Tuesday, October 18, 2011

















Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, ada semangat lagi rupanya diri ini untuk update blog warna hijau ni. Weird enough, the greenness of my blog become the first element that catch readers attention when they reach here. I did try to change this blog appearances though but I guess it didn't work. I still like it to be greeny. Watch out! Green is not my favourite colour. I adore blue better. But green is my prophet favourite colour. Wait, I'm not suppose to be talking about colours. I realize that I have not post this kind of entry for quite a time but be patient k? I'm a serious quality reader. When I speak of quality, I mean it. Mark my words k? Ok stop, I'm starting to blurt crap now. Get back on track Azri. Referring to the entry post this is another entry which I will comment on good books out there. Sadly, I'm not really a good reader, and I don't read much. Again, I would like to state here, my favourite authors are Habiburahman El Shirazy, an Indonesian author, and Ramlee Awang Murshid, our very own local thriller master. The best part is, they are both still young, and will produce more and more masterpiece from time to time. Therefore. I'm kinda of choosy, I only read their novels. But I still have interest in others.

  
Up here is the 'kulit buku' for the novel. Ok, I'm gonna start writing in Bahasa Melayu now, I'm running out of words. Selepas lama menanti akhirnya penulis yang selesa dengan panggilan Kang Abik ni, menghasilkan sebuah lagi novel berkualiti buat tatapan umat. Gaya tulisan yang terperinci dan penuh berhikmah sentiasa buat jiwa para pembaca tenang dan tenteram. Buat pengikut setia Habiburahman, like myself, mesti pelik kan sebab buat pertama kali, novel yang dihasilkan sangat pendek. 200+ muka surat sahaja. Tapi masih lagi berkualiti dan padat untuk bacaan umum. Masih lagi mengekalkan seorang muslim sebagai teraju utama novel ni dan kali ini watak Syamsul diangkat sebagai hero. Menariknya tentang watak Syamsul, sangat berbeza daripada teraju utama sebelum ni seperti Fahri, Azzam dan Ayyas, Syamsul mempunyai latar belakang didikan agama yang biasa sahaja. Tapi tekadnya mencari ilmu, menjadi hidayah buat dirinya. Kang Abik sering dikritik kerana menghasilkan watak yang berjiwa malaikat which for some people, it is illogical. Tapi it's not really a big deal for me. Watak macam tu jadi inspirasi buat diri-diri yang khilaf seperti saya ini. Maybe dia nak penuhi tuntutan para pengkritiknya kot. 

Watak Syamsul mendidik kita untuk yakin peluang untuk bertaubat itu sentiasa ada. Isu fitnah jadi tema utama novel ini dan membuktikan lagi firman Allah s.w.t bahawa fitnah itu lebih besar daripada membunuh. Fitnah merubah Syamsul daripada seorang pelajar agama kepada seorang pencuri biarpun dia cuba sedaya upaya kekal pada jalan yang lurus. Pengajaran buat diri kita, sejauh mana kita terpesong, masih lagi Allah sayang diri kita. Kunci kejayaan dalam cerita ini ialah elemen sabar. Kesabaran Syamsul akhirnya mengubah nasib dirinya menjadi seorang penceramah di kaca telivisyen. Strange kan? Nothing is impossible for Allah. Satu lagi common style Kang Abik, hero setiap novelnya masih lagi berjaya menambat hati lebih daripada seorang muslimah, Silvie dan Zizi. Jealousnya, haha. All in all, it is a good read for those yang baru nak mendekatkan diri dengan karya Kang Abik. You have my guarantee on this one. Seperti semua novel best seller Habiburahman telah diangkat ke layar perak dan Dalam Mihrab Cinta pun tidak ketinggalan jugak. Daripada Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan the latest Dalam Mihrab Cinta, semua jadi filem. Stylo la Kang Abik ni. But I'm still waiting eagerly for a film adaptation of Bumi Cinta. Bumi Cinta is currently my favourite novel. Maybe lambat sikit, sebab budget untuk filem Bumi Cinta memang besar sebab berlatar belakangkan Russia. Bawah ni ialah promo filem Dalam Mihrab Cinta.


Ok, dah penat dah. Alhamdulillah. So kalau ada any good books out there that you possibly want to share with me, do leave a comment coz I'm really hungry for quality books. I will appreciate it so much. And do read this book, you won't regret it.

Wassalam... 

  

Friday, October 14, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan untuk menulis di blog ini. Syukur sangat kerana telah selesaikan oral test MUET di Melaka High School semalam. Even though, I don't think I nailed it. I can definitely do better. I kinda wish I can do it again. But now it's not the time for regrets but TAWAKKAL. Have faith in Allah, Azri. We can plan but He is the one to decide. So pray hard and keep on hoping. Entry kali ini, diri yang lemah ini ingin menulis tentang prioritization. Note that, almost everything in life need prioritization. It's a crucial part. This process does a big favour by making our vision clear. Macam student law kan? Mana yang penting kita highlight. Bercakap pulak tentang manusia, tak mungkin manusia itu lari daripada isu 'cinta'. Wait!!! Don't run away, continue reading! I'm not gonna get lovey dovey. Entry ni insyaAllah bermanfaat.


Cinta... Emotional sungguh perkataan ni. Sebut cinta je, bergetar seluruh jiwa ni. Bahaya ni. Seperti pesan sahabat saya, 'selalu jaga hati'. Macam nak jaga hati, kalau tak tahu caranya kan? So 2, 3 hari ni, pening saya memikirkan formulanya. Hati ni bahaya tau, kalau tak dijaga boleh hancur jiwa kita ni. Pertama sekali, perlulah kita fahami, cinta itu terbahagi kepada dua ; cinta abadi dan cinta sementara. Ha, anda nak yang mana satu? Kalau saya, cinta abadi tu yang saya nak. Cinta sementara tu, kalau ada redha je la, kalau tak de pun tak pe. Buat para pembaca, kalaulah ada yang kata macam ni, "Aku tak percaya la dengan cinta ni, tak best pun, merana dan sengsara ada la.", sila ubah fikiran tu ye. Saya ambil satu contoh ayat ni,


"Dan Allah mencintai mereka yang membuat kebaikan" (Ali Imran : 148)

Ha, tengok tu. Allah Yang Maha Best ni pun mencintai jugak. Cinta kepada hamba-hambaNya yang soleh. So, jangan la skeptical k? Itulah yang pentingnya prioritization ni, untuk pastikan hati ini tak salah mencintai. Hampir keseluruhan ruang hati kita ini, perlu dipenuhi dengan cinta dan rindu kepada Allah. Kenapa tidak kan? Semua yang kita anda ni, kita owe kepada Allah Yang Maha Esa. Apa sahaja kelebihan kita, kekurangan pun, itu semua pemberian daripada Dia. So jangan la jual mahal. Bercinta la dengan Allah. Don't worry, Allah takkan 'clash' dengan kita. Siap setia sampai bila-bila. Itu yang kita semua nak kan? I love you forever, Allah. Hmm? Nak kate apa lagi? Takkan nak deny rahmat Allah? Baca balik Surah Ar Rahman kalau nak deny ye. Banyak kebaikan yang Allah dah beri. Cinta kepada Allah ni dalam jenis cinta abadi. Cinta yang mesti ada dalam hati kita.

Setelah hampir seluruh ruang hati ni kita serahkan kepada Allah, ada lagi ke portion untuk cinta manusia pulak? Ada, jangan risau. Ada lagi 0000000000000.000001% lagi. Ha, kan ada ruang tu. Ruang yang kecil ini kita penuhkan dengan cinta kepada manusia. Yang paling penting, cinta kepada Rasulullah s.a.w. Baginda berjuan habis-habisan untuk umatnya yang tercinta ni. Sampai time sakaratul maut pun, siapa yang nabi sebut? Ummati! Ummati! Ummati! Lihat tu, concern sungguh Baginda. Ada lagi ke manusia yang macam ni sekarang? Tak de kan? So hargai la Nabi terakhir tu. Then kita perlu pulak mencintai parents kita, adik beradik, saudara-mara dan sahabat-sahabat. InsyaAllah muat lagi hati ni nak menampung cinta tu.

Eh, tiada ruang untuk girlfriend ke? Mesti la tak de. Islam tak suruh pun bercinta sebelum nikah. Yang ade hanya cinta kepada sang belahan jiwa yang bernama isteri, ketua bidadari kita ni. Allah pasri beri kita hati yang luas untuk mencintai isteri kita. So be patient. Tunggu la Mr or Mrs Perfect tu. InsyaAllah, tak jauh Allah sorok dia. Jadi tenanglah wahai hati. Hutang cinta kepada Allah dengan Rasulullah pun tak langsai lagi. Buat bakal isteri, tunggu ye, kalau tak muat cinta tu untuk hati ni, kita share hati eh? Sharing is caring kan? Haha. So check diri masing-masing. Betul ke tidak pembahagian cinta kita. Kalah salah, sila buat correction k. Usahalah. Allah pasti bantu nanti. Selamat bercinta.

Wassalam...


Monday, October 10, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Whoa~ lamanye tak online dan definitely lamanya tak update blog ini. Sorry2 sebab selalu terabaikanmu Army of Fisabilillah. Bukannya tak mahu menulis, tapi kesempatan tu susah nak ada. Ini pun curik2 masa. Maklumlah sekarang ini sudah bergelar orang bekerjaya. Cepat masa berlalu, saya dengan rasminya telah menamatkan semester satu Asasi Undang Undang. It was a very pleasant semester. Menjawab soalan-soalan finals selama 2 minggu, membuatkan jiwa ni jadi kacau dan pergerakan hidup jadi tak terurus. Tapi sekarang, Alhamdulillah, dah in pace balik. Sudah boleh bertenang dan fokus kepada dunia yang di sebelah sana. Yes, I'm talking about afterlife atau bahasa globalnya, akhirat. Ambil perhatian yer, kita kena la seimbangkan antara kejayaan dekat dunia ni dan jugak di akhirat. Siapa yang mengejar akhirat, InsyaAllah, dunia ni sendiri akan datang menyembah, So 2 bulan lebih bercuti ni, perancangan utama ialah fokus on ibadah. Perbaikai mana kurang dan maintain kan mana yang mantap.

Dalam pada ini, kerisauan mula menjelang. Macam mana la agaknya results finals nanti? Harus diakui usaha yang dipersembahkan tidak la seberapa, tawakkal je yang lebih. Sekarang ni apa yang termampu hanyalah berdoa agar semuanya beyond expectations agar dapat mulakan semester 2 dengan cemerlang. Dan tujuan sampingan semestinya untuk memuaskan hati Encik JPA yang baik hati biaya pelajaran Ijazah Sarjana Muda saya. And he expects nothing less than the best. Ok, tak mahu fokus sangat on that matter, cuti masih panjang tapi maut sentiasa dekat yer. Oh back to the main point of this entry, setelah lama tak online, tapi dapat berita tergempar, saya tak dapat kolej kediaman untuk next sem. Haha, apakah Ahmad Azri bakal jadi NR (non residence) tahun depan? Harap2 tak. Susah kalau duduk luar nanti. Duduk dalam kampus mudah, surau dekat masjid pun dekat jugak. Cuma makanan tak best sikit. Haha tapi syukur ada environment yang meyenangkan.

As for now, saya sedang sibuk merealisasikan nasihat kawan saya yang selalu suruh saya jaga hati. Beliau selalu kata, sibukkan diri dan sibukkan diri untuk capai ketenangan jiwa. Alahai, macam mana la tak bertambah kagum setiap kali kita berbual. Baik sangat beliau ini. Eh, dah suntuk masa ni, kena sambung balik kerja ni, nanti boss marah pulak. Ok, harap2 blog ni tak bersawang lagi lepas ni. Terus berusaha ye kita semua, sebab Allah sentiasa bersama mereka yang berusaha. InsyaAllah.

Wassalam :)


Wednesday, September 28, 2011

"Saat cinta datang mengusik, paling hatimu pada redhaNya. Ketika rindu duniawi datang mencengkam, Rasulmu yang jadi pilihan. Cantik akhlakmu, kau persembahkan pada Yang Maha Esa. Manis tutur katamu, mengalir hikmah untuk terus mencintaiNya. Sopan tingkahmu, menyemai keikhlasan. Sederhana peribadimu, menjulang harga dirimu. Julang semangatmu, bersemarak memburu rahmat dan kasihNya. Tulus cintamu menambat hati sang mujahid."

Wednesday, September 21, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah. Lambat betul update blog ni kan? Maaf la yer, diri ini dirundung sakit dan sedang busy menghadapi peperiksaan. Yes, I'm in the middle of final examinations. Takutnya. Tapi bak kata orang-orang di sekeliling, "apelah sangat ujian dunia ni. Celah gigi je brother." Benarkah? Yes, it is a very true statement. Ujian dunia ni kecik jer kalau nak bandingkan degan ujian kat akhirat tu. So, berusahalah dan bertawakkalah. Kerana Allah sentiasa bersama mereka yang berusaha. Moga Allah kurniakan 4 flat, insyaAllah....


Tuesday, September 13, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bernafas lagi dalam keredhaanNya. Bersyukur sangat Allah beri peluang untuk memperbaik ibadah dan akidah setiap hari. Alhamdulillah sekali lagi kerana Allah beri kemudahan untuk menjawab soalan Re-test tempoh hari. Terasa berbaloi sangat usaha ini, bila menuntut ilmu itu bukan kerana peperiksaan tetapi kerana Illahi semata-semata. Mungkin sukar untuk mencapai tahap ini, tapi bila kesukaran mendesak akhirnya Allah tetap menjadi sandaran. InsyaAllah, bila setiap amalan dan gerak langkah dilaksanakan kerana Allah, kejayaan akan menyusul dengan sendirinya.

Entry kali ditulis khas menggambarkan perasaan gembira di hati ini. Kerana ape? Kerana telah hidupnya surau itu. Yes, I'm referring to my beloved Surau Perindu or nama manjanya SUPER. Saat kali pertama menjejak kaki ke UiTM, terasa seronok sekali sebab suraunya hidup dengan para pemuda yang rajin berjemaah di surau. Diam-diam saya memasang impian untuk mendekatkan diri dengan surau ni. Selesa pun selesa, berkat pun berkat jugak. Sewaktu kelelahan mengejar masa dalam Minggu Destini Siswa, surau itu menjadi tempat saya merehatkan fikiran serta merancang semula strategi harian. Terasa damai dan tenteram. Hilang sebentar kekusutan dunia yang melanda.

Tamat sahaja mingu orientasi, SUPER mula jatuh sakit. Keadaan makin suram dan kelam. Tiada lagi solat berjemaah dan jika ada jumlah safnya sangat sedikit hingga diri ini pun turut lari meniggalkan surau itu. Majlis ilmu dan sesi tazkirah pun terbengkalai. Saya paksa jugak diri untuk selalu berkunjung ke surau biarpun kemeriahan itu telah tiada. Secara peribadi, surau sememangnya menjadi rumah kedua buat diri ini. Di MOZAC dulu, surau tu dah jadi tempat saya mengadakan mesyuarat, perhimpunan asrama, sesi ilmu, sesi disiplin, tempat berehat bersama degan sahabat, bahkan kerap sahaja tidur di surau tu. Bukanlah kerana bilik yang diberi tak selesa, tetapi kerana jiwa ini telah terpikat dengan kemeriahan surau di asrama dulu.

Baru-baru ini, UiTM menerima pelajar-pelajar peringkat Ijazah yang dah memulakan pengajian. Terasa sedikit tidak selesa dengan pertambahan komuniti. Dewan makan dan kedai runcit yang dulu lenggang je, dah dibanjiri ramai orang. Tapi diri ini boleh tersenyum lega sebab, surau yang dulu nazak tu, hidup semula malah lebih segar lagi. Setiap solat fardhu pasti dilaksanakan dalam jemaah dan majlis ilmu bergerak semula. Alhamdulillah. Tidak layak diri ini untuk komen lebih-lebih, tetapi wajar bagi seorang muslim itu memahatkan hatinya pada rumah Allah. Setiap kali memasuki rumahNya, percayalah hati anda pasti tenteram dan kerisauan duniawi itu menghilang begitu sahaja. Malah inspirasi menyelesaikan masalahpun datang dengan mudah. Ambillah peluang sementara kita masih mampu untuk mendekatkan diri dengan rumah Allah ni. Janganlah surau yang dekat itupun kita labelkan sebagai jauh berkilometer. Kelak bila dah bekerjaya nanti, adakah ruang masa buat kita atau kita akan terus memberi alasan lagi? Ingatlah, rumah Allah sentiasa mengalu-alukan para tetamunya. Selamat beramal.

Wassalam...

Saturday, September 10, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Dalam lajunya deras dunia ini mengalir, diri ini terkadang terasa terpalit dan lemas dalam arus ujian dunia yang sementara ini. Jiwa terasa kurang senang dan hati menjadi gundah. Alhamdulillah dalam kesempatan menyambut Aidilfitri ini, yes I'm still in the Raya mood!!!, dapat jugak  merelakan diri ini untuk berpuasa di dalam bulan Syawal ini. Hebatnya Allah memanjangkan lagi, rahmat berpuasa ini hingga ke hari ini. Entry kali ini saya nak tulis sikit tentang jiwa hamba ini.

Seperti yang kita maklum, sudah menjadi fitrah kepada kita menjadi seorang hamba. Tapi bukanlah hamba kepada sesiapa tetapi hanya memperhambakan diri ini kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Sebagai seorang hamba, kita perlu menjunjung perintah Allah setinggi-tingginya. Arahan daripada Allah tu patut jadi priority utama kita. Tapi bukan sekadar melaksanakan perintah dan meninggalkan laranganNya sahaja, tapi turut menyerahkan segala aspek kehidupan kita kepada Yang Maha Esa selepas berhempas pulas kita berusaha. malah matlamat kita pun harus kita setkan untuk mencapai keredhaan Allah semata-mata. Barulah jiwa hamba ini akan terbentuk dan terasa indah hidup bertuhankan Allah.

Membandingkan perkara tadi dengan diri sendiri ini, terasa amat berbeza sekali. Saya akui fitrah saya sebagai seorang hamba hina yang hidup hanya bergantung kepada rahmat Allah, tapi percakapan dan perbuatan saya lansung tak mengambarkan pengakuan tersebut. Bergelar mahasiswa dalam masa beberapa bulan ini, membuatkan saya terkadang terlupa siapa diri saya yang sebenar. Menjadi seorang Anak Muzaffar, mengajar saya yang kita perlu yakin dan berbangga dengan kelebihan diri sendiri. Tapi saya terlupa bahawa MOZAC turut mengajar saya bahawa sehebat mana diri ini kita tetap sama di sisi Allah dan hanya taqwa yang membezakan kita. Result tests yang baru-baru ini banyak memberi kesedaran kepada saya. Dasar manusia, bila ditimpa musibah baru hendak tergadah untuk menadah kepada Allah. Bukan hendak megatakan keputusan itu teruk ke ape, tapi saya tahu kebolehan diri sendiri, dan result yang patut saya genggam patutnya lebih hebat lagi.

Muhasabah diri semula, saya tersedar lagi memang dah banyak diri ini berubah. Saya selalu membandingkan diri ini dengan Ahmad Azri, seorang pemimpin Muzaffar pada suatu ketika dahulu. Banyak sangat bezanya, terasa saya dengan Ahmad Azri tu jauh bezanya. Tak percaya? Saya sertakan buktinya :

Amalan harian Ahmad Azri, seorang pemimpin Muzaffar :

  1. Solat Subuh berjemaah
  2. Al Ma'thurat sentiasa di atas lidah selepas Solat Subuh, kadang-kadang sempat menyemak kitab Fadhilat Amal
  3. Solat Zohor berjemaah
  4. Membaca Al-Quran 5 muka surat
  5. Solat Asar berjemaah
  6. Membaca Al-Quran 5 muka surat
  7. Solat Maghrib berjemaah
  8. Membaca Yasiin
  9. Membaca Al-Quran 5 muka surat
  10. Menyempatkan diri untuk mendengar tazkirah, ada ketika turut menyampaikan tazkirah
  11. Solat Isya' berjemaah
  12. Solat Taubat dan Hajat
  13. Membaca Al Mulk
  14. Menghadiri Majlis Ta'alim
Amalan Harian Ahmad Azri, seorang mahasiswa undang-undang :
  1. Solat Subuh, sendirian dan terkadang hampir tamat waktu
  2. Solat Zohor
  3. Solat Asar
  4. Solat Maghrib
  5. Solat Isya'
Dua jasad yang sama, except that I'm a bit chubbier nowadays, tapi kekuatan roh yang berbeza. Diri saya yang dahulu sering dihimpit kesibukan tapi tetap mampu cari masa untuk ber'dating' dengan Allah. Tapi sekarang? Waktu senggang banyak, tapi diri ini yang malas. Sungguh, saya rindu sangat diri yang dulu. Maka mulai sekarang harus belajar semula cara menjadi hamba yang sebenarnya. Di mana segala urusan kehidupan di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah mampu melakukan segala-galanya. Maka diri ini perlu mencari lebih waktu lagi untuk membaiki diri ini sambil menjalankan amanah Rasul junjungan kita yakni memyampaikan risalah Islam. Dakwah itu bukan hanya melalui mulut, bahkan melalui tingkah laku dan budi pekerti yang mulia. 

Wassalam....

Sunday, September 4, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah Ya Rabbal Alamin, kerana mengurniakan kegembiraan yang tidak terkata dalam menyambut Aidilfitri tahun ini. Dalam bergembira, hati terus kukuh berpaut kepada Yang Maha Esa. Tahun ni rasa sangat seronok sebab dapat sambut raya di dua-dua kampung, Melaka dan jugak Pulau Pinang. Berjumpa dengan saudara mara yang kebanyakkannya saya dah tak kenal, sebab semua muka dah lain dah. Inilah nikmatnya Aidilfitri, di samping dapat makan rendang dan kuih raya, sempat jugak saya untuk mengeratkan sillahturahim. Moga kegembiraan dan kebahagiaan ini kekal hingga ke akhirat kelak.
Kat sini jugak saya sertakan message-message raya yang telah saya terima pada tahun ini. Terima kasih kat korang semua yang masih ingat lagi dekat hamba Allah yang seorang ni. Moga sillahturrahim kita deeratkan lagi dengan keredhaanNya :
Adha Khamis : Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin… J
Siti Halilah : Tq. Slmt ari ry gak… ak pn nak mnta maaf, as a human, ak rase msti ad wat slh kn ko an.. smoga brgmbira juga. ‘igt Allah slalo’ slmt bramal… (@_@>
Raisya Nur Syahira : Selamat hari raya jugak, azri. Maaf zahir+batin. Hv a bless raya J
Aisyah Mohd : Jika kesilapan semalam belum terampun, “MAAFKANLAH”. Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati, “LUPAKANLAH”. Jika kesilapan esok mendatang, janganlah di bawa ke AKHIRAT. Ingin ku menyusun sepuluh jari Mohon Ampun & Maaf zahir batin. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. ikhlas dr aisyah
Husnul Lokman : Selamat hari raya too J sorry for all the wrongdoings J
Serena Teo : Selamat hari raya to you and your family J
Shazmi Shafiai : Kunang2 berkelipan dimalam aidilfitri J Menyinari seluruh pelusuk kampung J Kalau ada salah dan silap dari saya ini J Maafkanlah dan kita kira kosong2 J Selamat Hari Raya Aildilfitri Maaf Zahir dan Batin
Prof Rafidah : Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
Naim Ramlee : “sir lump mad hurry rare year ideal fit tree moo lee year, ma half za hair bar teen, 2 loose dairy hearty” sorry I baroo ball leak dairy london. On the way 2 camp pong. Hehehe. Maaf Zahir & Batin.
Nabihah Razali : Salam aidilfitri. Maaf zahir dan batin.. 0-0 ea.. J Wa kullu ‘amin wa antum bikhair!!!
Fikri Azriq : Salam aidilfitri sy ucapkn.. ampunkn sgala silap mahupun kekasaran.. diharap dpt mengerat hbgn.. slmt menyambut lebaran.. ikhlas dr tman.. –fikri azriq
OHANA yang tak mahu dikenali : Ikhlas buat insan yang mengenali diri ini… andai dpt ku undurkn masa, pastikn ku btulkn sgala k’khilafanku… Andai ku tahu tika itu aq m’nyakiti hatimu, pastu ku lari dr mu… kerna dosa pd manusia sape yg tahu… ampunknlh diri yg lmh ini J salam aidilfitri… Moga Allah merahmati mu…
Ajim Cobra : Di penghujung Ramadhan ini… Sinar Syawal menjelma… Ampun maaf dipinta andainya… Terkasar bahasa… Tersilap bicara… Termarah yang tak kena… Tertanya tak tentu hala… Tersasul yang tak sengaja… Terpukul kat mana mana… Terpekik di telinga… Terhantuk di kepala… Terpinjam harta benda… Termoody tak semena mena… Terumpat bila-bila… Terusik kat mana2… dan macam-macam lagi yang adaa… hantar mcg awal bkn apa sbb ta0 nant mst line bz gla… 0-0 nohh…. J “Selamat Hari Raya Aidilfitri… Maaf Zahir dan Batin” Dr aj cobra @ ajim
Hafizy Azman : Selamat hari raya maaf zahir batin dr hafizy isteri & keluarga…
Farid Khosim : Moga kita diberi ktenangan n kegembiraan. Maaf ats sgala ksilapan dan ktelanjuran kata… Halalkn ilmu n stiap apa yg sy terima… Insan hina, faidKhosim.
Nik Muhammad Hafiz : Tangan dihulur Tak kesampaian, senyum d ukir tak kelihatan, sms d kirim tanda ingatan, d aidilfitri kita bermaafan, Selamat Hari Raya aildilfitri maaf zahir batin.. dari Nik Hafiz n Muna Osman serta keluarga.
Prof Izuan : Thanx. Salam syawal! Maaf zhr btn
Hasrul : Salam lebaran.. Wlau jauh bkn halangan, sms dihantar tanda persahabatan, kupohon maaf selama berkawan, salam aidilfitri tanda ingatan. Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Hannan Athari : Assalamualaikum.. salam lebaran di ucapkn kpd anda sekeluarga.. ribuan kemaafan dipinta sekiranya ada salah dan silap sepanjang persahabatan kita… diharapkan anda sekeluarga sntiasa dikurniakan hidayah dan rahmat drpd Allah SWT… Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 H… ikhlas drpd Hannan Athari Hassan.
Unknown : In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Assalamualaikum w.b.t I open my talk now. Nothing much. Happy eid mubarak. Please forgive for all my bad. Im sorry. Just an ordinary girl. Iam born to be unperfect. Tahnk you J -zt
Ikmal Hisyam : Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin mohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki.. J
Azfar Adam : Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin, serta selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 54 ~ dgningatantulusikhlas J
Sollahudaim : Slamat hari raye jgk!! Maap zahir batin J … Semoga dirimu juga bahagia disamping org t’sayang J J
Azim Azman : Salam aidilfitri. Maafkanlah hamba jika ada tersilap spnjg perkenalan kita. Maaf zahir batin. Dr azim, isteri dan keluarga. J
Shafiqa Salleh : Selamat hari raya~ maaf zahir dan batin. J
Shakir Zufayri : Selamat… Maaf…
Prof Wan Fauziah : Tq Selamat hari raya to u too
Thohira Akhter : Assalamualaikum.. J BERGURAU x selalu tp MESRA J Kasih x dalam tapi KEKAL J Senyuman tak MANIS tapi IKHLAS J Hati x CINTA tapi RINDU J Mesej x kerap tapi INGAT J SALAM AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN… ( sori atas segala slah slap.. ape2 yg pernah ak ckp mgkn buat ko kecok hati ke sakit ati ke… sori sgat2…. X de niat pun J smoge hppy2 slalu d hari bhagia ni… J… )
Atiqah Alias : Salam Aidilfitri. Maaf dipinta atas sgala salah dan silap. Semoga aidilfitri kalai ini menjadi titik fitrah bagi kita semua . –Dr Nurul Atiqah Alias. InsyaAllah J
Zulhilmi Zulkifli : Selamat hari raya juga buat azri sekeluarga.. salah dan silap harap dimaafi J
Prof Syida : Tq. Slmt hari raya J
Abhar Husaini : Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin azri J
Daniel Abdullah : Slmt ari raya!
Rabiatul Athirah : Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Have fun don’t drink and drive xx rabi’atul athirah, husband and kids.
Faqrul Fithri : Selamat hari raya maaf zahir batin. Dari faqrul, isteri dan keluarga.
Hafidzi Tahwil : SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN J
Alhamdulillah itu antara message message raya yang saya terima. Ada jugak yang hantar tapi saya dah accidentally delete kat dalam inbox tu. Tapi tahun ni tak dapat kad raya pulak yer… Hmm. Ada seoraag tu hantar text raya yang meaningful sangat kat saya lepas Zohor raya pertama tapi tak boleh publish kat sini nanti dia marah. Haha. So, stop kat sini dulum. Salam Syawal….
Wassalam…

Tuesday, August 30, 2011

Gambar ini di 'snap' sebelum pulang beraya selepas abis tutorial :)

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga EFL Kindergarten, Tabika Paya Rumput, SK Paya Rumput, guru-guru, sahabat-sahabat, seniors, juniors serta staff SMS Muzaffar Syah (MOZAC), semua brothers and sisters OHANArians, semua kawan-kawan PKTR '10 dan AYTR, semua pensyarah Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam, warga happening Kolej Perindu and lastly to my family and relatives.

Semoga raya kali ini penuh makna dan penuh kegembiraan. Amin~

Monday, August 29, 2011


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, kerana meletakkan diri ini di bawah jagaanNya setiap masa dan ketika. Entry kali ini agak berjarak sedikit daripada posting-posting yang sebelum ni. Kalau sebelum ni rancak jer nak update blog ni tapi aktiviti terhenti sebentar sebab my beloved laptop telah diserang virus yang sangat hebat. I really do respect you virus programmer. Habis laptop ni tak boleh apa-apa langsung. Haish... So terpaksa la beberapa hari ni sunyi je tanpa laptop so blog pun jadi bersawang kejap. Haha. Fortunately, my bro, Zaidi Hamid is an expert in this field. So dia pun tolong la betulkan balik laptop ni. Dan Alhamdulillah, baik jugak dah laptop ni. But sadly, semua pictures, songs, videos and documents dah hilang. Sobs,sobs... Sedih lar.. Dah lar tu semuanya barang-barang yang penting. Tapi tak berguna kalau nak menyesal sekarang ni. Dah terlambat dah.

So berbalik semula kepada topik entry ni. Erti sebuah kemerdekaan. Yes, 31 August is our official independence day. Dah 54 tahun kita mencapai kemerdekaan dan menjadi sebuah negara berdaulat dan bermaruah hingga ke hari ini. Tahun ni terasa berbeza sedikit sebab, ni la first time sambut merdeka di luar MOZAC. Sebelum-sebelum ni, bila masuk je Ogos ini mesti banyak aktiviti-aktiviti penghayatan bulan kemerdekaan ni. Tapi tahun ni rasa kosong jer. Orang-orang dekat sekeliling saya ni tak rasa seronok ke nak sambut Hari Merdeka ker? Atau sebab dah berada dalam komuniti remaja IPTA ni, kita dah malu ke nak menzahirkan rasa cinta kita kepada negara. Yang kita tahu cumalah mengutuk kelemahan negara kita secara terang-terangan dalam facebook ataupun laman sosial yang lain. Bukanlah nak katakan kita tak boleh nak komen keadaan negara kita ni tapi kritik berbeza dengan kutuk yer? Pernah tak sekalipun kita mensyukuri nikmat yang Allah dah limpahkan dalam negara kita ni?

Kalau dari segi penghayatan tu, cuma dalam kelar Dato' Irmohizam je la yang sempat untuk saya tengok video-video kemerdekaan ni. Itupun ada jugak my coursemates yang tertido time tengok video tu. Bosan sangat ke bila mengimbau sejarah perjuangan bangsa kita ni? Tahun 2010, merupakan tahun yang sangat mengharukan buat saya. Berkumpul semua warga Muzaffar dalam Dewan Sultan Muzaffar Syah untuk sambutan kemerdekaan tahun tu. Sama-sama kami hayati presentation yang disediakan. Sepanjang malam tu, hati saya ni sebak dan terharu. Saya mula fikirkan kenapa tak ramai lagi anak bangsa zaman sekarang yang mempunyai jiwa mempertahankan tanah air lagi. Mungkin sebab kita tak berada di sana untuk melihat dan merasai sendiri penderitaan bangsa kita. Sebab itulah amat penting buat kita untuk mengetahui erti sebuah kemerdekaan untuk negara kita. Dan saya amat hargai peluang yang sekolah bagi kepada saya untuk laungkan kalimat 'Merdeka' sebanyak 7 kali pada tahun tu.

Dalam segala kemajuan yang telah kita capai selama ini, masih ramai lagi rakyat kita yang menghalang diri mereka sendiri daripada turut serta dalam kemajuan ini. Dan ramai lagi yang hanya mengejar kemajuan lahiriah, tetapi kemajuan akhlak dan jati diri hanya dibiarkan begitu saje. Biarpun bangsa kita yang dulu mundur tapi mereka sangat sayangkan tanah air mereka ni. Kita pulak kalau boleh kita nak agungkan jer kemajuan negara luar tu. Tapi kita sendiri malas untuk memajukan negara kita, hanya mampu berpeluk tubuh menanti orang lain untuk melakukan sesuatu. Apakah erti kemerdekaan buat kita kalau kita tak faham langsung apa tu merdeka at the first place.

Martabat bangsa kita di tangan kita. Bukan di tangan orang lain. Malaysia milik kita. Siapa nak pertahankan Jalur Gemilang saat negara kita dilanda penjajahan anasir kuasa luar? Langit mana lagi yang kita hendak julang kalau langit Malaysia ni diambil orang nanti? Bumi manakah yang akan kita pijak kalau bumi merdeka ini dibakar kebencian dan perpecahan kita sendiri? Maruah bangsa kita perlu dijulang bukan dibiarkan diinjak sewenang-wenangnya. Biarkan nyawa jadi galang gantinya asalkan tidak sekalipun maruah negaraku tercalar. Kerana saya malu menggelar diri ini anak bangsa, kalau saya tak mampu nak mempertahankan maruah kita.

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Setiap kali saya baca sajak Tun Dr. Mahathir ni saya rasa sedih sangat. Terasa macam Tun sedang bercakap directly dengan saya. Bagaikan amanah yang beliau nak sampaikan khas untuk saya. Apakah wujud lagi anak bangsa yang gagah dan berhati perkasa untuk mengangkat harga diri bangsa ke mercu tanda penghormatan seantero dunia.

Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putera puteri sayang
Putera puteri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Permata nilam

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putera puteri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji


Buat Negaraku, ketahuilah, engkaulah kebangaanku yang ku julang dalam setiap denyut jantungku...

Monday, August 22, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Dilempar di darat jadi permata
Dihumban ke laut jadi mutiara
Dilambung ke angkasa jadi kejora
Di buang ke hutan jadi gerila
Di tanam di kuburan tinggallah pusara
Jatuh di laut jadi pelampung
Bila putus jadi penghubung
Jika panas jadi pelindung
Takkala hujan jadi payung
Ketika susah sedia menolong
Senang bermesra tidak sombong
Pantas bergerak tak minta di usung

Dedicated to Guru-guru MOZAC yang dirindui...


Sunday, August 21, 2011

Solat Maghrib berjemaah bersama OHANA :)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah banyak-banyak kali sebab Allah masih lagi beri kesempatan untuk update something dalam blog ni. Thank you Allah :) Saat menaip entry ini, diri hamba ini sedang berada di Prima Siswa dengan niat untuk study Introduction to Malaysia Government and Politics, but end up blogging first, haha... The temptation is unresistable. Mana tidaknya, kerana 2 hari yang lalu ni merupakan hari yang paling bermakna setakat ni untuk Ramadhan tahun ini. Sebab 2 hari yang lalu saya melalui pelbagai pengalaman sehingga badan ni terasa lesu jer.

To begin with, on 19th August, an event was held in Dewan Agong Tuanku Canselor and the V.I.P was YAB Dato' Seri Najib Tun Razak. I went there for the sole purpose of listening to the opening speech by him. I expect something fiery and lively again but, I was clear and almost monotonous. But maybe he's tired with all his duties going on around 24 hours a day. Terima kasih Perdana Menteri kerana sudi memimpin negara ni. Besar amanahnya tu. Sebaik sahaja beliau pulang, semua students Law Foundation yang cuma separuh jer yang hadir pun pulang jugak without knowing the dentrimental effect that we were going to face. Our Program Leader, Pn Rafidah posted on our Facebook wall demanding us the CRs to explain the disappearance of all of us. So malam tu, tepaksa la tabahkan hati, called her, begged for forgiveness and explained the whole situation in a nice way. Phew, thank you Allah for giving me a way to solve this problem.

The next morning, saya turun bersahur di Kolej Mawar buat pertama kali dalam hidup ni. Haha, sadly orang yang ada sangat sikit. Tak ramai pulak orang yang nak sahur time tu. Lepas sahur, terus performed Subuh Prayer dan terus tido balik sebab malam sebelum tu penat selesaikan a few matters. Bangun - bangun jer, Shazmi terus hantar saya dengan Naim ke KL or to be exact Universiti Malaya. At last I'm having iftar with my fellows OHANArians. The rain didn't really prevent Shazmi driving fast while I sit beside him praying that the rain will stop. We got lost a few times and we somehow end up in front of SMK (P) Sri Aman front gate. Now I know where Nik Zahira, Husnul Lokman and Jen Yeen originated from. It is a nice school by the way. Sampai saje di UM, orang pertama yang sambut saya was obviously Hamka and later we met with Sharafi and Azfar. Sembang bukan rancak lagi sementara menunggu Ameerul datang pick up kami. So basically we had our iftar at Dagang Aveneu, a place very random to me but turned out to be pleasantly nice. A bit off schedule but we made it. The BEST part was, lepas iftar tu kami sempat solat fardhu Maghrib berjemaah. Allahu, terharu sangat waktu tu, sebab dah lama tak solat berjemaah dengan mereka ni. Rindu waktu sekolah dulu. Then, we continued to watch Liverpool trashed Arsenal in a football match sementara tunggu waktu Isya'. Yang tak bestnya, saya kena pulak solat Isya' and tarawikh sendirian sebab mereka tak nak join. Kenapa la kita tak nak kejar keberkatan bersama - sama yer? Nak kena tarbiyah lebih lagi diri masing-masing ni.

After bidding farewell to each other, we returned to our own university, but I spent an overnight at UM dekat bilik Hamka and habiskan masa dengan bermain PES bersama-sama. Tepat pukul 5 pagi, saya dan Hamka turun untuk bersahur dekat kafeteria. Siap jemput ukti Aisyah, Farhana dan Halilah sekali tapi mereka kata dah ada makanan kat bilik, so kita sahur sama - sama Ramadhan tahun depan la yer? InsyaAllah.

Rasa sedih sikit masa nak balik tapi nak buat macam mana kena balik jugak. Saya pun gerak ke Mid Valley untuk jumpa dengan Naim dan saya hampir sesat dalam perjalanan ke sana, true story. Kemudian, kami travel ke TBS dengan naik komuter. It was my first time and to be honest it was not a pleasant first experience. Sangat panas dan semua orang cram macam sardin dalam setiap coach tu. Nasib baik lah TBS tak jauh sangat dengan Mid Valley. I learn two things through this experience, TBS is an extremely nice place and Malaysians just can't wait and be tolerate to others. Semua orang nak berebut masuk dalam komuter tu, macam mana pulak dengan orang yang nak keluar? Mana perginya akhlak Islamiyyah kita time tu? Nauzubillah...

So from TBS kami menghala balik ke Shah Alam and I hink we had been standing on our feet for two hours. Lenguhnya kaki ni malam ni. Ada orang boleh tolong urutkan tak? Haha... So arrived dekat Shah Alam dah betul-btul nak azan dah, so nak tak nak terpaksa la amik teksi. Sampai jer Seksyen 2 terus beli air dan berbuka dekat situ. Tak baik tau kalau melengah-lengahkan berbuka puasa ni. Rasanya diri ni waktu memang sangat lapar dan penat sampai boleh tergigit bibir sendiri pulak. Aduh, sakitnya, tak pasal-pasal dah berdarah pulak. sekarang nak makan apapun rasa sakit jer. Shafakallah untuk diri sendiri. Amin~

In conclusion, it was a hectic and undeniably an interesting two days. Rasa rindu dekat OHANA terubat jugak akhirnya. Alhamdulillah. So here's the list of the important persons whom I met through those two days : Najib Tun Razak, Hamka, Syarafi, Azfar, Ameerul, Amir, Syafiq Saiyete, Ridzwan, Asyraf, Faris, Hanif, Akmal, Faez, Izzat, Hafizie, Dahri, Syafiq Omar, Alif and Amirah Safei. Hey, I have already starting to miss those moments. InsyaAllah ada masa lagi kita gather sama-sama lagi.

Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Sebab itu persahabatan yang jujur itu adalah salah satu dari tangga kejayaan

Wassalam....

Thursday, August 18, 2011


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, Allah masi lagi kurniakan nikmat kerajinan untuk update blog ni. Rasanya bulan Ramadhan ni rasa rajin je nak update blog ni. Mungkin sebab bulan barakah ni ada banyak perkara yang seronok untuk dikongsikan. Amin, dalam keseronokan masih ada rasanya nilai kesyukuran dalam diri ni. Amin. Entry kali ini terasa nak menulis review tentang novel yang baru je abis dibaca beberapa hari yang lalu. Kalau siapa yang biasa kenal saya, rasanya memang sedia maklum bahawa saya ni memang jenis baca novel from my two all time favourite authors, Habiburahman El Shirazy dan Ramlee Awang Murshid. Dan kali ni saya buat exception sikit dengan membaca novel sejarah islam by Abdul Latip Talib. Rasanya banyak jugak karya pengarang ni yang ada di pasaran. Tapi buku yang kali ni sangat menarik perhatian saya. Sebabnya, selepas Rasulullah dan ayah saya, Sayyidina Umarlah yang paling saya kagum sekali.

Melalui novel ni barulah saya dapat mengenali lagi peribadi terpuji sahabat Rasulullah yang digelar Al-Faruq ni. MasyaAllah, rasa terharu biler membaca setiap helaian novel tu. Sejak kecil lagi Umar Al Khattab dah menunjukkan ciri-ciri seorang yang bertanggungjawab walaupun time zaman jahiliah lagi. Paling buat saya terasa bila membandingkan diri ni dengan Sayyidina Umar dalam aspek kepimpinan. Sewaktu Al - Faruq jadi Khalifah, pelbagai pembangunan beliau jalankan dan pada masa yang sama Islam tetap terus dibela. Nak dibandingkan pulak dengan diri ni yang lemah ni, sejak kecil lagi saya dah jadi pemimpin pelajar. Lagi best time dekat MOZAC siap diangkat jadi Ketua Pelajar lagi. MasyaAllah. Tapi dengan bantuan kawan-kawan mampu la jugak saya ni tegakkan syiar Islam dekat MOZAC tu. Masuk ke UiTM ni pulak, diberikan jawatan Head CR, tapi dekat sini terasa susahnya nak martabatkan syiar Islam tu. Nauzubillah. Moga Allah bekalkan keberanian yang cukup untuk mebantu agama Allah ni. Amin~

Sinopsis :

Khalifah Umar al-Khattab berjaya mencipta sejarah keemasan negara Islam yang mendapat penghormatan dan sanjungan sepanjang zaman. Beliau manusia berbakat dan pintar menjadi lambang kejayaan bangsa Arab dan umat Islam. Dalam masa 10 tahun 6 bulan beliau memerintah, seluruh empayar Rom dan Parsi tunduk di bawah kuasa pemerintahan Islam. Selain sebagai penakluk, Khalifah Umar al-Khattab juga berjaya menyusun pentadbiran yang berkesan dan teratur. Dia pengasas sistem politik Islam, pelaksana undang-undang syariah dalam negara dan berjaya membentuk sebuah negara Islam yang baru.


Di bidang keselamatan dalam negeri, beliau menubuhkan pasukan polis. Bagi mengukuhkan sistem pertahanan, beliau membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal laut. Pahlawan yang berjaya menundukkan Parsi dan Rom ini turut mengasaskan bandar-bandar baru bagi mengembangkan kebudayaan Islam. Selain itu beliau juga memajukan bidang pertanian dan mengasaskan sistem pelajaran Islam.


Umar al-Khattab mahir dalam ilmu fikah dan seorang pemidato yang hebat. Beliau seorang ahli gusti dan penunggang kuda yang cekap. Walaupun berada di tampuk kekuasaan, pencetus zaman keemasan negara Islam ini hidup sederhana mencontohi Rasulullah.


Wassalam...





Wednesday, August 17, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabrakatuh. Alhamdulillah berkali-kali sebab masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ni. Moga setiap nafasku hanyalah untukMu dan setiap arah perjalananku sentiasa mendekatiMu. Amin Ya Rabbal Alamin. Minggu ini terasa sangat tenang sekali, mugkin tak setenang yang disangka, maybe sebab minggu lepas hidup penuh dengan exam dah presentation je, so minggu ni rasa tenang jer. Alhamdulillah lagi. Menyemak tahap iman semenjak dua menjak ni kadang-kadang rasa risau jugak. Makin kencang pulak turun naik. Time naik tu rasa semangat jer nak beribadah, time turun tu rasa malas jer, abis terbazir waktu baring atas tilam jer. So malam ni dapat kesedaran bila seorang sahabat ni tanya, "Azri malam ni dah berapa malam kita tarawikh yer?". Mudah mulut ni menjawab, 18 la kan? Tapi berat hati ni mengakui kebenaran tu.

Kenapa? Sebab terasa banyak sekali yang saya dah terlepas dalam Ramadhan tahun ni. Terasa berbeza sangat dengan keadaan masa dekat MOZAC dulu. Kalau dulu Ramadhan kami sambut dengan sungguh-sungguh. Ibadah dan study rasa sangat seimbang. Bukanlah nak mengatakan saya tak immarahkan Ramadhan tahun ni, tapi tak cukup bersemarak lagi rasanya. Allahu, berilah hambaMu ini jalan penyelesaian yer. Dalam terus mencari resipi yang berguna untuk baiki Ramadhan ni, waktu terus berjalan. Alamak, takutnya biler fikirkan yang Ramdhan dah nak berlalu ni. Sempat lagi tak berjumpa dengan Al-Mubarak tahun depan? Kusut fikiran ini dibuatnya. Sekarang ni kita masih lagi dalam fasa keampunan. Setiap hari saya berdoa agar Allah ampunkan segala dosa-dosa diri ini, ayah and mama, adik beradik, sanak saudara, sahabat-sahabat, guru-guru dan jugak pensyarah-pensyarah saya sekali. Moga terampunlah dosa kita semua. Tapi lepas doa jer, setengah jam lepas tu dah mula buat kemungkaran balik diri ni. Lemah sangat ke iman ni? Ni memang nak kena tarbiah selalu ni.

Takut tak? Setiap kali kita buat perkara mungkar, akan ada satu titik hitam dekat hati kita ni. Ish, dah gelap sangat hati ni rasanya. Allahu, hantarlah cahaya hidayahMu supaya terang benderang balik hati ni. Amin. Tapi tak bolehlah nak berdoa jer, kena usaha jugak la. Baru la datang hidayah tu nanti. Ada dua hari lagi sebelum fasa keampunan ni berakhir, sempat ke tak ni? Ish risau ni. Ada orang boleh tolong tak? Haha. Kalau nampak saya ni terlalai, tolonglah ingat-ingatkan. Terima kasih.

Tapi saya masih lagi tetap berharap. Allah tetap sayangkan kita semua. Selagi kita berharap dan berdoa kepadaNya, selagi itulah Dia akan jaga kita. InsyaAllah. Semalam berlaku perkara yang sangat best pada saya. Saya bertemu dengan seorang bidadari yang sangat saya cari-cari. MasyaAllah hebatnya hamba Allah yang seorang ni. Terus bertambah kagum lagi hormat. Seronok betul rasanya. Terima kasih Allah. Memang dasyat rahmat Allah bulan Ramadhan ni. Alhamdulillah. Tapi saya sedar pernah terluka hati seorang bidadari sebelum ni. Niat nak jadi baik akhirnya melukakan hati orang pulak. Moga bidadari yang ni takkan terluka atau terasa hati dengan kata-kata ataupun tingkah laku saya. Kadang-kadang kita cuba jadi baik dan untuk menjaga hati bidadari ni, but we end up hurting them. So kenalah berhati-hati dalam berkomunikasi. Kalau nak tambat hati bidadari kenalah tambat keredhaan Allah S.W.T dulu. Moga Allah berikan saya cara terbaik untuk dekat dengan bidadari ni. Amin. Biarkan kata-kata selalu tak bertemu, mata tak selalu memandang, suara jarang-jarang didengar, tapi kalau hati kedua-duanya selalu ingat pada Allah, insyaAllah bertaut jugak nanti. Amin. Oh, saya gelar orang-orang macam ni bidadari sebab susah nak jumpa wanita-wanita solehah wa muslehah dekat dunia ni lagi. Kagum sebab dalam dunia yang penuh tipu dusta ni mereka masih kukuh memartabatkan iman mereka. MasyaAllah...

So dalam merayu dalam keampunan Allah ni, Allah masih lagi limpahkan rahmat dalam pelbagai cara. Kenalah kita bersyukur banyak-banyak yer. Ingat Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang berusaha. Lepas usaha kita tawakkal dan bersyukurlah dengan segala ketentuan Tuhan kerana Allah jugalah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Wassalam....

Aku Hanya Umar by Hijjaz

Sebelum disapa sinar iman

Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan
Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya
Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan
Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan
Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia
Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi
Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku
Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan

And I seriously like this one part from a song by D'Masiv. It is simply meanigful...
meski ku tak tahu lagi
engkau ada di mana
dengarkan aku ku merindukanmu...
Wassalam....

Wednesday, August 10, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabrakatuh. Alhamdulillah, rasanya dalam beberapa ketika lagi tamatlah fasa rahmat dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ni. Hmm, menilai balik diri sendiri tak tahulah kalau rahmat Allah tu dah berjaya saya raih dalam tempoh masa. Kalau dah, segala puji untuk Yang Maha Esa dan kalau belum moga Allah mudahkan lagi perjalanan saya untuk tempoh Ramadhan yang masih tinggal ni. Walauapapun rasa tersangat bersyukur sebab makin lama kekuatan untuk beribadah makin kuat dan stabil. Begitu ajaibnya bulan yang diberkati sehingga insan jahil seperti saya ni pun terasa berkobar untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Beberapa perkara menarik turut menuruti bulan Ramadhan yang saya lalui ini. Kebetulan pada minggu ini, lebih tepat lagi dua hari yang lalu saya berbuka puasa dengan orang-orang yang saya kasihi dan rapat dengan. Moga waktu yang singkat tu mampu mengankat ukhuwah kita ke tahap yang lebih tinggi. Kala ini, terasa sangat merindui sahabat-sahabat MOZAC yang masing-masing sedang menghadapi dugaan Ramadhan. Moga Allah kuatkan iman kita untuk mengharunginya tahun ini.

Dalam tempoh waktu yang singkat ini saya rasakan yang saya selalu risau dan berdoa supaya rahmat Allah itu selalu hampir dengan saya. Dan semalam seperti yang kita maklum merupakan malam terakhir fasa rahmat. Pada malam semalamlah saya sedar betapa besarnya rahmat Allah tu. Perlu kita ketahui rahmat Allah itu datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang manis dan ada jugak yang pahit. Rahmat yang saya rasakan semalam tu bagi saya sangat bermakna namun tersangatlah PAHIT untuk ditelan ke dalam hati ini. Rahmat kali ini terasa begitu berbeza sekali sebab rahmat ini datang dalam bentuk seorang insan yang sangat jujur.

Saya rasa sangat berterima kasih kepada dia ni. Moga Allah memberkati dia setiap masa. Dengan penuh kejujuran dan keikhlasan dia tegur saya dalam kerendahan hati yang buat saya terus bertambah kagum dengan dia. Insan ini sanggup buat apa sahaja asalkan hatinya tenang dan bebas daripada prasangka dan keraguan walaupun terpaksa berterus terang. Saya akui pahit untuk menerima kebenaran tapi saya akui kesalahan saya. Begitu teliti dia tuturkan baris-baris kata agar setiap saranan dan pesanan yang dia berikan tidak sedikitpun melukai hati saya. Malah sehingga sanggup membenarkan untuk marah kepadanya. Dia juga berkali-kali meminta maaf biarpun kesalahan itu di pihak saya sendiri. Murninya hati hambaMu itu Ya Allah. Daripada rasa tersinggung bila difikirkan semula saya bertambah kagum dan hormat dengan insan ini. Allahu, moga kau tetapkan kami terus begini atau lebih baik lagi di dunia mahupun di akhirat.

Wassalam~

Friday, August 5, 2011

BERPUASA Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang, malah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat dan boleh memudaratkan.
BERPUASA Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang, malah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat dan boleh memudaratkan.

Bagi tujuan itu, Islam menetapkan adab ketika berpuasa supaya ibadat mereka itu mendapat keberkatan dan mencapai tujuannya. Adab itu juga seiring dari segi perubatan dan kesihatan.

Dari segi perubatan atau kesihatan cara puasa yang tidak berkesan seperti:


Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka.

Makan terlalu banyak daging, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.

Mengulangi makanan sepanjang malam.

Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.

Tidur selepas kenyang makan.

Amalan yang seperti di atas boleh mengikis manfaat dan tujuan berpuasa. Mereka juga akan berasa letih dan mungkin mengalami pelbagai masalah kesihatan daripada amalan itu.

Puasa berjaya adalah yang diamalkan mengikut sunnah Rasulullah. Puasa berjaya akan membuahkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, bersih dan diperbaharui!

Apa yang di perlukan ialah kawalan yang baik sewaktu berbuka dan bersahur.

Ketika berbuka, sebaiknya makanlah makanan yang senang hadam, mengandungi serat dan dalam kadar sedikit. Amalan Rasulullah memakan tamar adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.

Untuk mengawal apa yang dimakan, perlulah bersederhana dalam menghidang juadah berbuka atau bersahur. Jika banyak yang dihidang dengan aneka jenis dan rasa, tentulah sukar untuk mengawal apa yang ada di depan mata. Ambil peluang bulan puasa ini untuk berjimat belanja, hadkan jenis dan makanan.

Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli.

Sediakan air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur. Ini kerana makanan ini mencuci usus dan menyenangkan buang air besar.

Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.

Protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun, termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat serta racun serangga.

Oleh kerana antara manfaat puasa ialah bahawa badan dapat mengeluarkan bahan racun yang kian lama terselit dalam lemak, daging, hati dan buah pinggang, wajar kita meminimumkan memakan protein haiwan ketika berpuasa.

Protein haiwan boleh digantikan dengan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dal, soya, hijau dan merah, walaupun protein dalamnya tidak lengkap. Dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan antara satu sama lain.

Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu:-


Fasa pertama (dua hingga tiga hari)

– Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).

Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.


Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)

– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.

Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.


Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa )

– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.

Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru.

Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan berjalan lancar.

Wali Allah mencapai peringkat spiritual yang tinggi kerana ketajaman ‘mata hati’ mereka kerana puasa yang mencapai matlamatnya.

Credits to Dakwah2u

Thursday, August 4, 2011

Assalamualaikumwarahmatuulahiwabarakatuh. Alhamdulillah. Moga segala pujian hanyalah untukMu yang selayaknya. Waktu menulis entry ini, baru sahaja pulang daripada bilik bacaan selepas berbincang dengan classmates tentang debate dan forum yang bakal dibentangkan pada minggu hadapan. Menginjak ke bulan Ramadhan dan melalui fasa-fasa terakhir semester satu memang terasa kelainannya. Pertama kali menempuh Ramadhan di luar negeri Melaka, terasa amat lain sekali. Suasana yang berbeza.

Sesungguhnya Ramadhan itu terbahagi kepada 3 bahagian. 10 hari yang pertama ialah rahmat, 10 hari yang seterusnya pula ialah pengampunan dan 10 hari yang terakhir ialah pelepasan daripada api neraka...

Kata-kata di atas banyak sekali bermain-main dalam ruang fikiran saya sejak memasuki Ramadhan. Saya akui memang terasa kelebihan dan nikmat bulan ini tetapi saya masih meragui mampukah saya mencapai rahmat, pengampunan dan pelepasan daripada api neraka pada tahun ini? Tubuh terasa lebih selesa untuk beribadah dan kaki lebih rajin untuk ke Masjid untuk solat berjemaah dan bertarawikh. Tapi hati masih sama. Hati terus keras dalam keraguan. Saya harap semakin berganjak ke dalam Ramadhan nanti moga hati ini jadi lembut. Selain sibuk mengejar Ramadhan, I felt that life as a legal student is becoming more hectic in this second part of the first semester. LWA01A which used to be free of test and examination now is threatened with reminders from lecturers abou it. Great! At least now I have the nervousness and ensure that I put forth extra effort in my revision.

Menyemak semula diri sewaktu di MOZAC, bacaan Al-Quran menjadi kelaziman dalam bulan al-Mubarak. Rasanya setiap hari memang habis satu juzuk atau kadang-kadang lebih lagi. But now, my only achievement is I managed to recite only 15 pages of the Holy Quran in 3 days. Teruk kan? I need to improve on this part immediately. Tak tahu mana silapnya, rasanya lebih banyak waktu senggang dekat sini tapi banyak dibazirkan dengan perkara lagha rasanya. Moga target untuk khatam Quran Ramadhan kali ini tercapai.

Being far from home teach me how valuable your money is and think thrice or even more before you spend it on something. It's true that everyman has their own weakness or temptation perhaps. Some are girls, money, cars, phones, or gadgets. But mine is food!!! So berRamadhan di Shah Alam mendesak diri untuk berkunjung ke bazar Ramadhan setiap hari untuk membeli makanan untuk berbuka puasa. Petang semalam, baru visit Bazar di Kompleks PKNS yang sagat meriah sehingga rambang mata nih. Nafsu, nafsu (geleng kepala).... But overall masih belum kronik sangat rasanya. Permulaan Ramadhan tahun ini rasanya agak mencabar selepas dilanda demam + selesema yang teruk sampai terpaksa skip few classes just untuk tido. Haha. Alhamdulillah makin sembuh dan can be on the right track back. Amalan berbuka puasa bersama masih diteruskan dengan kawan-kawan cuma sadly tiada OHANA di sisi.

Rasanya Ramadhan kali ni InsyaAllah akan mengubah cara hidup ini. Cuma iman makin tercabar sebab terkadang rasa macam sendirian di jalan Allah. Tapi tetap percaya dengan janji Allah, bahawa mereka yang berusaha ke arahNya pasti Dia akan membantunya. Amin~ Moga Ramadhan mampu mengukuhkan iman di hati. Amin untuk segala doa dan hajat yang terlafaz di bibir atau yang tersemat di hati dalam penuh pengharapan. Wassalam.

P/s : Currently reading a book entitle 'Umar Al - Khattab : Reformis Dunia Islam'. You know how much respect I have for Umar Al Khattab right? Here's a bonus. This is my list of mentors. Start off with Prophet Muhammad s.a.w, My dearest parents, Umar Al-Khattab, Khulafa' Ar Rasyidin, Umar Abdul Aziz, Tun Dr Mahathir, Faris Roslan, Anis Atika, Aisyah Mohd, Akmal Arif, Shakir Zufayri, Amirul Bahri, my OHANArians, PKTRians, teachers and lecturers. These are bunch of great people and it's a blessing for me to know them even for a single moment. May Allah bless all of you dengan kebahagiaan dan keredhaan yang berpanjangan. Amin.

Monday, August 1, 2011


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah. Masih bernyawa hingga mampu menjejak bulan Ramadhan al Mubarak. Meedeka! Merdeka! Merdeka! Eh, naper merdeka pulak kan? Baru 1 Ogos je ni, belum 31 lagi. Merdekalah saya sebab dalam bulan ini Allah s.w.t mengikat musuh kita yang paling nyata, Syaitan. Ehem, mintak-mintak la moga iman dalam hati ini dah bersedia untuk menghadapi bulan penuh menduga kesabaran ni. Amin. Tahun ni pasti menjanjikan pengalaman berpuasa yang baru. Pertama kali berpuasa jauh la jugak daripada family. Hello, Melaka dengan Shah Alam agak jauh yer. Haha. Yang paling rasa tak best lagi, sebab tahun ni dah tak boleh nak puasa dengan Ohana lagi. Rasanya, kalau dekat MOZAC dulu rasa macam tak takut jer bila nak masuk Ramadhan ni. Sebab adanya kawan-kawan plus suasana MOZAC yang memang membangkitkan rasa nak beribadah tu. Sebab tu la posting kali ini saya nak cakap tentang mengharungi Ramadhan.

Persepsi kebanyakan orang, Ramadhan hanyalah bulan untuk berpuasa malah ada yang anggap Ramadhan ni menyusahkan pulak, Nauzubillah min zalik. Perlu untuk kita ketahui, bulan Rejab untuk Allah, bulan Sya'ban untuk Nabi dan Ramadhan ni pulak Allah sediakan khas untuk kita umat Islam. Dalam bulan ni banyak tersembunyi rahmat dan keberkatan yang melimpah ruah. Luar biasa banyaknya daripada bulan-bulan yang lain. Tapi perkara ini semua hanya dapat dirasai oleh mereka yang mencarinya dan sudah pasti dengan izin Allah. Rasanya kalaulah nak dihuraikan keistimewaan Ramadhan ini banyak sangat. So saya lebih suka nak tulis tentang macam mana saya nak menghadapi Ramadhan ni.

Baru sahaja beberapa ketika tadi saya menyertai solat tarawikh. Alhamdulillah, ramai betul jemaahnya tapi selalunya bila nak akhir-akhir nanti berkurang jumlahnya. Kalau dulu dekat MOZAC, solat tarawikh atas court basketball je la. Mula-mula memang rasa tak selesa, ada je la yang tak kena. Tapi bila dah masuk pertengahan baru terasa nikmatnya. Alhamdulillah. Jujur saya katakan saya memang sangat menantikan bulan Ramadhan ni, sebab bukan senang nak bertemunya. Setahun hanya 30 hari sahaja. Kalau boleh saya nak betul-betul manfaatkan semua hari tu. InsyaAllah. Persediaan bermula dengan betulkan balik segala niat di hati ni. Saya pun mula dah perasan yang Al-Quran kat dalam bilik saya tu dah mula berhabuk. Astargfirullah.

Excited jugak sebab boleh hadapi Ramadhan dengan suasana yang baru, tapi rasa takut tu ada jugak. Tapi dekat UiTM pun ada jugak rakan-rakan yang supportive yang selalu menasihati diri ini. Hopefully I can survive this Ramadhan. Dan dipanjangkan umur lagi untk Ramadhan yang akan datang. Menyimpang sedikit, tentang sebuah group yang telah saya create sebuah group di facebook. I proudly present you MOZAC Union. Sebuah group yang saya bina dengan harapan untuk menggabungkan semua warga Muzaffar. Tak kira la current students, alumni, teachers, ex teachers or even staff boleh join group ni. Mula rasa takut jugak sebab saya baru je keluar MOZAC dah nak buat group sebesar ni. Saya hope cikgu-cikgu MOZAC boleh update segala informasi terbaru pasal sekolah untuk semua warga MOZAC. Kan best macam tu? Alhamdulillah, saya rasa group ni progress la jugak sebab baru 4 hari dah 785 orang ahlinya. Tapi saya tau ada ramai lagi so add lagi ramai-ramai supaya ukhuwah kita makin kuat. Barulah namanya institusi pendidikan terbaik di negara nanti. Saya tahu ada group-group MOZAC lain dekat facebook tapi semua macam tak aktif lansung. Bukan kutuk tapi nak kritik. Saya hope group yang ni mampu active selalu dengan bantuan semua.

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...

Wassalam.


Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts