Dengan Nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Memahami
Allahumma Rabbi…
Secara jujurnya ini bukan 3 minggu pertama permulaan
semester yang terbaik untuk diri ini.Futur melanda tanpa henti, ibadah terabai
tanpa disedari.
Allah, kalau tidak teringatkan bahawa semua ini tetap dalam
perancanganMu, pasti sudah aku tertunduk jatuh. Rebah dalam putus asa. Statik
dalam penyesalan. Sungguh aku ingin cepat-cepat masa ‘futur’ atau jauh
daripadaMu ini berlalu, agar kembali aku merasakan betapa manis dan nikmatnya beribadah
kepadaMu.
Ketenangan bila bersama Allah, tak siapa dapat gambarkan.
“Wallahu Khairul Makirin…”
Jelas, Allah ialah sebaik-baik perancang.
Cuma kita sebagai manusia yang diciptaNya, serba-serbi
kurang dan lemah, seringkali salah faham tentang perancangan Allah. Rata-rata
mereka yang mula mendalami agama, yang mula menjebakkan kaki ke dalam arena
dakwah dan tarbiyyah sudah mula menjinak-jinakkan diri dengan konsep di atas, ‘bahawa semuanya adalah dalam perancangan Allah’.
“Bahawa semuanya adalah dalam perancangan Allah”. Okay saya
ulang sekali lagi frasa ni.
Kita mudah sahaja memahami bahawa memang Allah memiliki
masterplan kepada hidup kita. Hatta, daripada sekecil-kecil perancangan,
hinggalah ke besar-besar rancangan seperti penentuan dasar Negara dan
sebagainya. Manusia memang boleh je merancang. Menyusun jadual agar tidak
serabut dalam menjalani aktiviti seharian. Manusia memang boleh je menanda
dalam calendar aktiviti-aktiviti dan jemputan-jemputan yang perlu dipenuhi.
Manusia memang boleh je merancang bila nak kahwin. Manusia boleh je merancang
nak kerja apa nanti lepas habis study.
But bila kita fikirkan semula, apa tujuan kita merancang?
Sebab kita nak plan outcome kita. Kita cuba memastikan kita dapat capai sesuatu
di akhir perancangan kita. Tapi apakah perancangan manusia yang serba
kekurangan boleh mewujudkan keadaan pasti di akhir perancangan kita tu?
InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah…
Dengan izin Allah, Dengan izin Allah, Dengan izin Allah..
Kerana akhirnya tetap juga kita kena ingat Allah Maha
Merancang. Kadang-kadang kita sangka plan kita memang dah yang terbaik vavavoom
bak kata orang-orang sekeliling. Kalau menemui kebuntuan di pertengahan jalan
pun, kita sudah sediakan back up plan untuk memastikan kita on track semula.
Tapi sekali lagi Allah ‘menegur’ kita dengan mengagalkan rancangan kita di
awal-awal lagi, atau waktu di waktu pertengahan atau lebih tragis lagi bila
kita dah hamper-hampir tiba di akhir perancangan, saat kita macam dah boleh
nampak hasil perancangan kita.
Kenapa ye?
Sebab kita faham, Allah tetap tahu apa yang terbaik untuk
kita. Logik kita dalam menentukan apa yang terbaik untuk kita biasanya
didasarkan kepada keadaan, masa, tempat, dan suasana. Tapi, SubhanAllah, logic
Allah melampaui semua itu. Allah Maha Mengetahui segala-galanya daripada
seawal-awal permulaan hinggalah ke hujung-hujung pengakhiran.
Bila manusia tidak faham perancangan Allah, sebab itulah
kita kadang-kadang berduka cita yang teramat dan berputus asa seketika. Tapi
kita sedar atau tak, bahawa saat kita berasa sedih itu pun, dan saat kita
hampir-hampir berputus asa, itu juga dalam rancangan Allah Yang Maha Teliti.
Allah tidak pernah merancang keburukan untuk kita. Hakikatnya manusia yang
selalu mempunyai perancangan untuk keburukan biarpun pada mata kasar ia nampak
indah belaka.
Takkanlah kita tak perasan dalam diri kita sendiri, saat nak
kena buat kebaikan, kita rasa berat, malas, ragu-ragu dan kurang keyakinan.
Tapi sekali kita dah bertekad untuk buat sesuatu kejahatan, secara tiba-tiba
otak kita jadi ligat memikirkan pelbagai strategi untuk menjayakan niat ‘murni’
kita itu. Kita didatangi keberanian luar biasa. Bila nak skip kelas, berani dan
selambe je memonteng, tapi bila hendak buat kebaikan macam turun berjemaah di
surau pun kita rasa penat, lemah dan tak terdaya.
Wallahi, tanpa panduan Allah, pasti kita sentiasa
menghampiri keburukan.
Pada hemat saya, kenapa Allah berikan kita dalam keadaan
macam ni? Maksud saya kenapa selalunya rancangan kita kurang selari daripada
perancangan Allah or kadang-kadang terbabas habis daripada planNya?
Jawapannya mudah cukup mudah. Sebab Allah nak kita tahu,
faham, dan rasai apa ertinya meletakkan pengantungan sepenuhnya kepada Allah
semata-mata. Bila sekadar kita dengan mudah lafazkan bahawa hanya Allah tempat
bergantung. Bukan sekadar dengan mudahnya kita mengingatkan orang lain bahawa
Allah Maha Menentukan waktu tazkirah petang-petang, tapi Allah nak kita rasa
sendiri kaw-kaw punya apa itu makna untuk benar-benar bergantung hanya kepada
rahmat Allah.
Dan pada itu pasti kau akan temui ketenangan yang luar
biasa. Out of this world. Allah… Rasa nak menangis bila kenangkan semula segala
rancangan Allah untuk diri ini.
Saat anda bersedih, ingatlah saya juga pernah melalui
fasa-fasa sebegitu.
Malah pernah saya hampir-hampir berputus asa terhadap Allah.
Sebab saya terlupa “Bahawa semuanya dalam perancangan
Allah”. Saya terlupa kepada perkataan “semuanya”. Saya terlupa bahawa
penderitaan, kesedihan, kesakitan, kegagalan yang saya pernah rasai dan alami
semuanya dalam perancan baik Allah. Saya terlupa saat doa lambat atau tidak
dimakbulkan, saat janji yang telah diikat telah dileraikan, saat tidak menyukai
sesuatu perkara yang diberikan, bahawa itu semua tetap dalam rancangan baik
Allah.
Kerana ini cara Dia mengingatkan kita, untuk bergantung
harap kepadaNya.
Tetaplah bersabar dan utuh keyakinan dalam cepat atau lambat
mengharungi perancangan Allah. Sebab diakhirnya perancangan Allah ini pasti
akan membawa kita ke syurgaNya.
Saat diuji teruk, jangan cepat melatah, tapi tenanglah dalam
muhasabah, agar dapat dirasa hikmah dari setiap ujian yang ditimpakan, supaya
diri lebih tabah dan gagah untuk terus teguh di jalan Allah.
Mari kita berusaha sebaik mungkin dan mula memaknai semula
erti berserah diri kepadaNya.
Tak cukup hanya tahu. Tapi kena faham dan rasa. |
Kerana ‘Islam’ itu ertinya berserah dan berharap hanya
kepadaNya.
"Dan mereka merancang, Allah juga merancang, Dan Allah sebaik-baik Perancang"
[Ali Imran : 54]
Wallahu Khairul Makirin…
Wassalam…