Sunday, August 5, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Dush, I've been leaving this blog without proper care  for a while. It's ironic when Ramadhan supposed to make me feel so free while in fact I have been dreading to catch up with everything. But, it's good as I can really really teach myself to appreciate every single second especially the time I have to recite the Holy Quran. The tranquility and serenity are priceless to begin with. Oh Allah, how I wish Ramadhan is here to stay forever. I kind of wonder if I could reach it again next time around....

Truth to be told, I enjoy shutting myself, locking myself in my small room and not to mention I kinda develop a habit to sit in a corner and read. It's a good thing I guess except for the part where I am officially socially inactive. Well, well in less than a month, I'll be back into university, pursuing my dream to become Malaysia's youngest Attorney General :) But after everything that had been going around, I don't really feel enthusiastic to be back to the campus life that I used to miss. I prefer to satay home.

This behavior of mine suddenly create an urge for me to go around the world, sightseeing. I wanted to visit many places and on top of them is the visit the mosques around the world. Being in a mosque really have a special effect in me. I really should make a mosque as my second house. Oh well, enough of the blabbering, let see the few mosques that I wish to visit ;

Al Masjid Al Haram, Mekah. See, I want to be one among them
Floating Mosque, Jeddah
Masjid Al Aqsa. By now, muslim should be able to differentiate between the real al aqsa and the dome of rock right? 
Al MAsjid An Nabawi
Masjid Omar Ali Saifuddin, Brunei
Faisal Masjid, Pakistan
Great Mosque of Paris, France
Kul Sharif Mosque, Russia
Al Saleh Mosque, Yemen
Sheikh Zayed Mosque, UAE
Oh Allah. I really wish to visit all these places, to pray at least once in each of them. Please make it true Allah. By the time being, we should make visiting the mosque nearby our own neighbourhood as our regular activity.


Wassalam...

Thursday, July 26, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Here, a cool islamographic to be shared :) http://www.islamographic.com/



On the authority of Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him) from the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him), who said:
“A prayer performed by someone who has not recited the Essence of the Qur’an (1) during it is deficient (and he repeated the word three times), incomplete.”
Someone said to Abu Hurayrah: [Even though] we are behind the imam? (2)
He said: Recite it to yourself, for I have heard the Prophet (may the blessings and peace of Allah be up on him) say:
“Allah (mighty and sublime be He), had said: ‘I have divided prayer between Myself and My servant into two halves, and My servant shall have what he has asked for. When the servant says: ‘Al-hamdu lillahi rabbi l-alamin’ (3), Allah (mighty and sublime be He) says: ‘My servant has praised Me.’ And when he says: ‘Ar-rahmani r-rahim’ (4), Allah (mighty and sublime be He) says: ‘My servant has extolled Me,’ and when he says: ‘Maliki yawmi d-din’ (5), Allah says: ‘My servant has glorified Me’ - and on one occasion He said: ‘My servant has submitted to My power.’ And when he says: ‘Iyyaka na budu wa iyyaka nasta in’ (6), He says: ‘This is between Me and My servant, and My servant shall have what he has asked for.’ And when he says: ‘Ihdina s-sirata l- mustaqim, siratal ladhina an amta alayhim ghayril-maghdubi alayhim wa la d-dallin’ (7), He says: ‘This is for My servant, and My servant shall have what he has asked for.’



It was related by Muslim (also by Malik, at-Tirmidhi, Abu-Dawud, an-Nasa’i and Ibn Majah)


Wassalam....

Monday, July 23, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah Ya Rabbi, tiada kata dapat melakar rasa syukurku padaMu. Tiada daya di dunia ini selain kekuatanMu. Sungguh Kau penuhi lagi permintaan hambaMu ini untuk sekali lagi merasa kebahagiaan dan nikmat Ramdhan. Sejak masuk je Ramadhan terus terasa rahmatNya melimpah-limpah. Hebat sekali kekuasaanMu.

Alhamdulillah sampai juga saya ke R&R Ramadhan. Rahmat dan Redha. Ada ruang untuk berehat dari mehnah kehidupan ni.



Sejujurnya saya sangat mengharapkan Ramadhan tahun ni. Entah kenapa, bulan Ramdhan ini sungguh terasa kemuliaanNya, terasa bulan ini lebih bermakna daripada bulan-bulan yang lain. Setiap hari dalam Ramadhan menjanjikan rahmat yang begitu luas. InsyaAllah bulan puasa ni, kita boleh gunakan untuk membina asas amal yang lebih mantap biar kita dapat teruskan istiqamah kita dalam bulan-bulan yang akan datang.

Sejak saat pertama menjejak Ramadhan, semua umat muslim perlu memburu keistimewaan Ramadhan. Perlu progresif dan proaktif untuk mencari Lailatul Qadr, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Kenapa Allah sediakan malam yang istimewa ni? Mudah. Sebab umat Muhammad umurnya sangat pendek kalau nak dibandingkan dengan umat-umat yang terdahulu. Makanya, Allah sediakan sebuah malam untuk kita reload ibadah kita sebanyak-banyak yang mungkin. Maka rebutlah. Baginda junjungan kita kan pernah pesan, Rejab ialah bulan Allah, Syaaban ialah bulan nabi dan Ramadhan al-Mubarak ialah bulan hamba-hambaNya. Wah, wah mantapnya cinta Allah, sampai disediakan bulan untuk para hambaNya. Cinta kita pada Allah pula bagaimana?





Berada di dalam Ramadhan itu sendiri ialah sebuah rahmat. Maka berbanggalah! Kerana kita masih lagi diizinkan Allah untuk hadir ke dalam bulan penuh kemuliaan ini, Alhamdulillah. Namun, segelintir umat islam masih merasakan Ramadhan sebagai hari hari yang biasa. Kehadirannya tidak dinanti dan pemergiaannya tidak ditangisi. Saya percaya, golongan ini tidak peduli kerana mereka tidak tahu keistimewaan Ramadhan dan mereka tidak tahu bagaimana hendak bertindak dalam lingkung masa Al-Mubarak. Ingatlah, Ramadhan bukan bulan biasa dan puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Ianya lebih dari itu.


Di sini saya kongsikan beberapa hadith yang berkaitan dengan keberkataan dan kebaikan bulan Ramadhan;



Hadith 1


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."   

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."




Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."



Dipetik dari www.ibnushukran.com

MasyaAllah begitu sekali bulan Ramdhan ini dumuliakan malah disediakan khas buat hamba Allah. Maka, mengapa masih perlu bertangguh? Mengapa masih mahu berlengah, jomlah kita kejar rahmatNya bersama-sama. Ramadhan akan datang belum tentu lagi kita dapat merasa. 

Kita ubah cara hidup kita dalam bulan Ramadhan ni nak? Macam saya kata, Ramadhan 2012 ni macam berehat di sebuah R&R dalam highway kehidupan yang panjang ni. Ini ialah platform untuk membina asas ibadah yang kukuh supaya kelansungan ibadah tu dapat diteruskan dalam bulan-bulan yang akan datang, bukan sekadar menjadi abid di bulan Ramadhan sahaja. Fulltime muslim, insyaAllah.

Saya gariskan beberapa contoh mereka-mereka yang sudah memperoleh rahmat Ramadhan dan sedang berehat di R&R Ramadhan ni dengan cukup bergaya;

1. Masuk sahaja Ramadhan, dengan mudah badan ini akan bangkit di awal pagi, subhanAllah, sebelum Subuh pulak tu, bahkan bukan sahaj sempat prepare untuk sahur malah sempat nak buat Qiamulail lagi.

2. Masuk sahaja Ramadhan, dengan mudah badan jadi rajin untuk mengerjakan ibadah-ibadah sunnah, dari solat dhuha ke solat tarawih ke solat hajat ke solat taubat hatta hingga ke solat rawatib sekalipun, badan rasa rajin nak buat dan hati rasa semangat nak laksanakan.

3. Masuk sahaja Ramadhan, mulutnya terus terkatup rapat. Tidak banyak berbicara perkara yang sia-sia, apa sahaja yang diluahkannya menjadi ingatan akan kebesaran Allah baik secara lansung ataupun tidak. Mukmin itu cakapnya zikir, diamnya fikir :)

4. Masuk sahaja Ramadhan, matanya mulai terjaga. Banyak melihat dan meneliti tanda-tanda kebesaran Illahi. Matanya tidak lagi memandang perkara yang dilarang syariat dan Alhamdulillah pandangannya juga makin tertunduk.



5. Masuk sahaja Ramadhan, telinganya mula berhenti atau berkurang mendengar lagu-lagu yang melalaikan. Malah telinganya jadi cenderung untuk dengar alunan Al-Quran, zikir munajat, ceramah dan majlis ilmu.

6. Masuk sahaja Ramadhan, tangannya makin banyak memberi sedekah dengan apa cara sekalipun, paling tidak banyak tersenyum kerana senyuman itu ternyata sedekah yang paling mudah tapi tak kurang rasa kebahagiaannya.

7. Masuk sahaja Ramadhan, akhlaknya semakin cantik. Lebih banyak sifat mahmudah dan mazmumah mula dikikis. Karat-karat jahiliyyah pun mula luntur. Dan lebih berhikmah dalam menjaga hati orang sekeliling.

8. Masuk sahaja Ramadhan, rasa macam taknak je berjauhan dengan Al-Quran. Nak selalu membacanya.

9. Dan yang paling penting, orang merasai rahmat Ramadhan ni ialah, masuk sahaja Ramadhan, dia tidak ingin Ramadhan berlalu pergi. Ingin sentiasa berada dalam Ramadhan :')

SubhanAllah. Ada tak perubahan macam ni dalam diri anda? Kalau takde takpe, rahmat Allah tu ada dalam banyak bentuk. Carilah dia. Rahmat Ramadhan ni perlu dicari, bukan hanya duduk menuggu tahu. Selamat beramal! Jom kita raikan Ramadhan dengan melangkah lebih dekat lagi ke arah Illahi.



Sekali lagi, tahniah kerana berjaya jejakkan kaki ke R&R Ramadhan Sesi 2012. Jangan sia-siakan peluang anda.

Wassalam...

Tuesday, July 17, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

SubhanAllah, Ramadhan is getting nearer and nearer. Can't wait. Oh Allah, bless me with Ramadhan. Let me strive for it and make this Ramadhan an ease for me.

For now, let us together share a new islamographic from www.islamographic.com

 Narrated Abu Huraira: I heard Allah's Apostle saying regarding Ramadan, "Whoever prayed at night in it (the month of Ramadan) out of sincere Faith and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven."

Narrated Abu Salama bin 'Abdur Rahman: that he asked 'Aisha "How was the prayer of Allah's Apostle in Ramadan?" She replied, "He did not pray more than eleven Rakat in Ramadan or in any other month. He used to pray four Rakat ---- let alone their beauty and length----and then he would pray four ----let alone their beauty and length ----and then he would pray three Rakat (Witr)." She added, "I asked, 'O Allah's Apostle! Do you sleep before praying the Witr?' He replied, 'O 'Aisha! My eyes sleep but my heart does not sleep."  

Narrated Abu Huraira: The Prophet said, "Whoever fasted the month of Ramadan out of sincere Faith (i.e. belief) and hoping for a reward from Allah, then all his past sins will be forgiven, and whoever stood for the prayers in the night of Qadr out of sincere Faith and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven."  


Wassalam...

Monday, July 9, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Dengan nama Allah Yang Maha Menghidupkan.

Baiklah, rasanya dah berhari-hari saya tidak menulis apa-apa di ruangan laman hijau ni. Faktor utama, tentunya kerana kering idea dan sibuk memanjang memikirkan strategi terbaik mengahadapi mehnah yang sedang melanda diri ini. Moga dengan segera dapat bertemu jalan keluar dan terus meratib kebahagiaan di atas bumi Illahi.

Sesungguhnya, tidaklah Allah menurunkan mehnah kepada hambaNya melainkan sebagai peringatan dan didikan serta motivasi yang datang terus daripada Allah s.w.t. Buat seketika, terasa bangga dan menjadi manusia paling bahagia saat ujian Allah itu datang terus-menerus, kerana itu tandanya Allah masih pedulikan saya, masih lagi mahu saya menjadi sebahagian daripada ahli-ahli syurga nanti. Boleh tak nak rasa kerek bila saya diuji dengan ujian yang super berat ni? Hehe, sebab saya tau hikmahnya nanti akan jadi lagi super best, kalau tak di dunia biar di akhirat kelak. Dalam pada itu, bila ditimpa mehnah jangan pernah putus asa, mengadulah kepada Dia dan terus bersangka baik kepada Allah biarpun seisi dunia memusuhi kamu. Mari terus bersabar!



Jom terus ke tujuan asal entry! Disebalik mehnah ini, Allah datangkan saya sebuah kemanisan kehidupan yang sebelum ni saya belum dapat kecapi. Ianya nikmat bangun subuh awal. Saya secara jujurnya bolehla dikategorikan sebagai hamba Allah yang liat nak bangun subuh. Memang susah sangat, kawan-kawan yang pernah berusaha kejut saya, pasti merungut bila saya tak bergerak lansung macam mayat. Itu zaman jahiliyyah, belum terbuka minda dan jiwa lagi mungkin. Atau pada waktu itu, hati masih kotor. Sekarang ni mugkin kotor tu dah hilang sedikit, baru mudah cahaya hidayah nak tembus masuk ke ruangan paling dalam hati.

Iya, bagi saya bangun awal itu juga sebuah nikmat daripada Allah untuk hamba-hambaNya yang bertekad dan berusaha. Dalam sebulan lebih ini, alhamdulillah, saya dah menjadi terbiasa untuk bangun sebelum azan subuh berkumandang lagi. Nikmat rasanya, bila pagi-pagi telinga sudah diperdengarkan dengan kalimat dakwah teragung. Bila dah bangun awal ni, saya dapati pelbagai perkara yang dapat saya selesaikan dan tunaikan. Antaranya ialah menyertai jemaah solat subuh di Masjid Ar Rahman berdekatan rumah ni.



Beberapa kali sudah saya sempatkan diri ke masjid untuk sertai jemaah solat subuh. Dan perkara yang saya lihat, sangatlah tidak menyenangkan hati. Rumah Allah ini sangat kekurangan rijal-rijal yang menghidupkannya. Hampir semua golongan jemaah merupakan atuk-atuk serta pakcik-pakcik dan beberapa orang anak-anak kecil. Golongan remajanya atau rijal sangat terhad dan kurang. Kalau waktu bulan Ramadhan, waktu solat tarawikh, pemudanya sangat ramai, tapi pada bulan biasa bilangannya sangat sedikit. Husnuzhon ye? Baiklah saya bersangka baik. Mungkin pemuda-pemuda tu semua ada emergency setiap kali masuk waktu subuh. Siapa tahu kan?

Tak manis rasanya kalau saya komen pedas-pedas dalam hal ini, saya kena ingat juga, dulu saya pun termasuk dalam golongan yang 'ada emergency setiap kali masuk waktu subuh'. Jadi harus selalu beringat dan bersyukur dengan anugerah bangun awal ni. Dakwah itu penting tapi adalah sangat digalakkan untuk pegang prinsip 'qudwa qabla dakwah' atau dalam bahasa kebangsaan, amal dulu baru boleh cerita.

Kenapa pentingnya imam-imam muda ni? Dah kalau dah ramai golongan muda dekat masjid, nanti kita pun akan ada lambakan golongan-golongan imam. Imam dekat kampung saya ni pun dah tua sangat, sangat sangat memerlukan penganti yang lebih fresh dan muda. Saya tidak ada masalah pun dengan imam yang sudah agak berumur, malah saya bertambah hormat dengan kekuatan dan keutuhan mereka menghadirkan diri serta memimpin jemaah. Cuma, lebih indah jika ada variasi daripada golongan muda. Malahan, imam-imam muda ni mampu menarik golongan yang sebaya dengan mereka untuk turut hadir sama ke masjid. Alangkah indahnya.

Kalau Bersih haritu sanggup penuhi dataran merdeka, kenapa tidak guna semangat tu penuhi masjid waktu solat fardhu?

Saya ambil iktibar daripada cerita seorang sahabat saya, Aizat Zainal yang kebetulan kami bermusyawarrah untuk sebuah program. Beliau yang dah terbiasa menghadiri solat jemaah di Mesir, meneruskan kelazimannya di kampung halaman, tetapi reaksi yang diterima sangat menghairankan. Pakcik-pakcik serta datuk-datuk di masjid jadi terpinga sebentar melihat kehadiran seorang anak muda. Sampai begitu sekali jarangnya kelibat pemuda di masjid. Astagfirullah.

Kita semua teringinkan Malaysia menjadi sebuah negara Islam yang berdaulat. Yang utuh menjunjung syariat. Ini impian yang mampu jadi kenyataan maka usaha kita juga harus jadi kenyataan. Kalau ikut pandangan saya mudah, cuba sebaik mungkin penuhkan masjid setiap kali masuk waktu solat. Mungkin sukar kan? Biah atau suasana itu janggal di Malaysia. Kita lebih banyak berkunjung ke tempat-tempat lain, jaulah sana-sini, tapi rumah Allah susah nak dijenguk walaupun sekali. Muhasabah diri sendiri lagi. Selagi masjid tak penuh waktu solat fardhu sepenuh waktu solat jumaat atau waktu solat hari raya, jangan mimpi impian kita nak tercapai.



Bukankah remaja penentu masa depan negara? Sebab itulah kita perlukan banyak imam-imam muda, supaya kita tidak ketandusan pemimpin masyarakat nanti. Mari kita ubah paradigma kita. Ramai golongan muda ada tanggapan Islam menyekat kebebasan, malah berpegang teguh dengan cara hidup Islam akan buat diri rasa kolot di dunia serba bebas ni. MasyaAllah, rugi siapa yang ada tanggapan begini. Islam itu fitrah. Cuba la lari dari cara hidup Islam, nescaya anda akan cari jalan pulang semula suatu hari nanti.

Realitinya, tak perlu kita bersusah payah nak iktiraf diri kita ni sebagai imam-imam muda baru nak jalankan usaha dakwah. Pengiktirafan itu bukan perkara penting. Cukup kalau kita dah mampu jadi muslim sepenuh masa dan insyaAllah kita sendiri akan terpanggil untuk jalankan usaha dakwah dan tarbiyyah. Jangan kita jadi muslim part time! Gejala separuh masa ni yang akan rosakkan cara hidup kita. Dalam masjid je ke nak bergelar muslim? Kat luar nanti sambung kelalaian kita tu, macam tu kah? Islam itu syumul. Mana boleh amal separuh-separuh.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hakamnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya sayitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata"
(Al Baqarah : 208)


Sebab itulah, saya seru golongan muda, sahut seruan Illahi. Pergi dan usaha sebaik mungkin untuk lazimkan diri untuk hadir ke masjid. InsyaAllah hikmah yang tak disangka-sangka akan menyapa anda. Allah pasti menghormati tetamuNya yang selalu berkunjung. Fikir-fikirkan ye. Selamat muhasabah diri.


Bukankah pemuda yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid itu dikasihi Allah?




Wassalam...

Monday, July 2, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Here again, another entry inspired from www.islamographic.com

Been spending lots of time there and wondering if I could make one islamographic by myself as well? InsyaAllah.

Things you should never say

Things you must commit...
Wassalam...

Wednesday, June 27, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful. May Your Blessings fulfill the aching emptiness in all the believers heart and soul. Allahu, don't let us astray from this straight path and let us be among the one who prosper in the world and hereafter. Grant us with unconditional love towards everyone, bestow the glory for the muslims and give us the strength to apply kindness with sincerity and good faith. How I wish I could be very close to You. Guide me, Allah :)

Many stuff has been going around throughout the last few days. Problems and mehnah keep coming and going occasionally and His help was poured upon me without any pause nor delay. Thank you Allah, thank you and countless admiration for you. It has really really been a while since the last time I wrote something in english. The lack of idea, creativity and determination were the factors that put me on hold.



Very well then, here I am, writing again with no regrets, with total submission towards Allah hoping my little scribble will benefit the ummah.

Let's do some revision before we begin. For the gazillion time, do you still remember the three responsibilities of a muslim? Anyway, it's the first time I'm posting this question in english. The answer is easy. We are born into this world with 3 special missions. First is to serve our duty as abidullah or literally translated as the servant of Allah.

Abidullah here described the sole duty of a muslim. By fact, we are His servant. He created us in order for us to worship Him. By understanding our first purpose of life, to live as an abidullah, by logic, do we have the rights to be proud of oneself? Everyone is equal in front of Allah. What makes us differ or closer to him is our level of taqwa. Many muslim deny this duty while most of us neglect Him in time of good and start scrambling for Allah's assistance when we face obstacles. Allah mentioned in the Quran, if we resist to worship Him, it will never harm Him, but we are the one who is costing ourselves. He promised to provide the best for us and Allah has every rights to expect the best from us in performing our ibadah. Feeling intense? No pressure peeps. Allah will never burden us with stuffs that we can't bear. He is our creator after all, He knows us best. Stick to this one simple formula, follow his orders and stay away, I repeat, stay away from what He prohibits. And insyaAllah you shall find happiness and wash away all those uneasy feelings in your heart. Total submission towards Allah for the win!!!



The second special task is for the muslim to act as the vicegerent of Allah or khalifatullah in arabic. Through history, we learned that Allah created Prophet Adam a.s to act as His vicegerent on the earth.

Behold, the Lord said to the angels, "I will create a vicegerent on earth". They said : "Will You place therein one who will make mischief therein and shed blood? - whilst we do celebrate Thy praises and glorify Thy holy (name)?" He said : "I know what you know not"
(Al Baqarah : 30)



Allah put his faith in mankind by giving us this huge responsibility. As His vicegerent, we are responsible for implementing the will of Allah on earth. The world is a trust and we are the trustee. As the khalifah, we manage the world and promote divine guidance. We have to remind ourself that our personality and precept must should reflect the values of our master, Allah s.w.t. One must inculcate in himself the attributes of Allah. It does not mean we have to play God. Being the vicegerent never put us in a place to declare ourself as God. It simply means we have to exhibit Allah's great attributes in our character as the vicegerent of Allah. By this, it will never boost our pride but in fact will teach us to become humble as every success that we achieve is indeed a blessing from Allah s.w.t. Even Allah declared us as the 'Khairu Ummah' which means the best ummah. Therefore as His khalifa, the muslims must execute this responsibility and bring peace to the world.



The third responsibility is daielullah. This responsibility clearly describe the duty of a muslim to spread the religion of Allah. A daie is thus a person who invite people to understand Islam through a process known as dakwah. Dakwah activities can take many forms based on our creativity and enthusiasm in spreading the religion of Allah. A common misunderstanding among muslims ourselves, we consider dakwah is only aimed towards the non muslims while in fact according to Islamic theology, dakwah is for both muslim and non muslim. Dakwah or preaching can take place not only through dialogical process but it can be done even in daily activities, while playing games, hanging around with friends or even by just exemplifying a good behaviour as a muslim. 



You are the best of people raised up, for you call to what is right and righteous and you forbid the evil and you believe in Allah
(Ali Imran : 110)

There is a reason why I have to explain this concept again in english, apart from reminding myself who often forget my obligation towards Allah, I believe there is a need for muslim to master english language. You know, every potential and ability that we possess can be used for the sake of Islam. For me, I have a little bit of english, and for some unknown reason, I wish my ability to compose an english literary item may help Islam. Don't get me wrong, if you read carefully, there are a lot of grammatical error in this entry itself. So why english? Why not master arabic language, madarin or even just conduct dakwah in malay language?



As for now, from my perspective english language is currently the most common language spoken throughout the world besides mandarin. There is a significant urge for muslim to equip themselves with the ability to speak or at least to write in english. There will be time where we have to invite others to understand Islam, and the ability to communicate will play a big role. In general, most westerners does not fully understand Islam, and as muslims it is compulsory for us to correct their views by telling them the truth about Islam? But how to do so when we can't even communicate? Due to their lack of understanding and lack of reliable information, they often misunderstand Islam. How sad it is... 

Dr Zakir Naik, one of the the best Muslim speaker who conduct dakwah in english
Of course english is just a stepping stone, they are various language to be mastered and different skills to learn just for sake of improving ourself and thus help to spread Islam. Islam is for all in fact, and I see no harm having a bunch of daie who can deliver the words of Allah in english. Even myself is trying hard to improve. And I also wish to master 'lughatul arabiah'.

Dear brothers and sisters, when we totally submit ourself to Allah, it is when we learn to do everything for Him. It is when we realised there are various ways to help Islam. It is when we realised the true meaning of life and the true meaning of becoming a muslim. Dakwah is never a burden, it is a blessing from Allah, only who those who are willing to sincerely sacrifice everything for Allah. Let us work really really hard for Islam, and let Allah decide the best outcome for us, insyaAllah...


Wassalam...

Thursday, June 21, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Learning islam through infographics.

Website ni http://www.islamographic.com sangat cool. InsyaAllah dekat entry ni saya sertakan few graphics dia yang saya suka :)

*Graphic the HusbanDoa tu sangat inspiring. Mintak-mintaklah saya juga mampu menjadi seorang muslim yang dimaksudkan dalam doa tu. Ameen. Ehem, muslimah mana la yang agaknya mendoakan begitu dan saya pulak yang menjadi jawapan buat doanya?




Wife Doa punya graphic ada tak? 

Wassalam...

Wednesday, June 20, 2012


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tiada kalimat lain untuk aku terjemahkan rasa syukur kepadaMu. Moga Engkau selalu redha denganku. Secebis doa aku tadahkan, selautan cinta yang selalu Engkau limpahkan...

Terkadang,
Aku ingin merendah diri,
Namun dunia selalu melambung aku tinggi,
Sehingga aku lupa dilambung tinggi itu juga tarbiyyah Illahi,
Selangkah mendekatiNya atau setapak menjauhiNya.

Lalu cepat-cepat aku berbaring di hamparan tanah,
Ku balut diriku dengan rasa kerendahan dan kesederhanaan,
Aku mula menghitung diriku,
Bermuhasabah dalam tangisan,
Deras air mataku memenuhi segenap kekosongan dalam kalbu.



Berbaring-baring sahaja belum cukup,
Kekosongan itu masih ada,
Relung-relung hati makin merindui cahaya hidayah itu,
Ku tebarkan wudhu' ke seluruh tubuhku,
Sepertimana basahnya wajahku, aku ingin hatiku turut basah dalam keinsafan,
Terus ku hadiahkan sujud hangat seorang hamba untuk Penciptanya yang hakiki.

Air mata masih mengalir,
Menderu-deru mencela diri sendiri,
Menilai bilangan syukur dan rungutan hidup,
Apakah aku masih layak untuk terus menagih redhaNya?

Bukankah rahmat Allah itu maha luas?
Bukankah kasih dan sayangNya tiada mengenal erti putus?
Bukankah Allah itu satu-satunya tempatku bergantung harap?
Bukankah Allah itu setiap detik bersamaku?
Bukankah Allah itu Tuhanku dan aku ini hambanya?



Aku jadi teringat sebuah kisah,
Nostalgia jejak langkah seorang hamba,
RedhaMu Ya Allah, aku balas dengan kemungkaran,
RahmatMu Ya Allah, aku balas dengan kelalaian,
KasihMu Ya Allah, aku balas dengan kealpaan,
CintaMu Ya Allah, aku balas dengan keingkaran,
RezekiMu Ya Allah, aku balas dengan rungutan dan aduan yang tiada henti,
Namun,
Allahu, Kau tidak pernah berhenti mencintaiku.

Sesungguhnya,
Aku bukan seorang hamba yang baik,
Sujudku seribu tahun pun belum tentu dapat melamar syurgaMu,
Apakah aku lupa bahawa Allah Maha Pengampun?
Sudah tentu tidak!
Cuma, luasnya keampunan Illahi bukan alasan untuk aku terus menari bersama maksiat.



Ku seka air mata yang seakan tidak mahu berhenti,
Sudah puas aku merintih, mengadu nasib dan merayu,
Jalan-jalan keampunan masih luas terbuka,
Lorong-lorong taubat masih lurus terbentang,
Aku bulatkan niat dan perkasakan tekad,
Seluruh motivasi dan potensi aku wakafkan,
Setiap inspirasi dan aspirasi aku infakkan,
Dan segala misi dan visi aku landaskan pada jalan cinta Illahi.

Aku pun terus membaiki jalan cintaku,
Menutup segala kelemahan dan kekurangan di sepanjang jalan ini,
Aku mahu pastikan langkahku kali ini kemas, tenang dan lancar,
Ku luruskan mana yang bengkok dan ku patrikan mana yang longgar,
Agar aku tetap terus berjalan di atas jalan cinta ini,
Jalan perjuangan seorang hamba.



Ini bukan perjuangan golongan astizah,
Ini aksara cinta, permulaan ke arah cinta yang tiada taranya,
Ini perjuangan jemaah,
Dan aku sama sekali tidak ingin tertinggal di belakang,
Aku ingin turut serta berjuang.

Jalan yang panjang ini belum termaktub penamatnya,
Belum ternampak destinasinya, namun sudah aku tahu keindahannya,
Yang pasti, esok aku akan kembali lagi,
Kembali menangis dihadapanMu dalam setiap sujudku...

Hadith Qudsi :
"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"
(Hadith riwayat Thabrani dari Abu Umamah r.a)

Wassalam...
 

Saturday, June 16, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. SubhanAllah Alhamdulillah La Illa Ha Illallah Allahuakhbar :)

*Entry ini ditulis dengan niat utamanya untuk mengubat hati sendiri yang dilanda kesedihan yang begitu mencengkam jiwa. Moga saya kuat untuk selalu tersenyum...

Rawat hatimu dengan senyuman sehangat mentari. Jika hatimu tidak terubat, moga senyummu itu jadi sedekah buat mereka yang selalu rindu akan senyumanmu :)



Dia berkata: "Langit sedih dan terlihat murung"
Aku berkata: "Tersenyumlah! Biarkan kemurungan itu ada di langit!"


Dia berkata: "Kesamaran telah merasuk!"
Aku berkata: "Tersenyumlah! Dukacita tidak akan pernah kembali, sebab ia telah mati."


Dia berkata: "Langit di angkasa telah menyatu dengan cinta yang berkobar dalam dadaku dan telah menjadi neraka Jahannam, dia khianati janji setelah merenggut hatiku. Lantas bagaimana aku sanggup tersenyum?"
Aku berkata: "Tersenyumlah dan bersenanglah! Kalau kau tetap bersama kesedihan, akan kau habiskan seluruh umurmu dalam kepedihan!"



Dia berkata: "Perniagaan mendekati kerugian seperti seorang musafir yang hampir mati kehausan atau seperti singa yang haus darah. Dia meludah darah setiap kali menjulurkan lidah."
Aku berkata: "Tersenyumlah! Kau bukanlah penyebab kesembuhannya, kecuali bila kau mahu tersenyum. Apakah ketika orang lain berbuat dosa dan tidur dengan perasaan takut, engkau merasa bahawa engkaulah pendosa itu?"


Dia berkata: "Musuh sedang berada di sekelilingku. Mereka berteriak menakutiku. Bukankah aku telah tertawan dan apakah musuhku tidak melihatku?"
Aku berkata: "Tersenyumlah! Cacian mereka tidak ditujukan untuk menuntutmu jika kau tidak lebih mulia dan agung daripada mereka"


Dia berkata: "Musim telah jelas tanda-tandanya tergambar padaku di pakaian dan lukisan, sedang diriku mempunyai kewajipan terhadap kekasihku namun tidak ada satu dirham pun di kedua telapak tanganku."
Aku berkata: "Tersenyumlah! Bukankah kau masih hidup? Kau bukanlah termasuk orang yang tidak mempunyai kekasih."



Dia berkata: "Malam-malamku berlalu dalam kepahitan."
Aku berkata: "Tersenyumlah! Jika kau merasa pahit, semoga orang lain melihatmu sedang bersenandung. Lemparkan kedukaan jauh-jauh dan tetaplah bersenandung. Apakah dia kan melihatmu jika engkau bernyanyi dengan limpahan dirham atau kau merasa rugi jika kau menyanyi dengan hati berseri-seri? Wahai sahabat, janganlah sampai kesedihan membuat mulutmu terdiam dan raut mukamu menampilkan kesedihan. Tersenyumlah.......! Sungguh bintang-bintang pun tersenyum dan kegelapan akan saling berbenturan.Oleh kerana itu, kita menyukai bintang-bintang."


Dia berkata: Keceriaan tidaklah akan membuat keadaan menjadi lebih baik. Ia datang ke dunia ini dan tetap akan pergi walau terpaksa."
Aku berkata: "Tersenyumlah! Selagi hayat dikandung badan, selama engkau masih hidup, sebab sudah terlalu lama engkau tidak tersenyum."

-Illiya Abu Madhi-



Dan janganlah kamu bersikap lemah dan jangan (pula) bersedih hati.... (Ali Imran :139)

....dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka... (Al Hijr : 88)

....janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah selalu bersam kita... (At Taubah : 40)

...nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Al Baqarah : 38)

...segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami... (Fathir : 34)

Tidaklah seorang mukmin dilanda kecemasan, kelelahan dan kesedihan, melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya

Moga Allah selalu menghapuskan segala kesedihan yang bersarang dan beraja dalam hati kita. Kalau tidak di dunia, biarkan Allah menyeka air mataku yang tiada henti mengalir di jannahNya. Sesungguhnya saya bukan hambaNya yang kuat, malah kekuatan yang ada ini juga adalah milikNya semata-mata. Moga Allah selalu memberi kemampuan untuk saya terus tersenyum setiap detik dalam meniti jalan hidup ini. Senyum itu juga satu rahmat :)

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang mahu kamu dustakan? (Ar Rahman) 


Wassalam...

Wednesday, June 13, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Kali ni, saya nak share kisah Yukabid, bonda Nabi Musa a.s


YUKABID adalah ibu kepada Nabi Musa. Yukabid mengandungkan Musa ketika Firaun memerintahkan anak lelaki kaum Bani Israel dibunuh kerana bimbang anak lelaki akan menentang dan mengambil kekuasaannya. Suatu ketika, Yukabid mendengar perintah Firaun itu. Alangkah sedihnya hati Yukabid kerana dia sedang sarat mengandung waktu itu. Yukabid terpaksa bersembunyi sahaja di rumah agar kandungannya tidak diketahui orang. Sehinggalah tiba masanya, Yukabid pun melahirkan anaknya. Alangkah terkejutnya dia apabila anak yang dilahirkannya itu adalah anak lelaki.

Walaupun berasa takut dengan perintah Firaun, seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan nyawa anaknya itu. Dia tidak mahu anaknya itu menjadi korban undang-undang yang diperintahkan oleh Firaun yang zalim dan kejam. Yukabid berjaya merahsiakan kelahiran Musa selama tiga bulan daripada pengetahuan Firaun dan tentera-tenteranya.Walau bagaimanapun, hatinya tidak pernah tenteram melihat anaknya yang semakin membesar. Dia risau akan keselamatan Musa. Dalam kerisauan itulah, Allah Yang Maha Berkuasa telah memberi ilham kepada Yukabid agar membuat sebuah peti. Lalu Allah SWT memerintahkan agar Musa dimasukkan ke dalam peti dan dihanyutkan ke Sungai Nil. 






Dengan hati yang tenang dan sabar, maka Yukabid pun menghanyutkan Musa ke sungai Nil seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT kepadanya. Peti itu dihanyutkan oleh arus sungai sehingga sampai ke istana Firaun. Kebetulan pada hari itu, Asiyah permaisuri Firaun sedang bersiar-siar bersama dayang-dayangnya. Ketika sedang bersiar-siar itu, Asiyah menyuruh dayang-dayangnya mengambil sedikit air dari Sungai Nil. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ada sebuah peti di sisi kaki mereka. Lalu diambil peti itu dan dibawakan kepada Asiyah. Maka Asiyah terus membuka peti itu dan dilihatnya da seorang bayi di dalamnya. Apabila melihat akan wajah bayi itu, timbul rasa cinta dan kasih dalam hatinya terhadap bayi itu. Asiyah mengambil bayi itu dan dibawanya pulang istana.

Tiba sahaja di istana, Asiyah meminta keizinan Firaun untuk membela bayi itu. Pada mulanya Firaun tidak mengizinkan Asiyah mengambil bayi itu tetapi setelah dipujuk, akhirnya Firaun bersetuju. Setelah mendengar tangisan kehausan bayi itu, Asiyah berasa kasihan lalu disuruhnya Firaun mencarikan seorang wanita yang dapat menyusukan bayi itu. Akan tetapi seorang demi seorang wanita yang datang untuk menyusukan bayi itu telah ditolak oleh bayi tersebut. Bayi itu tidak mahu disusukan oleh mereka sehinggalah berita ini diketahui oleh saudara Musa, Mariam. Lalu Mariam datang ke istana dan memberitahu kepada dayang-dayang Asiyah bahawa dia boleh membawakan seorang ibu yang boleh menyusukan bayi itu. 




Mesir :) Satu-satunya tempat yang saya pasang impian untuk pergi selepas Mekah dan Madinah



Mendengar sahaja berita daripada dayang-dayang itu, Asiyah memerintahkan agar bayi itu dibawa ke rumah Yukabid. Yukabid menyambut anaknya itu dengan penuh kasih sayang. Bayi itu terus minum susu ibunya sehingga kenyang. Alangkah seronoknya hati Yukabid. Allah SWT telah mengembalikan anaknya, Musa kepadanya kerana kesabaran dan ketabahan mengikut perintah-Nya.



Khabar itu merusuh jiwa
Titah yang dicerca semesta
Si kecil bergelar lelaki
Bakal korban si derhaka

Resahmu bertukar debaran
Ketika bergema ketukan
Di mana nak kau sembunyikan
Tubuh kecil tak berdosa

Alam bagaikan membisu
Arus Sungai Nil pun mengalir lesu
Mendengarkan tangismu
Saat menyaksikan
Bayimu yang hanyut bersendirian

Duka tak terbanding kata
Dan halus nalurimu terdera
Sungguh kerinduanmu hebat terduga

Teguhlah ibu yang mulia
Berpegang pada satu percaya
Berpisah bukan selamanya
Janji-Nya bukan dusta

Tika dipanggil ke istana
Lengkaplah kisah kasih yang sempurna
Bayimu kehausan
Lalu kau susukan
Menitis airmatamu kesyukuran

Nyatalah janji Yang Esa
Terpisah ‘tuk bertemu semula
Kau genggam kembali jemari kecilnya

Walau diam dalam rahsia
Terpujuk sudah hati yang hiba
Yang dirindu kini kau dakap bahagia

Yukabid engkau tamsil cinta
Lambang tulusnya kasih ibunda
Pengorbanan yang tiada mula
Dan tiada hujungnya



Wassalam....

Sumber :
www.mesra.net

Tuesday, June 12, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Sejak berada di tingkatan empat rasanya, saya menyimpan cita-cita kecil untuk menjadi seorang novelis. Kalau nak diikutkan, saya ni ada banyak sangat cita-cita. Perdana Menterilah, Pengetua MOZAClah, Peguam Negaralah dan banyak lagi... Bukannya mustahil bukan? Seorang muslim itu, jika ia kenal potensi dirinya, maka akan banyak pencapaian hebat yang mampu ia capai...

Secara jujurnya, saya bukanlah banyak sangat membaca novel. Selain daripada novel-novel komponen sastera dekat sekolah menengah tu, saya hanya baca novel daripada 2 orang pengarang je. Habiburahman El Shirazy dan Ramlee Awang Murshid. Novel-novel yang lain belum mampu beri kesan yang sama ketika membacanya.

Saya ama tertarik dengan gaya penulisan Habiburahman. Malah setiap novelnya, dilabel sebagai novel pembangun jiwa. Dan label itu sangat tepat sekali, jiwa-jiwa yang membacanya pasti akan tersentuh dan terbangun sendiri untuk mengubah kekurangan yang ada. Maka, novel-novel seperti inilah yang ingin sekali saya hasilkan. Teringin sangat menulis sesuatu yang mampu menyentuh jiwa-jiwa diluar sana. Moga Allah redha.



Mereka-mereka yang rapat dengan saya, selalu sahaja saya ceritakan impian kecil saya ini. Malah saya ceritakan sekali jalan cerita sebuah novel yang selalu bermain di minda saya. Respon mereka agak positif, malah mengalakkan lagi. InsyaAllah jika ada kekuatan maka pasti saya akan menulis novel ini. Dalam entry kali ini, saya sertakan rangka novel pertama yang saya ada. InsyaAllah. Moga Allah izinkan.

Tajuk : Madrasah Cinta Illahi

Tema : Jiwa islam dalam kalangan remaja, Persoalan ikhtilat dalam perhubungan, dan Keagungan cinta Illahi.

Sinopsis :

Madrasah Cinta Illahi merupakan sebuah rancangan novel yang sangat menekankan suasana cara menghayati kehidupan Islam yang sebenar dalam golongan remaja. Saiful Hamzah, seorang remaja 16 tahun yang begitu berusaha menjadikan islam sebagai tunjang utama hidupnya. Saiful merupakan remaja kampung, anak yatim yang miskin yang masih menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh dan ibunya menghidapi barah usus yang sangat kronik. Di sebalik kesusahan hidup yang dihadapinya, Saiful tidak pernah merungut, tidak pernah mempersoalkan takdir Illahi, malah dia redha menghadapi ketentuan Allah. Jiwa islamnya mula tergugah saat ketenangan hatinya mula disapa bidadari duniawi. Dua muslimah itu hadir dalam dunianya dan mula membawa Saiful ke arah ujian paling getir dalam hidupnya. Yang seorang selalu membuat hati kecilnya tidak berhenti dengan rasa hormat dan kagum dan seorang lagi tiada pernah henti mengharap perhatian Saiful. Apakah dia akan mengorbankan redha dan kasih Allah untuk dia memeluk cinta seorang muslimah? Dia tidak mampu lama untuk menipu hatinya, kerana dia juga seorang manusia, bukan malaikat yang tidak punya perasaan.

Dirasakannya tarbiyyah daripada Illahi itu tiada pernah henti. Dua muslimah itu bukan satu-satunya ujian buat Saiful, Allah terus mendatangkan ujian yang Saiful sendiri tidak pernah membayangkannya. Tegarkah hati Saiful menghadapi fitnah terbesar dalam hidupnya? Malah dia sendiri tidak pernah menjangkakan bahawa fitnah terbesar ini bakal membawanya bertemu cinta yang selalu dia rindu.

Katakanlah (wahai Muhammad) : "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani...
(Az Zumar : 53)


InsyaAllah ini jalan cerita kecil untuk novel yang berada dalam perancangan saya. Malah saya dah fikirkan pun sambungan untuk novel ni. InsyaAllah kalau dapat lengkapkan novel yang pertama ni, saya akan sertakan rangka novel yang kedua pula, Baitul Mahabbah.

SMS Muzaffar Syah, latar tempat maybe? insyaAllah
Moga Allah bantu usaha saya ni :) Mohon doa daripada anda sekali :)

Wassalam...

*Bab 1 dah siap dah pun... Siapa yang nak baca boleh email kepada saya. InsyaAllah saya kongsi...

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts