Sunday, July 4, 2010

 9:02 AM   Anonymous   , ,    No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Amin, Amin Ya Rabbal Alamin. Allah yang menggengam jiwaku, tabahkahlah hatiku. Moga aku dalam kalangan hambaMu yang sejahtera di dunia dan akhirat. Posting kali ini, saya pun tak pasti nak tulis apa, so akhirnya saya decide untuk sum up apa yang dah berlaku dalam hidup saya setakat ini sepanjang beberapa minggu yang lalu. Mulakan dengan Alhamdulillah, result exam kali ni maintain lagi, 3A 4A- 1B+ 1B... Haha, sekarang ni bila dah tinggal beberapa bulan je lagi before SPM baru nak rasa yang A+ tu tersangat susah. Allahu... Kawan-kawan yang lain dah jauh ke depan, saya bila lagi tak tahu lar.. Lebih tinggalkan segala aktiviti2 ni semua dan fokus untuk SPM je lepas ni. Bio ngan Addmath, you make me suffer.

Next event telah bertempat di SDAR, Seremban tempoh hari di mana telah berlansungnya Karnival Wind Orchestra SBP dan Kluster. Inilah kali pertama dan terakhir saya bertanding untuk pertandingan ni. Memang happening, bukan apa sebab kat sini untuk kali yang kedua Allah telah pertemukan saya dengan kawan baik saya yang solehah. Lama tak jumpa dia, bila dah dapat tatap wajahnya rasa bersyukur sangat. Banyak yang kami bualkan sampai terlupa dah tiba waktu untuk keputusan pertandingan diumumkan. MOZAC, untuk tahun yang kedua dapat Silver lagi... Tak kisah sangat menang ke kalah, just happy dapay jumpa kawanku yang solehah tu...

Lastly ialah the end. The end bagi karrier pengawas saya selama 4 tahun lamanya. Perkara ini bermula dengan interview calon2 pengawas yang telah saya jalankan beberapa hari yang lalu. Ok, calon2 ni semuanya cikgu yang pilih dan ada sedikit saya yang tambah. Masa interview mereka ni saya lebih banyak gelak dan cerita pasal pengalaman saya. Bukan tak nak jadi serious but, saya x nak pengawas-pengawas yang akan datang ni pressure lak. Berdasarkan apa yang saya nampak, yeah, MOZAC will still survive. Hari Jumaat yang lalu pulak, sewaktu perhimpunan pagi, saya telah menyampaikan ucapan terakhir saya selaku KP yang mengandungi penghargaan, ucapan minta maaf kepada semua pihak, dan amanat2 terakhir dari saya. Sebenarnya pihak sekolah belum lagi mengumumkan tamatnya tempoh kepemimpinan saya but saya rasa dah tiba waktunya untuk F4 mengambil alih. Allahu, saya harap ucapan terakhir saya dapat tunaikan segala amanah saya. Saya gak sedar yang saya cuma hamba Allah yang hina je, x banyak perubahan yang telah saya lakukan. Moga the next KP akan jadi lebih baik. Amin. sekian, wassalam...

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts