Thursday, December 31, 2009

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. First of all, I am really really really sorry for not updating this blog for quite a time. Well it's because there were so much things to be done. Oh yeah, it's almost 2010. 2009 is going to be over in just a few hours. And I would like to make a confession for everything that had happen along 2009. It's king of strange right? Usually when a new year is approaching people will squeeze their mind just to create...

Thursday, December 10, 2009

Seorang soleh bercerita bahawa pada suatu hari dia datang ke sebuah desa dan melihat tiga kuburan sebaris di tempat yang berdekatan. Dia tertarik terhadap ketiga-tiga kuburan tersebut kerana di atasnya ada tertulis beberapa rangkap syair. Pada kubur pertama tertulis syair: Bagaimana orang yang tahu Tuhan akan menyoalnya merasa seronok dan lazat dalam hidupnya? Dia akan menyeksa orang yang zalim dalam hidupnya dan akan membalas baik orang yang baik...

Saturday, December 5, 2009

...

Tuesday, December 1, 2009

SATU keistimewaan yang disediakan Allah kepada ahli tauhid dan mereka yang mengerjakan kebaikan ialah syurga, iaitu tempat kenikmatan bagi orang yang takut dengan sebenar-benarnya akan keagungan Allah, takut berdepan dengan Rabbul Jalil pada hari yang tidak berguna harta dan anak-pinak."Hari yang harta benda dan anak-pinak tidak dapat mem berikan pertolongan sesuatu apa pun, kecuali (harta benda dan anak pinak) orang yang dapat menghadap Allah dengan...

Thursday, November 26, 2009

Salah satu amal ibadah yang disunatkan pada hari raya ialah melakukan korban. Waktu menyembelihnya ialah sesudah mengerjakan salat sunat Aidil Adha sehingga hari tasyrik ( 13 Zulhijjah ). Ianya boleh dilaksanakan dengan menyembelih seekor kambing untuk seorang atau seekor lembu untuk tujuh orang. Firman s.w.t. :Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (...

Tuesday, November 24, 2009

Hadis :Dari Abu Hurairah r.a:"Rasulullah SAW bersabda:"Golongan yang pertama sekali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua...

Sunday, November 22, 2009

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya....

Wednesday, November 18, 2009

" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.""Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang...

Saturday, November 14, 2009

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillahirabbilalamin. Bersyukur sangat-sangat ke hadrat Allah swt kerana masih lagi memberi kesempatan untuk saya bernafas dan beramal di muka bumiNya ini. Maafkanlah saya kerana dah lama x update blog ni. Maklumlah, selepas tiga minggu menempuh peperiksaan akhir tahun terus sahaja dihujani tanggungjawab yang begitu banyak. Akhirnya...

Sunday, October 4, 2009

Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu? Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network...

Sunday, September 27, 2009

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah masih lagi dikurniakan nafas oleh Allah swt untuk meneruskan hidup di dunia ini. Yup, hari ini merupakan hari terakhir untuk bersenan lenang kat rumah, esok dah mula balik memikul semua tanggungjawab di MOZAC. Huhu, rasa macam malas jer... Tapi kena buat jugak, ini amanah dari Allah. Saya harus menunaikannya. Ok lah,...

Saturday, September 26, 2009

Syawal masa digalakkan qada puasa RamadanOleh Mohd Zaki Mukhtarwanitajim0@yahoo.comUMAT Islam sekarang sedang menyambut Syawal selepas berjaya merentasi segala cabaran pada Ramadan al-Mubarak. Mudah-mudahan didikan Ramadan tahun ini dapat membentuk keperibadian kita sebagai umat Islam mulia yang menjadi asas kepada pembinaan masyarakat Islam cemerlang. Syawal adalah bulan yang kesepuluh mengikut takwim Islam dan ia mempunyai banyak keistimewaan dan...

Tuesday, September 22, 2009

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, dah hari raya yang ketiga dah. Saya pun masih lagi belum puas jalan raya dan merasa semua kuih raya rumah orang lain. Haha, kalau rumah sendiri punya dah abis dan saya telan. K, this time saya nak share dengan anda semua beberapa SMS raya yang saya dapat raya tahun ni daripada rakan-rakan sekalian. So kepada semua yang...

Saturday, September 19, 2009

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Saya pun tidak mahu bercakap panjang. Just nak ucap kat semua, SELAMAT HARI RAYA!!!!! MAAF ZAHIR DAN BATIN!...

Friday, September 18, 2009

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhmadulillah bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya kita semua masih lagi bernafas dan terus dilimpahi keberkatan.Saya mohon maaf kepada semua kerana sudah lama tidak meng'update' blog ini sekali lagi. Saya juga mempunyai beberapa komitmen dan urusan yang perlu diselesaikan juga perlu mengejar masa keemasan di...

Sunday, September 13, 2009

Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;- Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)-...

Thursday, September 10, 2009

SALAH satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan.Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar.Rasulullah (SAW) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud:...

Friday, August 28, 2009

What turns out now to be a compulsory annual event (i.e fasting during the month of Ramadan by all able-bodied muslims) started in the early years of Prophet Muhammad (s.a.w) in Medina, precisely in the second year of Hijra. Prior to his flight to Medina (known as Hijra), the Prophet(s.a.w) was in the habit of fasting three times per month (this gives 36 days in a year) when he was in Mecca and to a great extent when he settled in Medina. Not long,...

Wednesday, August 26, 2009

Hari Pertama"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."Hari Kedua"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada...

Tuesday, August 25, 2009

DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya ‘al-Ibadah Fil Islam’ mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya ‘al-Ibadah Fil Islam’ mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.Menguatkan jiwa.Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu.Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya,...

Monday, August 24, 2009

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Ramadhan! Ramadhan! Ramadhan! Marhaban Ya Ramadhan! Alhamdulillah, walaupun dah masuk 3 Ramadhan tetapi hati saya ini masih lagi kembang dengan rasa gembira yang tak terhingga dengan kehadiran Ramadhan. Macam tak percaya je yang bulan yang ku tunggu-tunggu ini dah hadir. Happy betul lar. Patut la saya kebelakangan ini asyik tersenyum...

Saturday, August 22, 2009

IBADAT puasa mempunyai hikmah dan rahsia tersendiri sama ada dari segi rohani, jasmani dan kemasyarakatan.IBADAT puasa mempunyai hikmah dan rahsia tersendiri sama ada dari segi rohani, jasmani dan kemasyarakatan.Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan terhadap Allah semata-mata, akan dapat membentuk jiwa bersih.Mereka dapat menahan nafsu sama ada nafsu jantina,...

Friday, August 21, 2009

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Pertamanya sekali saya ingin memohon maaf kerana lambat untuk mengupdate blog ini. Maafkan saya. Yang kedua, saya ingin megucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK!!! Alhamdulillah, saya masih lagi diberi keizinan oleh Allah untuk menginjak di dalam bulan Ramadhan. Semoga bulan yang penuh dengan keberkatan ini akan menjadi turning point untuk kita semua menjadi lebih baik. Insya-Allah. Baiklah, posting...

Sunday, August 9, 2009

Hadis :Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :" Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." Hadith riwayat Ahmad dan TirmiziHuraian :i) Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat...

Friday, August 7, 2009

"Kamu bersolat lima kali sehari, bukan?" Gadis Cambodia itu lancar berbahasa Inggeris. "Ya, saya solat lima kali sehari" kututup buku yang menjadi agenda utama pertemuan santai pagi itu. "Apa yang kamu buat ketika bersolat? Ada colok seperti kami?" Tanyanya, cukup innocent. Aku tersenyum, lantas menyatakan dengan bangga, "kami menurut perintah Tuhan dengan solat pada tiap-tiap waktu khusus seperti yang diarahkan. Ambil wudhuk dan solat, ketika itu...

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts