila berjauhan denganNya rindu-rindulah Allah dan berjalanlah ke arahNya kerana pasti Allah akan berlari ke arah kita. Jadilah kita dalam golongan pencari Tuhan agar kita sentiasa bersemangat mengejar redhaNya. Fikir-fikirkanlah. Selamat mencari.
Wassalam...
0 comments:
Post a Comment